Sabtu, 28 Jun 2014

SALAHKAH KITA MENEGUR ARTIS?

        Artis – pelakon, penyanyi, pengacara, pelawak, penyampai radio dan sebagainya adalah public figure. Mereka seumpama ahli politik di mana ramai orang mengenali mereka. Segala tindak tanduk dan perlakuan mereka sudah pasti menjadi perhatian masyarakat sama ada mereka suka atau pun tidak. Jika mereka tidak suka, janganlah berani untuk menceburi bidang seni ini.

       Seseorang artis itu perlu sedar bahawa mereka mempunyai ramai pengikut di luar sana. Tidak kira tua, muda, kanak kanak, miskin dan kaya. Oleh itu, sebagai seorang yang dikenali ramai mereka perlu menunjukkan sikap dan perlakuan yang baik kepada masyarakat sementelahan mereka adalah orang Melayu dan Islam. Bukankah orang Melayu dan Islam itu mempunyai sopan santun yang tinggi? Jika seseorang artis itu selalu melakukan perkara yang karut marut di mana letaknya maruah Islam dan Melayu itu sendiri?

       Jika kita lihat artis artis Malaysia sekarang, jelas kelihatan mereka semakin jauh daripada norma norma Melayu dan Islam itu sendiri. Saya bukan mahu mengukur tahap keimanan mereka namun jika mereka sudah melakukan perkara perkara yang melanggar hukum hakam agama, apakah mereka sudah menjadi umat Islam yang sejati?

       Cuba kita lihat kelakuan artis artis kita, adakah kelakuan mereka itu mencerminkan diri mereka sebagai seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam? Terkinja kinja di sana sini, berpegangan dan berpelukan dengan yang bukan muhrim, isteri orang dipeluk dan dicium sesuka hati, suami orang diperlakukan seperti suami sendiri seperti mana yang kita boleh lihat di dalam banyak drama Melayu di Malaysia, apakah itu melambangkan mereka sebagai seorang Melayu yang beragama Islam?

      Itu tidak campur artis artis yang berpakaian tetapi seperti tidak berpakaian, minum arak di kelab kelab malam dan seribu satu macam lagi kelakuan artis yang mencacatkan pandangan masyarakat. Beginikah orang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam? Mengapa tiba tiba dunia hiburan kita sudah bertukar seperti di Hollywood?

        Apabila kita menonton drama drama dan filem filem kita, sudah hampir sama dengan drama drama dan filem filem yang ada di Hollywood sana. Sebagai contoh hubungan ranjang antara pelakon lelaki dan pelakon wanita di dalam sebuah filem yang saya tidak perlu sebut nama filem itu di sini. Tidak malukah kita? Di mana sifat malu kita yang sudah kita tanam sejak kecil lagi?

       Oleh sebab itu, saya selalu berpesan agar hiburan kita perlu mempunyai pemikiran Islam di dalamnya. Jika tidak, beginilah yang akan kita lihat akan anak bangsa kita yang seperti rosak akhlak itu. Tidak percaya? Cuba tonton rancangan The Band yang baru sahaja tamat itu. Lihat bagaimana kelakuan peserta peserta lelaki dan perempuan di dalam rancangan itu.

        Kita harus ingat, filem, drama, dan lagu adalah medium yang mampu mempengaruhi masyarakat di luar sana. Bagaimana jika filem, drama dan lagu kita memaparkan budaya yang rosak akhlak seperti itu? Tidakkah masyarakat kita akan menjadi rosak?

       Oleh sebab itulah, kami – para penulis alam maya yang mereka (artis) gelar sebagai ‘keyboard warrior’ atau ‘keyboard looser’ selalu memberi teguran kepada para artis agar mereka kembali kepada jalan hidup yang sebenarnya. Kami senantiasa menasihati mereka supaya berubah, kembali ke pangkal jalan dan berhenti dari buat kerja yang karut marut itu walaupun tidak disukai oleh mereka.

        Kami menulis untuk menegur para artis ini agar tidak mengulangi kesilapan yang sama demi agama dan bangsa. Kami tidak ada niat untuk menjahanamkan karier mana mana artis. Para artis di luar sana janganlah terlaku emosional dengan memaki hamun kami atas teguran yang kami berikan. Kami menegur bukan kerana kami benci tetapi kami mahu anda berubah dan tidak terlalu leka dengan populariti anda sebagai seorang artis.

            Tidak saya nafikan, ada sesetengan penulis alam maya ini seperti di blog, Facebook, Twitter dan sebagainya mencari keuntungan dengan menyebarkan fitnah dan membongkar segala keaiban artis untuk mencari keuntungan semata mata. Walaubagaimanapun, bukan semua penulis alam maya begitu. Ada yang berniat ikhlas – menegur artis artis ini untuk menyedarkan artis artis ini bahawa apa yang mereka lakukan itu adalah silap.

