Artis – pelakon, penyanyi,
pengacara, pelawak, penyampai radio dan sebagainya adalah public figure. Mereka
seumpama ahli politik di mana ramai orang mengenali mereka. Segala tindak
tanduk dan perlakuan mereka sudah pasti menjadi perhatian masyarakat sama ada
mereka suka atau pun tidak. Jika mereka tidak suka, janganlah berani untuk
menceburi bidang seni ini.
Seseorang artis itu perlu sedar bahawa
mereka mempunyai ramai pengikut di luar sana .
Tidak kira tua, muda, kanak kanak, miskin dan kaya. Oleh itu, sebagai seorang
yang dikenali ramai mereka perlu menunjukkan sikap dan perlakuan yang baik
kepada masyarakat sementelahan mereka adalah orang Melayu dan Islam. Bukankah
orang Melayu dan Islam itu mempunyai sopan santun yang tinggi? Jika seseorang
artis itu selalu melakukan perkara yang karut marut di mana letaknya maruah
Islam dan Melayu itu sendiri?
Jika kita lihat artis artis Malaysia
sekarang, jelas kelihatan mereka semakin jauh daripada norma norma Melayu dan
Islam itu sendiri. Saya bukan mahu mengukur tahap keimanan mereka namun jika
mereka sudah melakukan perkara perkara yang melanggar hukum hakam agama, apakah
mereka sudah menjadi umat Islam yang sejati?