Khamis, 5 Februari 2015

MASYARAKAT KITA CEPAT MARAH TETAPI LAMBAT BERTINDAK!

masyarakat kita cepat marah tetapi lambat bertindak
Sumber : Google

Hangat juga isu penurunan harga minyak namun tidak pada harga barang diulas di media massa dan media cetak. Sepanjang minggu ini, banyak juga blog blog yang saya jumpa yang mengulas tentang isu kenaikan harga barang walaupun harga barang bakar sudah pun turun ke paras yang paling rendah.

Lebih hangat apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga mengeluarkan kenyataan yang disifatkan rasis oleh MCA atas isu ini. Saya tidak mahu mengulas kenyataan Menteri berkenaan dan saya juga culas mahu mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda MCA itu. Saya fikir anda pasti sudah mendengar ulasannya sama ada di media massa mahupun di media cetak.

Namun begitu, saya sangat berminat untuk mengulas tentang kesedaran masyarakat Malaysia sebagai pengguna dan pemegang kuasa beli. Saya fikir sudah banyak juga kempen telah dibuat oleh kerajaan untuk menyedarkan masyarakat kita tentang kepenggunaan. Bukan itu sahaja, sejak kita di sekolah menengah lagi kita sudah diajar tentang diri kita sebagai pengguna namun kesedaran itu masih belum muncul lagi walaupun perkara itu sudah lama wujud di depan mata kita!


Sekarang apabila kesempitan hidup mula menekan kita, barulah kita mula menyedari diri kita sebagai pengguna. Kita mula marah apabila harga barang masih tidak diturunkan walaupun harga minyak sudah turun dengan sangat rendah. Apa yang kita lakukan hanyalah menyalahkan kerajaan seratus peratus tetapi kita sendiri tidak mahu bertindak untuk mengubah perkara tersebut.  

Tujuan saya menulis entri ini bukan untuk menyokong kerajaan. Pada saya, jika kerajaan mengerahkan semua kakitangannya dengan berkesan, saya yakin masalah ini tidak akan berlaku. Namun, itulah sikap kerajaan kita. Sudah terhantuk baru terngadah. Suka menunggu perkara yang buruk itu menjadi teruk dan besar terlebih dahulu barulah tindakan susulan mahu diambil. 

Saya tertarik dengan kata kata Datuk Ismail Sabri dalam wawancaranya bersama Suhaimi Mohamad dalam rancangan Dialog di TV1 kelmarin. “Peniaga adalah golongan minoriti sedangkan pembeli adalah golongan majoriti. Sepatutnya golongan majoriti mesti boleh mendesak golongan minoriti supaya menurunkan harga barang namun perkara itu tidak berlaku.”

Soalan saya, mengapa perkara itu tidak berlaku? Hal ini kerana kesedaran kita sebagai pengguna masih rendah lagi. Hak hak kita sebagai pengguna masih belum kita kuasai secara sepenuhnya. Kita cepat marah apabila harga barang meningkat tetapi kita tidak bertindak untuk mengubahnya. Kita hanya pandai marah, meluahkan perasaan di media media sosial namun kita tidak menggunakan kuasa kita sebagai pengguna untuk mengubahnya.

Kita ada media sosial namun kita tidak menggunakan kemudahan itu untuk mendesak peniaga supaya menurunkan harga barang secara berkesan. Kita tidak bersatu dalam hal itu. Kita juga tidak cuba untuk memboikot produk produk yang mengenakan harga yang tinggi kepada kita. Saya yakin jika kita mendesak dengan cara yang betul dan kita memboikot produk produk yang mengenakan harga yang tinggi kepada kita, dan menggunakan produk yang lebih murah, nescaya harga barang dapat diturunkan di pasaran. 

Walaubagaimanapun, usaha ke arah itu sudah ada dan kita mungkin akan dapat melihat hasilnya tidak lama lagi. Namun bagitu, pada saya sebagai seorang blogger, perkara ini sepatutnya dilakukan dari dulu lagi. Oleh kerana masyarakat kita ini jenis masyarakat yang mudah marah tetapi lambat bertindak, baru sekarang kita melihat perubahan. Jika tidak, sampai bila pun hidup kita akan terus tertekan dengan kenaikkan harga barang itu.

Sebagai blogger yang bernaung di bawah Group Blogger Area, saya menyahut seruan Tuan Blogger Area (pengasas) supaya blogger menggunakan kuasa pena mereka untuk mendesak peniaga supaya menurunkan harga barang. Namun, saranan Tuan Blogger Area itu kurang mendapat sambutan. Itulah sikap kebanyakkan daripada kita. Suka berpeluk tubuh dan menunggu keajaiban yang akan berlaku tanpa ada usaha untuk mengubahnya.

Kesimpulannya, kita berharap peniaga peniaga dapat menurunkan harga barang secepat mungkin. Kalau dahulu harga barang naik kerana adanya alasan harga minyak naik, sekarang harga minyak telah turun, apa pula alasan untuk harga barang tidak turun? Kita juga meminta kerajaan bertindak tegas dalam isu ini. Jangan beri muka kepada peniaga yang degil dan tidak mahu menurunkan harga barang. Kepada blogger pula, saya menyeru, marilah kita bersoladirariti mendesak peniaga peniaga di luar sana menurunkan harga barang dengan menggunakan blog yang kita kendalikan itu.



6 ulasan:

  1. Hmmm betul juga tu... nak marah kemain cepat tapi bila suruh bertindak ada saja alasannya... hmmm pi mai pi mai tang tu jugak... bagus betul kalau orang2 yg boleh memahami perangai dan mentaliti rakyat negara kita ni... senang buat bisnes...

    BalasPadam
  2. Terkadang bukan semua peniaga nak naikkan harga sesuka hati.. ada yang terpaksa gara2 pembekal yang sewenang-wenangnya naikkan harga.. patut pada keadaan sekarang.. dorang kena lah faham ekonomi negara, kesusahan orang dibawah macam mana.

    BalasPadam
  3. saya sokong. jom beli brg yg lebih murah... tp murah2 pun, pastikan ia nyer berkualiti.

    BalasPadam
  4. Sudah menjadi budaya kita marah-marah tanpa sebab. Bahkan, semakin boros berbelanja sebab minyak semakin murah. Tapi bila minyak naik, barang naik, kerajaan pula disalahkan.

    BalasPadam
  5. Entahah masyarakat kita ni asik nak melenting je.
    Allah bagi akal tapi taknak gunakan sebaiknya.
    Kalau nak berdebat tu gunalah ilmu bukan amarah.

    BalasPadam
  6. org kita cepat melatah tp bila suh wat tindakan....senyap seribu kata

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.