Sumber : Google |
Sumbangan seorang blogger pada waktu
ini dalam pembangunan negara bangsa setaraf dengan sumbangan seorang penulis,
wartawan dan sasterawan. Blogger juga sama sama terlibat dalam dunia penulisan
untuk membantu dalam membangunkan agama, bangsa dan tanah air. Cuma mungkin
sumbangan seorang blogger itu masih dilihat kecil jika hendak dibandingkan
dengan sumbangan seorang penulis, wartawan dan sasterawan kerana ketiga tiga
kumpulan individu tersebut lebih dikenali oleh masyarakat berbanding seorang
blogger.
Blogger hanya berkarya di alam maya
sedangkan penulis, wartawan dan sasterawan berkarya di dunia realiti.
Walaubagaimanapun, sudah ramai penulis, wartawan dan sasterawan sekarang ini
juga sudah mula berkarya di alam maya (blog) antaranya Datuk A. Kadir Jasin,
Mohd Sayuti Omar dan Ahmad Lutfi Othman. A. Samad Said pun sudah menggunakan
Twitter untuk menulis sajak sajak pendeknya bagi mengkritik sesuatu isu.
Pada zaman sekarang, ramai juga
blogger yang bukan dalam kalangan penulis, wartawan dan sasterawan juga sudah
dikenali dan telah memberi kesan besar dalam menyampaikan sesuatu isu mahupun
berita antaranya Raja Petra Kamaruddin dan ramai lagi penulis penulis blog pro
politik. Dari situ kita semua boleh melihat bahawa peranan seorang blogger itu
semakin diiktiraf dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.
Oleh itu, sudah menjadi kewajipan
seseorang blogger itu berlaku jujur dalam dunia penulisan di blognya. Seseorang
blogger itu perlu menyampaikan perkara perkara yang sahih sahaja di dalam blog
yang dikendalikannya supaya pemikiran masyarakat tidak menjadi haru biru kerana
ketidakjujuran kita dalam menulis blog.
Apa maksud saya berlaku jujur dalam
dunia penulisan blog? Saya beri contoh untuk menambah kefahaman anda semua.
Jika kita menyokong sesuatu pihak dan kita menentang pihak yang lain, kita
jangan hanya pandai mengkritik pihak yang kita lawan sahaja tetapi kita tidak
mengkritik pihak yang kita sokong sedangkan pihak yang kita sokong itu pun banyak
kelemahannya di sana sini.
Apabila kita hanya menulis keburukkan
pihak yang kita lawan sahaja di dalam blog kita tetapi tidak pihak yang kita
sokong, bermakna kita sudah tidak lagi berlaku jujur dalam dunia penulisan blog
kita. Kita juga secara tidak sedar telah melacurkan dunia penulisan blog kita
sendiri! Kita telah menyesatkan pemikiran masyarakat dengan dakyah dakyah
songsang dan palsu.
Ingatlah, tidak ada seorang manusia
pun di dunia ini tidak ada cacat celanya termasuklah diri saya sendiri. Oleh
itu, semua manusia wajar dikritik supaya kesalahan mereka boleh diperbetulkan
semula. Kita tidak boleh hanya nampak kesalahan pihak yang kita lawan sahaja
tetapi tidak pada pihak yang kita sokong.
Kita juga jangan sesekali menipu
dalam dunia penulisan blog semata mata kerana kita mahu pihak yang kita sokong
mendapat faedah faedah tertentu. Tetapi itulah realiti yang berlaku pada masa
kini. Kita bukan sahaja takut mengkritik pihak yang kita sokong tetapi juga
kita juga menipu dalam menulis semata mata untuk memberi keuntungan tertentu
kepada pihak yang kita sokong.
Ingatlah, jika sikap kita terus
begitu, kita mungkin terlepas daripada terkena hukuman undang undang dunia
tetapi saya yakin kita pasti tidak akan terlepas daripada hukuman Allah Taala.
Allah pasti akan memberi balasan yang buruk kepada blogger yang menipu dan
tidak berlaku jujur dalam dunia penulisan blog mereka.
