Sumber : Google |
Melayu mudah dihina,
Bukan oleh chauvinis sahaja,
Tetapi oleh anak bangsanya juga,
Perasaan cinta akan bangsa,
Sudah lenyap dalam sanubari mereka.
Apabila mereka sudah berjaya,
Pergi ke menara gading sana,
Apabila mereka sudah berjaya,
Menjawat jawatan tinggi dalam
kerjaya,
Mereka terus alpa dan leka,
Akan nasib bangsanya yang terus
dihina,
Mereka juga sama,
Mengiakan kata kata tersebut,
Kerana rasa sayang akan
bangsanya yang kian luput.
Mereka pun berkata,
Melayu pun pendatang juga,
Bukan hanya chauvinis sahaja,
Tanah ini milik bersama,
Mereka juga berkata,
Lupakan sahaja menjadi Melayu,
Kerana Melayu sudah pun layu.
Mereka benci menjadi Melayu,
Tetapi suka menjadi Malaysia,
Akibatnya Melayu terus disitu,
Dihina dengan sewenang wenangnya.
Apa akan jadi padamu wahai Melayu,
Jika anak bangsamu terus begitu.
ada pula yang kuat semangat Melayu akan di cop perkauman
BalasPadamDan melayu mudah lupa..:(
BalasPadamyap.
BalasPadamsebab itu kena lebih usaha agar tidak lagi kena hina
hmmm.. kena balance la. hehe. perlu bangga tp jgn over sampai menghina2
BalasPadamAdakah kerana nama bangsa kita me-layu?
BalasPadamkadang org melayu sndiri pon menghina bangsa sendiri tanpa sedar
BalasPadammelayu ohh melayu . sesama bangsa pon selalu mengutuk
BalasPadamsebb tu lah DR M cakap melayu mudah lupa dulu....
BalasPadamBetul tu MNH memang kebykan begitu la..
BalasPadam