       Bukan semua penulis alam maya ini bertaraf ‘keyboard worrior’ atau ‘keyboard looser’ atau dengan kata lain sebagai penulis cari makan. Dalam setandan kelapa bukan semuanya busuk. Janganlah terlalu kejam dengan menghukum kami semua sebagai jahat oleh kerana terdapat segelintir penulis  yang berperangai begitu.

        Saya akui kita tidak boleh memuaskan hati semua pihak tetapi jika anda tidak mahu ditegur dan dikritik, jangan sesekali melakukan perkara perkara yang boleh mengundang kontroversi. Bekerjalah sebagai seorang pelakon, penyanyi, pengacara, penyampai radio, pemuzik dan sebagainya dengan jiwa Islam yang kental dalam diri. Ingatlah wahai artis semua, setiap tindak tanduk anda akan diperhatikan dan akan menjadi perhatian, seandainya anda tidak suka akan perkara itu, jangan jadi artis. Carilah kerja yang tidak boleh mendatangkan populariti.

        Nasihat saya kepada artis Malaysia, kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar jika anda masih sayangkan agama dan bangsa anda. Jangan sesekali melakukan perkara perkara yang boleh merosakkan maruah anda, maruah Islam dan maruah orang Melayu. Ingat, setiap apa yang akan lakukan akan diperhatikan dan sentiasa menjadi perhatian.

Salam Ramadhan Kepada Semua

           Pejam celik pejam celik kita sudah sampai ke bulan Ramadhan Al – Mubarak yang penuh barakah ini. Rasa sebentar sahaja masa berlalu. Kenangan pada Ramadhan yang lalu masih segar lagi dalam ingatan saya dan kini muncul pula Ramadhan yang lain. Habis sahaja Ramadhan kita akan sambut pula Aidilfitri. Begitu cepat masa berlalu. Inilah tanda tanda awal kiamat kepada umat akhir zaman.

        Tidak banyak yang hendak saya ulas mengenai bulan ini. Saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada rakan rakan yang membaca blog saya ini. Moga moga ibadah puasa rakan rakan sekalian akan diterima oleh Allah hendaknya.

Najib : Berhentilah Beri Muka Kepada Ultra Kiasu

        Najib telah mengumumkan barisan kabinet barunya pada hari Khamis lalu. Saya fikirkan akan ada pengguguran dan penambahan menteri tetapi rupa rupanya kabinet itu bertambah besar dengan kehadiran empat orang menteri iaitu Datuk Liow Tiong Lai, Datuk Mah Siew Keong, Datuk Wee Ka Siong, Datin Chew Mie Fun, dan Datuk Chua Tee Yong  yang masing masing dari MCA dan GERAKAN.    

         Saya tahu Najib melantik keempat empat menteri ini semata mata untuk menarik hati pengundi Cina agar kembali menyokong BN pada PRU akan datang tetapi barangkali Najib tidak sedar bahawa tindakannya itu langsung tidak menarik hati pengundi pengunci Cina untuk mengundi BN sebaliknya mereka akan terus bermaharajalela dengan membuat pelbagai tuntutan yang karut marut demi kepentingan kaum mereka sendiri.

       Nasihat saya kepada Najib, berhentilah buat kerja kerja karut ini. Lebih baik Najib menumpukan bagaimana untuk memastikan Islam, Melayu dan Malaysia kekal terpelihara daripada sibuk menjaga hati masyarakat Cina yang sememangnya sudah jelak dan muak dengan BN yang mempunyai pelbagai masalah itu. Ingat, tanpa sokongan orang Melayu, barangkali BN sudah tumbang pada PRU yang lalu.

        Najib harus sedar, apa pun yang beliau lakukan tidak akan mengambalikan masyarakat Cina menyokong BN. Mereka akan terus setia bersama DAP sehinggalah mereka dapat merampas Malaysia ini daripada kepimpinan Melayu. Jadi, Najib tidak perlu bersusah payah untuk menjaga hati mereka sedangkan mereka sedikitpun tidak mahu menjaga hati kita.

       MCA, GERAKAN dan DAP adalah satu. Maing masing berusaha untuk menjaga kepentingan kaum mereka. Mereka tidak peduli apa yang akan berlaku di negara ini asalkan kepentingan kaum mereka akan kekal terpelihara dan Najib sepatutnya mencontohi sikap mereka ini. MCA yang sebelum ini beria ia mahu keluar dari BN jika UMNO bersetuju untuk melaksanakan hukum Hudud di Kelantan. Tetapi kini mereka pula yang menyibuk untuk menerima jawatan dalam cabinet padahal prestasi mereka dalam PRU yang lalu adalah sangat lemah.

      Namun, tiada apa yang dapat dilakukan jika Najib masih lagi tidak sedar akan hal ini. Nasihat saya, sedarlah wahai Datuk Seri Najib…


 s

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.