Kifarah Allah itu boleh datang dalam
pelbagai bentuk untuk menyedarkan kita. Tetapi terpulanglah kepada kita sama
ada mahu berubah atau tidak.
Menipu dalam dunia penulisan blog
juga boleh menyebabkan kita disaman, dibenci masyarakat, dikejar oleh polis
cawangan khas, dan ditahan di bawah akta akta tertentu. Oleh itu, adalah lebih
baik kita berlaku jujur dalam dunia penulisan blog kita. Biar kita dikatakan
tidak berani tetapi jangan sampai kita dikatakan tidak jujur dalam menulis
blog.
Jika kita tidak boleh berlaku jujur,
adalah lebih baik kita tidak perlu menulis dan mengeluarkan kenyataan kenyataan
yang boleh menyebabkan masyarakat keliru. Lebih baik kita berdiam diri sahaja
dengan memberi sokongan di belakang tabir.
Kesimpulannya, marilah sama sama kita
sebagai blogger membangunkan agama, bangsa dan tanah air kita dengan menulis
penuh kejujuran di dalam blog kita supaya maklumat dan berita dapat disampaikan
kepada masyarakat di luar sana menjadi lebih bernas, tepat dan benar.
kalau dalam kehidupan kita semua sentiasa jujur insyaAllah...dunia ini lebih aman kann :)
BalasPadamTerbaik entri ini utk sama-sama kita renungkan bersama.
BalasPadamSalam...
BalasPadamterima kasih Tuan atas nasihatnya... saya akan mengambil ini sebagai nasihat yang baik untuk meneruskan kegiatan blogging saya...
salam singgah
Jangan panggil saya tuan. Panggil saya Haziq atau MNH. Lagipun saya lebih muda dari bro. Hehe
Padamsemua hal perlukan kejujuran.Begitu juga dalam blog.Tetapi itu tidak bermaksud mesti menjadi lurus bendul lalu mebuka segala pekung di dada.
BalasPadamsebab tu akak pilih untuk jadi Independence blogger sekarang ni. sebab akak perlu kebebasan menulis.. Tak nak rasa terkongkong demi kepentingan orang lain. Bila di kritik kita kena terima.. bila mengkritik kita di hentam penyokong lain so akak tak nampak di mana kepuasan untuk akak menulis tak kira di blog atau laman sosial lain. So, sekarang akak ambil keputusan untuk bergerak sendiri dalam dunia blog. Kalau kita bermula sendiri.. kenapa tak mampu teruskan perjalanan blog sendirian, kan?
BalasPadamSaya suka dengan pandangan akak dalam hal ni. Ya, menjadi blogger bebas lagi seronok dari jadi blogger yang bekerja untuk pihak tertentu.
PadamSaya suka menulis blog demi menyampaikan ilmu yang tak seberapa..kongsi kebaikan!
BalasPadamBias kan?
BalasPadamMemang selalunya ramai yang x berani kritik pihak yang disokong kerana inginkan reward tertentu.
Itulah adatnya manusia yang tidak pernah henti bersuara. Kini lebih mudah melalui blog. Apatah lagi bila berbicara tentang politik, sebelah pihak sentiasa rasa benar dan orang lain selalu salah..
BalasPadamAlhamdulillah kalau semua orang sepeti MH bagusnya dunia blogging... Kadang2orang yang menulis blog ninak kaut untung pon ada nak menulis sebab nak trafik pon ada..Nak melariskan barang jualan pon ada ..Macam2 ada..Tapi bagi Kak Lya..Kak Lya menulis sekadar apa yang ada depan mata..tentang anak2 Kak Lya dan sesekali ttg isu semasa yang tak mengaibkan orang..Bagi Kak Lya kalau nak citer bab2 artis bab2 orang politik kat blog Kak Lya tu tak sesuai rasanya..Sebab benda2 tu di luar bidang kuasa Kak Lya..Hehehe just pandangan Kak Lya je rni ..
BalasPadam