Abby Abadi dan suaminya, Farhan |
Dalam artikel kali ini, saya cuba
‘lari’ dari mengulas isu isu semasa. Saya mahu mengulas isu yang ada kena
mengena dengan diri saya sebagai seorang mahasiswa yang menuntut di Malaysia .
Baru baru ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris di negara ini telah mengeluarkan
satu artikel berkenaan dengan mahasiswa di Malaysia . Mereka mengatakan
mahasiswa kini sudah menjadi ‘mahasiswa strawberry’. Tetapi, apa yang
dimaksudkan dengan ‘mahasiswa strawberry’ ini?
Menurut akhbar bahasa Inggeris itu,
istilah ‘mahasiswa strawberry’ ini bermaksud seseorang mahasiswa itu tidak
memenuhi ciri ciri dan kualiti yang diperlukan oleh majikan dalam pasaran kerja
di luar sana .
Ini bermaksud mahasiswa di Malaysia
tidak mampu untuk melakukan kerja kerja yang diberikan oleh majikan dengan
cepat. Mahasiswa juga lesu dari segi intelektual dan gagal memberi sumbangan
yang besar kepada masyarakat.
Pada hemat saya, ini bukanlah satu isu
yang besar. Majikan perlu memahami bahawa bukan semua orang boleh memahami
sesuatu perkara dengan cepat. Semua orang perlu belajar terlebih dahulu sesuatu
perkara yang baru. Amatlah tidak wajar jika majikan meletakkan seseorang
mahasiswa yang baru keluar dari universiti sebagai ‘strawberry’ hanya kerana
mereka tidak menjalankan tugasan yang diberikan oleh majikan dengan cepat, baik
dan masa yang pantas.
Di satu sudut yang lain pula, saya
bersetuju dengan pandangan bahawa mahasiswa di Malaysia ini bertaraf strawberry.
Jika dilihat, tidak ramai mahasiswa yang mahu menggunakan intelektual, tenaga
dan ilmu yang ada pada diri mereka untuk membantu agama, bangsa dan tanah air
mereka. Mereka lebih senang dengan kemudahan yang mereka terima sekarang ini.
Sebagai contoh, ramai mahasiswa kita sudah memegang jawatan yang tinggi dalam
syarikat syarikat konglomerat namun apa sumbangan mereka untuk membangunkan
orang Melayu?
Mengapa mereka tidak menggunakan
kelebihan yang ada pada mereka untuk membantu peniaga peniaga kecil terutama
peniaga Melayu untuk membesarkan perniagaan mereka? Oleh sebab itulah saya
mengatakan mengapa mahasiswa mahasiswa ini masih bertaraf strawberry terutama
memberikan khidmat bakti mereka kepada masyarakat. Mereka sepatutnya memberikan
dana dan idea kepada peniaga peniaga Melayu yang masih merangkak rangkak dalam
menguasai ekonomi ini. Jika mereka hanya sekadar berpeluk tubuh dan memerhati
sahaja, nescaya tidak aka nada perubahan yang berlaku. 30% kek ekonomi yang
diperuntukkan kepada orang Melayu hanya tinggal angan angan Mat Jenin sahaja.
Mahasiswa juga boleh menjadi strawberry
apabila mereka tidak menggunakan ilmu dan intelektual mereka oleh kerana
terlalu percaya kepada dakyah dakyah yang dibuat oleh pihak tertentu. Mereka
tidak menyiasat terlebih dahulu apakah dakwaan pihak pihak itu sama ada betul
atau salah. Mereka terima bulat bulat tanpa usul periksa apa yang diberitahu
oleh pemimpin pemimpin mereka. Sebagai contoh, mereka tega melupakan bangsa dan
agama mereka oleh kerana rasa benci mereka kepada UMNO/BN. Mereka rela jika
Islam dan Melayu musnah asalkan UMNO/BN dikuluhumkan. Jika sikap ini masih
diamalkan oleh mahasiswa mahasiswa kita terutama mahasiswa Melayu nescaya
Islam, Melayu dan Malaysia
akan menuju kehancuran!
Ini bukan sebuah cerita dongeng tetapi
inilah kenyataan yang perlu diterima oleh mahasiswa di Malaysia . Lihat sahaja apa yang
berlaku kepada Dyana Sofya. Oleh kerana bencikan UMNO/BN maka dia tega menolak
hukum Hudud dan mempertikaikan dasar UiTM yang selama ini memberi tumpuan
kepada orang Melayu dan Bumiputra sahaja. Mengapa dia boleh menjadi begitu? Ini
kerana dia tidak menggunakan ilmu yang ada padanya untuk berfikir sebaliknya
menggunakan nafsu politiknya tanpa ditunjangi oleh iman dan kerasionalan.
