sumber : Google |
Ramai politikus, ahli akademik,
wartawan dan rakyat marhaen yang beragama Islam dan sudah tentunya berbangsa
Melayu masih tidak sedar atau pura pura tidak sedar akan terancamnya Islam dan
Melayu pada bila bila masa sahaja. Justeru itu, ramai diantara mereka masih
alpa dan leka dengan kuasa, dendam, dan hiburan. Masih ramai lagi yang
berfantasi di luar sana menikmati penipuan duniawi yang jelas sementara ini.
Mereka menggunakan hujah hujah
dangkal dengan mengatakan Islam dan Melayu tidak akan terancam di bumi Malaysia
tanpa membuat sebarang kajian holistik berkenaan hal itu. Mereka masih
beranggapan bahawa Islam dan Melayu akan kekal terpelihara walaupun sesiapa
sahaja yang memerintah Malaysia.
Kita harus mengakui bahawa ada gerakan
gerakan tertentu di negara ini yang berusaha keras untuk menghapuskan Melayu
dan Islam di negara ini. Mereka bukan sahaja mahu meminda Perlembagaan
Persekutuan berkenaan hak istimewa orang Melayu, Bahasa Melayu, dan Agama Islam
malah berusaha pula untuk menggulingkan Raja Raja Melayu. Tidak mustahil agenda
mereka itu akan terlaksa jika orang Melayu terus alpa dan leka seperti
sekarang.
Memanglah untuk meminda Perlembagaan
itu memerlukan majoriti dua per tiga di Parlimen dan mesti mendapat perkenan
Majlis Raja Raja. Tidak mustahil gerakan gerakan jahat ini akan menguasai
majoriti dua per tiga di Parlimen. Tidak mustahil juga gerakan gerakan jahat
ini akan menggulingkan Raja Raja Melayu untuk mencapai cita cita mereka bagi
menghapuskan identiti Melayu/Islam di negara ini.
Ini bukanlah satu perkara yang
mustahil sekiranya kita memahami gerak kerja gerakan gerakan jahat ini. Sudah
banyak buku buku di pasaran yang bercakap akan agenda gerakan gerakan ini namun
ramai yang masih leka. Saya yakin ramai di luar sana yang masih tidak tahu atau
pura pura tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu kerana masih berasa selesa
dengan segala kenikmatan yang dinikmati oleh mereka pada hari ini.
Jangan sesekali berasa mustahil untuk
Islam dan Melayu bisa terhapus di negara ini kerana tiada apa yang mustahil
pada hari ini. Di media media baru seperti Facebook, Whatsapp, dan sebagainya
sudah mendedahkan akan gerak kerja gerakan gerakan jahat ini. Cuma terpulanglah
pada diri kita untuk mencari tahu dan membuat kajian bagi memahami budaya kerja
mereka.
Sebagai orang Melayu/Islam, wajarlah
kita mempertahankan agama dan bangsa juga tanah air kita daripada diganggu
gugat oleh sesiapa pun. Kita perlu mempersiapkan diri kita dengan ilmu
pengetahuan dunia dan akhirat untuk membuat persiapan rapi akan segala
kemungkinan buruk yang bakal berlaku di samping untuk mengetahui akan agenda
agenda jahat pihak pihak tertentu yang cuba untuk menghuru harakan negara
ini.
Kita sebagai umat Islam dan bangsa
Melayu tidak boleh alpa dan leka dengan kuasa dan hiburan yang melampau
sehingga tidak sedar akan agama dan bangsa kita yang mahu dihapuskan. Jika anda
masih tidak sedar atau tidak tahu akan segala agenda jahat gerakan gerakan ini,
anda sebenarnya sedang menghadapi masalah. Masalah tidak cinta pada agama,
bangsa dan tanah air!
Kita tidak boleh sesekali tertipu
dengan segala helah helah licik gerakan gerakan jahat ini. Mereka kelihatan
baik dan kelihatan selalu menyokong kita namun pada hakikatnya mereka sedang
berusaha untuk menjatuhkan kita. Mereka berusaha ‘membunuh’ kita dengan cara
melalaikan kita dengan segala bentuk hiburan seperti nyanyian, lakonan dan
rancangan televisyen yang karut marut. Mereka juga menyebarkan propaganda
supaya kita berkelahi sesama Islam dan terus berpecah belah. Akhirnya merekalah
yang mendapat segala keuntungan daripada kelalaian kita.
Sebab itulah penting untuk kita
memahami gerak kerja gerakan gerakan jahat ini. Jika kita tidak tahu nescaya
kita akan terus tertipu dan ditipu oleh mereka. Kita juga akan terus alpa dan
leka dengan permainan mereka. Oleh itu, kita perlu mempersiapkan diri kita
dengan ilmu pengetahuan supaya kita bisa tahu akan segala agenda mereka dan
kita boleh membuat persediaan rapi untuk menangkis segala ‘serangan’ mereka.
Wallahualam.
Buka mata hati dan jangan terlalu taksub. Kepincangan jelas telah dan sedang berlaku. Para pemimpin kita sewajibnya muhasab diri dengan seikhlas-ikhlasnya..
BalasPadamMacam Tun M katakan Melayu Mudah Lupa, tapi rasa macam sengaja pun ada...
BalasPadamAncaman kpd negara sebenarnya bkn shj dr luar tp dlm negara kita sndiri
BalasPadam