Isnin, 10 November 2014

KEJUTAN DAN KEBENARAN DALAM AF2014



kejutan dan kebenaran AF2014
Sumber : Google

          
           Akademi Fantasia 2014 (AF2014) telah melabuhkan tirainya semalam apabila konsert akhir telah pun berlangsung. Teka teki terhadap siapakah juara, naib juara, tempat ketiga, keempat dan kelima sudah diketahui. Sejujurnya sebagai seorang pengamat seni, saya agak terkejut dengan keputusan yang diumumkan oleh pihak Astro.

         Seperti dijangka, tempat pertama dikuasai oleh Firman. Firman yang sememangnya mempunyai suara yang bagus memang layak untuk berada di takhta juara tersebut. Bakat yang sedia ada di samping sentimen pengundi terhadap Firman yang dilahirkan dalam keluarga yang susah menyebabkan anak kelahiran Sabah itu mudah untuk sampai ke puncak kejayaan dalam AF2014 tersebut.

         Kejutan berlaku apabila naib juara disandang oleh Aman – pelajar yang acapkali menerima kritikan yang kurang baik dari pihak pengkritik terutama Datuk Ramli M.S sehingga orang tua bernafsu muda itu pernah menyatakan yang bidang nyanyian ini bukanlah bidang Aman. Tambahan pula, bakat dan kualiti yang ada pada Aman tidaklah setanding dengan Nuha, Adel dan Ewal namun akibat keputusan tersebut dipengaruhi oleh pegundian melalui sms, maka Aman mudah berada di tempat kedua. Bukan mahu merendahkan kebolehan Aman, cuma saya merasakan  ada orang yang lebih layak untuk berada di tempat naib juara itu. 


         Saya yakin Aman berada di tempat kedua kerana rupanya yang agak comel. Ditambah pula dengan sifat manja, jujur dan acapkali menerima kritikan yang pedas dari pihak pengkritik menyebabkan pengundi mula jatuh kasihan pada Aman lalu mengundi jejaka berusia 21 tahun itu sehingga mendapat tempat naib juara dalam AF2014.

         Tempat ketiga, keempat dan kelima masing masing disandang oleh Ewal, Nuha dan Adel. Saya jangkakan salah seorang daripada mereka akan berada di tempat kedua namun lain yang saya jangka, lain pula keputusan yang keluar. Dari segi kualiti dan bakat ketiga tiga mereka layak berada di tempat kedua namun memandangkan kuasa semuanya terletak di tangan pengundi, mereka bertiga harus berpuas hati dengan tempat yang mereka ada sekarang.

         Itulah kejutan dan kebenaran yang berlaku sekarang. Keputusan sudah dibuat maka kita semua sebagai pengundi dan penonton harus berpuas hati dengan keputusan yang sedia ada walaupun saya tahu pasti ada yang tidak berpuas hati di luar sana. Ingatlah, AF hanyalah satu tiket sahaja untuk mereka bergelar seorang penyanyi. Perjalanan mereka sebagai anak seni masih jauh lagi. Masih banyak perkara yang mereka perlu tempuhi. Tidak semestinya apabila mereka menjadi juara, mereka akan bertahan lama dalam bidang seni  yang penuh pancaroba ini.

       Cuba kita lihat berapa ramai orang sudah menjadi juara Akademi Fantasia tetapi berapa ramai yang masih wujud sekarang? Hanya beberapa orang sahaja dan itu pun bukan sebagai penyanyi, sebaliknya sebagai pelakon, pengacara, dan penyampai radio. Tertanya tanya juga saya mana juara juara AF yang lain? Masih ada atau sudah hilang ditelan zaman….


3 ulasan:

  1. Kekadang geng AF masa awal je berbisa lepas tu makin hilang. Moga Firman boleh bersaing dalam bidang seni...

    BalasPadam
  2. nampak firman mungkin boleh pegi jauh lagi.. dia sgt rendah diri n jujur.. sbb tu rmai sokong dia..
    STRESS PUNCA PELBAGAI PENYAKIT

    BalasPadam
  3. AF hanyalah pentas untuk penyanyi tiada bakat menjulang kemenangan. Bukan semua tapi hampir semuanya..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.