Saya tidak kata salah menjadi
pembangkang. Itu hak anda. Memuji tidak semestinya menyokong dan menegur tidak
semestinya membenci. Menjadi pembangkang adalah hak anda namun apakah yang anda
lakukan jika Islam dan Melayu semakin terhakis oleh kerana kuasa politik?
Adakah anda hanya akan membutakan mata dan memekakkan telinga? Tepuk dada dan
tanya iman.
Jika pemimpin pemimpin anda cuba
untuk menjahanamkan Islam dan Melayu, apakah anda hanya akan mendiamkan diri
atau membenarkan apa yang dikatakan oleh mereka? Anda harus berani membuat
teguran kerana ini adalah agama dan bangsa anda. Jika anda takut untuk
mempertahankan agama, bangsa dan negara anda sendiri maka benarlah anda adalah
mahasiswa bertaraf strawberry.
Fenomena mahasiswa yang menjadi pak turut
atau yesmen ini bukan sahaja ada dalam parti pembangkang malahan dalam
UMNO/BN juga. Kalau diikutkan, di dalam UMNO/BN inilah yang paling teruk. Oleh
sebab itu, banyak masalah yang berlaku dalam negara ini gagal diselesaikan
dengan baik. Masalah rasuah, sosial, pendatang asing, dan banyak lagi masih
berleluasa di Malaysia .
Ini kerana tidak ada mahasiswa yang menyokong parti itu yang mahu membuat
teguran kepada kepimpinan UMNO/BN untuk mengubah dan menyelesaikan masalah yang
ada.
Mereka menganggap apa yang dilakukan
oleh pemimpin pemimpin mereka semuanya betul dan tidak ada silap. Jika perkara
ini berterusan, bukan hanya Islam dan Melayu sahaja bakal hancur, malahan Malaysia
juga akan menerima nasib yang sama. Jadi, nasihat saya muhasabahlah mahasiswa
mahasiswa semua. Letakkanlah Islam, Melayu dan Malaysia dihadapan dan bukannya
kuasa politik di hadapan. Berhentilah dari menjadi mahasiswa bertaraf
strawberry….
Hiburan
Ke Arah Pemikiran Islam
Islam tidak menghalang umatnya untuk
berhibur namun sudah pasti ada batas batas dan garis panduan yang perlu
dipatuhi oleh umat Islam. Hiburan yang melampau sememangnya tidak baik untuk
jiwa umat Islam. Ini kerana jika kita terlalu banyak berhibur nescaya kita akan
mudah leka dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab kita kepada agama kita –
Islam.
Hiburan juga mesti mengikut garis panduan
yang telah ditetapkan dan tidak boleh terlalu melampau. Tahukah anda bahawa
hiburan adalah satu senjata orang Yahudi untuk melemahkan umat Islam. Mereka
mahu umat Islam terus leka dengan hiburan dan sedikit demi sedikit akan
meninggalkan agama Islam yang suci ini.
Saya sedih melihat rancangan The Band
yang ditayangkan di Astro itu. Jelas kelihatan remaja remaja kita sudah rosak
akhlak. Terkinja kinja dan bercampur antara lelaki dan perempuan dalam
menyanyi. Kata pujangga, jika mahu melihat masa depan sesebuah negara, lihatlah
pada pemuda dan pemudi mereka. Jika baik pemuda dan pemudi mereka, maka baiklah
negara itu pada masa akan datang namun jika rosak pemuda dan pemudi mereka, maka
rosaklah masa depan negara itu.
Jika beginilah pemuda dan pemudi yang
ada dalam rancangan The Band itu, apakah masa depan negara kita akan baik?
Adakah Islam dan Melayu akan baik? Tepuk dada dan tanya iman. Saya nasihatkan
kepada Astro agar kurangkan program program nyanyian dan lebihkan program
program keagamaan dan bersifat pendidikan. Alangkah bagusnya jika program
program di Astro itu ditukar kepada program program pendidikan yang boleh
menajamkan pemikiran dan minda.
