Sumber : Google |
Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi
negara terus hidup segan mati tak mahu di tanah lahirnya sendiri. Orang orang
bukan Melayu terus memperlekehkan Bahasa Melayu walaupun bahasa itu mempunyai
kedudukan yang istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya ingin memetik
beberapa komen pembaca laman portal The Malaysian Insider yang telah ditulis
dalam Bahasa Inggeris tetapi telah diterjemahkan oleh blogger Helen Ang. Terima
kasih kepada Helen Ang kerana sudi menjunjung Perlembagaan Negara.
Pembaca TMI kata BM tidak ada manfaat
di negara negara asing (speak BM doesn’t bring any benefits) kecuali di
Malaysia. Tambahnya lagi, seseorang yang berfikir untuk menggunakan BM jika
berada di Australia akan dianggap sebagai pendatang.
Pembaca TMI yang sama juga berkata
“can speak BM so what” – seramai 30 000 orang lepasan universiti tempatan yang
mampu bertutur BM masih lagi menganggur.
Pembaca TMI kata semua bangsa di
Malaysia adalah pendatang kecuali suku kaum Sakai
Pembaca TMI kata BM tidak
mendatangkan apa apa faedah, pegawai kerajaan terlalu malas untuk belajar
bahasa lain (Inggeris)
Pembaca TMI kata sesetengah orang
Melayu enggan mengakui BM adalah milik semua – contohnya dengan rela berkongsi
kalimah ‘Allah’ – dalam peranannya sebagai Bahasa memupuk permuafakatan.
Pembaca TMI kata BM ialah Bahasa
golongan penzalim.
Pembaca TMI bertanya kenapa orang
Melayu tidak reti berkomunikasi dalam Mandarin atau Bahasa Tamil?
Pembaca TMI kata orang Cina membayar
lebih daripada 80% jumlah cukai pendapatan negara.
Pembaca TMI kata mereka sanggup
bercakap dalam BM sekiranya diberikan layanan sama rata.
Seorang lagi pembaca menyatakan
bahawa semua orang bukan-Melayu pasti tahu berbahasa kebangsaan.
Pembaca TMI ini pula berkata dia
tidak kenal pun seorang warga yang lemah penguasaan Bahasa Melayunya.
Pembaca TMI ini kata orang Cina
begitu mahi BM manakala orang Melayu pula tidak tahu membaca, menulis dan
berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin.
Pembaca TMI mendakwa 9.99 peratus
orang bukan Melayu mampu berbahasa Melayu.
Nota : di atas adalah komen komen
pembaca laman portal The Malaysia Insider (TMI) yang saya petik dari blog Helen
Ang tanpa mengubah sedikit pun.
Lihatlah betapa prejudisnya orang
bukan Melayu dalam menggunakan Bahasa kebangsaan. Mereka begitu jijik dan geli
untuk menggunakan Bahasa Melayu walaupun mereka telah membesar dan lahir di
Tanah Melayu (Malaysia). Saya sedih melihat bahasa ibunda saya diperlekehkan
begitu sahaja oleh mereka kerana sifat chauvinis yang terlalu menebal dalam
diri mereka.
Saya tidak mahu membalas satu demi
satu komen komen tersebut kerana jika saya membalasnya, nescaya akal saya sama
pendek seperti mereka. Bukan saya tidak mampu membalasnya, tetapi saya tidak
mahu entri ini menjadi terlalu panjang. Hakikatnya semua orang tahu bahawa
chauvinis memang benci akan Bahasa Melayu dan tidak mustahil mereka juga benci
akan orang Melayu.
Hakikatnya mudah, mereka tidak akan
sesekali memartabatkan Bahasa ibunda kita. Kitalah sebagai orang Melayu perlu
memartabatkan Bahasa ibunda kita sendiri. Tidak mustahil, apabila chauninis
menguasai negara ini, kedudukan Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Persekutuan
akan dibuang dan digantikan dengan Bahasa Inggeris seperti mana yang berlaku di
Singapura.
Peringatan saya, jika orang Melayu
sendiri tidak mahu memartabatkan Bahasa Melayu, nescaya Bahasa ini akan hilang
suatu hari nanti. Perpaduan kaum di negara ini tidak akan berlaku sekiranya
chauvinis masih prejudis terhadap Bahasa Melayu. Kerajaan pula perlu tegas
untuk memartabatkan Bahasa Melayu sekiranya perpaduan dan keharmonian kaum
ingin dicapai.
Saya bersetuju dengan saranan pendakwah
terkemuka Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang mahu kerajaan menambah masa
pembelajaran Bahasa Melayu di SJKC. Ini bagi memudahkan ultrakiasu boleh bertutur
dalam Bahasa Melayu dengan baik seterusnya menanam rasa cinta pada bahasa itu
sebagai alat perpaduan kaum di negara ini.
Selagi kerajaan tidak tegas, selagi
itulah chauvinis akan prejudis terhadap Bahasa Melayu dan selagi itulah
perpaduan kaum tidak akan berjalan dengan sempurna di negara. Semoga kerajaan
mengambil cakna akan ingatan daripada blogger kecil seperti saya ini.
martabatkan semula BM sebagai bahasa semua urusan di negara :
BalasPadamKalau takmau cakap bahasa melayu..KENAPA DATANG 'TANAH MELAYU' dulu? Pi lah balik Tanah Besar Cina kalau nak cakap Cina or balik India kalau nak cakap Tamil. Kalau orang Melayu nak daulatkan bahasa negara lain pun BAIK TUKAR KERAKYATAN.
BalasPadamCakap guna akal, bukan otak semata.
Nama pun dok MALAYSIA.
BalasPadamMalay-sia...
Bukan china-sia,
Bukan india-sia,
Sendiri mau pikir.
Belajar sejarah ke tak?
Itulah pentingnya tau sejarah....kan, MNH.
Kalau readers xtau jugak...meh aku bgtau sini..MALAYSIA ASALNYA IALAH TANAH MELAYU HOKEY..Masa penjajahan BRITISH kep*r*t dulu tu yang dia pi bawak masuk banyak 'PENDATANG ASING' ke TM. Betul kan apa aku cakap? Ikut perjanjian kalau TM nak merdeka, kena terima semua pendatang yang dia bawak tu lah, k.
Sekarang dah paham?
Ada inisiatif nak belajar sejarah tak?
Kalau korang semua x hormat sejarah negara, baik tukar negara.
Aku kalau benda-benda sivik ni mmg bahasa aku keras ok!
Kita sendiri perlu memartabatkan bahasa kita. Usah gah bertutur bahasa luar tetapi bahasa sendiri terpinggir. Bahasa melambangkan bangsa.
BalasPadam