Alangkah bagusnya jika Astro membuat
program program yang banyak memaparkan tentang sejarah negara kita yang semakin
lama semakin dilupakan oleh muda mudi kita. Paling tidak pun, buat program yang
boleh memberi penerangan tentang hukum Hudud dan Qisas sementelahan masih ramai
lagi umat Islam yang tidak memahami tentang hukum Allah itu secara semaksimum
mungkin.
Program Fear Factor itu pun sepatutnya tidak boleh dibuat dan disertai
oleh rakyat Malaysia .
Bukankah perkara itu menjijikan dan membahayakan keselamatan? Mengapa masih di
buat lagi? Bukankah Islam sudah menerangkan bahawa tidak boleh melakukan
perkara yang boleh mengancam nyawa
dan memakan benda benda yang kotor? Inilah akibatnya jika kita berhibur tanpa
berpandukan kepada ajaran Islam yang sebenar.
Saya berharap para ulama’ dan JAKIM
mengambil tindakan yang wajar bagi menghalang rancangan rancangan sebegini dari
terus ditayangkan. Tahukah anda bahawa rancangan Fear Factor itu adalah satu
kaedah orang Yahudi mahu menghina orang Anglo Saxon dan orang kulit hitam
Amerika Syarikat supaya melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang? Dan kini
umat Islam pula telah terikut ikut dengan pemikiran songsang orang Amerika dan
terperangkap dalam permainan licik orang Yahudi!
Nasihat saya, lebihkanlah program program
yang boleh memberi ilmu dan manfaat kepada masyarakat dan bukannya yang terus
melalaikan masyarakat. Hiburan itu tidak salah tetapi cara kita mengendalikan
hiburan itu yang salah.
Abby
Abadi : Cukup cukuplah…
Dulu saya agak bersimpati juga
dengan pelakon dan penyanyi ini selepas dia bercerai dengan bekas suaminya,
Norman Hakim. Namun, setelah dia berada di pentas politik, entah mengapa
perasaan simpati terhadap dirinya hilang begitu sahaja. saya bukan membenci
Abby kerana dia menyertai PAS tetapi saya tidak suka dengan sikapnya yang
seolah olah lebih ulama’ dari ulama’.
Kenyataan kenyataan yang dibuatnya
terhadap dunia hiburan ini seolah olah dia sudah lama belajar agama dan tahu
serba serbi tentang Islam padahal baru beberapa hari memakai tudung dan
menyertai PAS. Dia menghina artis artis lain seolah olah dia tidak berdosa
pula. Tidak salah untuk kita menegur tetapi perlu mengikut kaedah yang betul.
Saya juga tidak kata salah menyertai PAS tetapi janganlah nak menghina artis
artis lain di atas pentas pentas PAS.
Penyanyi Aisyah yang pernah bertanding di
dalam PRU13 menentang Tan Sri Isa Samad di kerusi Parlimen Jempol juga
menyertai PAS namun tidak pula dia menghina mana mana artis. Tetapi fiil Abby
ini agak aneh sedikit. Dengan menyertai PAS seolah olah dia sudah bersih dari
noda dan dosa. Belajar agama baru sehari dua sudah mahu menghukum orang begitu
dan begini.
Sekarang pula berlaku perceraian dengan
suami barunya, Muhammad Nor Farhan bin Che Bakar pada 9 Mei lalu. Penceraian
itu berlaku kerana Farhan sudah tidak tahan lagi tinggal sebumbung dengan
dengan Abby kerana Abby selalu mencederakan dan memaki hamun dirinya. Saya
tidak tahulah isteri jenis apa Abby ini sehingga sanggup mencederakan suami
sendiri.
Seorang kawan perempuan saya pernah
berkata, alangkah tampannya suami si Abby ini untuk dicederakan. Suami
sepatutnya disayangi, dibelai dan dikasihi bukannya dicederakan! Kalau marah
sekalipun jangan sampai mencederakan suami sehingga berdarah darah, bawalah
berbincang untuk menyelesaikan masalah.
Nasihat saya kepada Abby, bawa bawalah
bertaubat dan cukup cukuplah mencetuskan kontroversi. Sudah banyak kejelikan
yang dilakukan oleh Abby ini. Tidak salah untuk masuk politik tetapi pastikan
niat kita betul. Jika kita masuk politik semata mata untuk mendapatkan
publisiti, lebih baik jangan masuk. Teruskan sahaja menjadi anak seni yang
berteraskan Islam. Semoga Allah memberkati hidup Abby dan anak anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.