Ternyata saya tersilap dalam meramalkan
tentang kemenangan Dyana Sofya di PRK Parlimen Teluk Intan yang berlangsung
minggu lepas. Saya begitu optimis dalam menyatakan bahawa Dyana Sofya mampu
menang di Teluk Intan. Ini berdasarkan kepada tiga faktor. Pertama, kerusi itu
adalah kerusi DAP, kedua majoriti pengundi adalah pengundi Cina yang sayangkan
DAP dan ketiga majoriti rakyat memang menolak BN.
Ketiga tiga faktor ini merupakan
kelebihan buat Dyana untuk memenangi kerusi Teluk Intan itu. Datuk Mah Siew
Keong ternyata tidak mempunyai kelebihan seperti Dyana. Datuk Mah hanya
bergantung kepada jantera parti dan manifesto serta kempen berterusan untuk
memikat pengundi. Ternyata Dyana lebih kuat berbanding Datuk Mah sementelahan
dia dibantu oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Ternyata kuasa Allah mengatasi kuasa
pengundi. Semua orang tahu bahawa Dyana Sofya mampu untuk menang. Lihat sahaja
jumlah majoriti yang diterima oleh mereka berdua. Perbezaan hanyalah sebanyak
283 undi sahaja. lihatlah bertapa sengitnya pertarungan Dyana dan Datuk Mah di
Teluk Intan ini.
Sejujurnya saya sendiri berasa terkejut
dan masih kurang percaya bahawa Datuk Mah mampu merampas semula kerusi ini
daripada DAP. Jika diselidik dengan lebih mendalam, antara faktor kekalahan
Dyana adalah dia calon yang masih muda. Dia masih tidak pandai lagi bermain
dalam arena politik yang sedia mencabar ini. Selain itu dia juga sentiasa
dibayangi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang sentiasa mengekorinya ke mana
sahaja.
Faktor perkauman juga masih membayangi
dalam PRK ini. Memandangkan Dyana calon Melayu, maka dia kurang diterima oleh
pengundi Teluk Intan yang majoritinya adalah Cina. Walaubagaimanapun, saya
tidak yakin ini merupakan isu kuat pengundi Teluk Intan menolaknya. Semua orang
tahu bahawa Dyana adalah boneka DAP. Jadi pada saya faktor ini tidaklah berapa
kukuh untuk diperkatakan.
Menurut penulis Blog Tinta Merah, Mohd
Sayuti Omar (MSO), jentera PAS Perak ternyata tidak membantu Dyana dalam PRK
kali ini. Jika benarlah apa yang dikatakan oleh MSO ini, ternyata PAS mengambil
jalan yang paling baik dalam PRK kali ini. PAS perlu menyatakan pendirian mereka
mengenai sikap orang Islam yang menolak Hudud. Jika mereka menolak UMNO kerana
UMNO menolak Hudud, mereka juga perlu menolak Dyana yang juga menolak Hudud. Jika
diamati, ini adalah suara akar umbi PAS. Hanya Hadi Awang dan pimpinan
tertinggi PAS sahaja yang buta hati dan buta mata yang masih mahu bersetongkol
dengan DAP sedangkan akar umbi PAS sudah tidak mahu lagi bertahaluf siyasi
dengan DAP.
Faktor Dyana yang menolak Hudud dan
menimbulkan isu UiTM juga merupakan antara faktor rakyat Teluk Intan terutama
Melayu menolak calon DAP ini. Pengundi pengundi dapat merasakan bahawa Melayu
seperti Dyana inilah yang akan menghancurkan masa depan Melayu dan Islam
apabila PR memerintah nanti. Tindakan pengundi Melayu yang saya rasa menolak
Dyana ini adalah langkah yang paling baik.
Melayu seperti Dyana ini memang tidak
sepatutnya disokong. Ini mungkin satu kifarah dari Allah buat Dyana yang terang
terang menolak Hudud!
Menurut Setiausaha Agung DAP, Lim Guan
Eng antara faktor kekalahan Dyana adalah peratusan pengundi yang mengundi yang
rendah iaitu sebanyak 66.5%. Beliau mendakwa kebanyakkan pengundi yang tidak
hadir adalah pengundi yang menyokong pembangkang dan berada di luar kawasan.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga, faktor permainan politik UMNO
ketika berkempen dan faktor Dyana adalah muka baru di kawasan itu dan tidak
mempunyai masa untuk mengenali pengundi merupakan faktor utama kekalahan calon
itu.
Apa pun, keputusan sudah diketahui.
Datuk Mah adalah pemenangnya. Najib pula jangan terlalu gembira dengan
keputusan ini. Kemenangan Datuk Mah bukanlah kerana pengundi pengundi Cina
sudah kembali menyokong BN. Mereka masih lagi menyokong DAP namun mungkin
kerana kesilapan DAP meletakkan calon yang masih mentah dalam dunia politik
menyebabkan pengundi pengundi di Teluk Intan tidak mengundi Dyana.
Segala janji janji dan tanggungjawab
perlu dilaksanakan untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap BN. Jika BN di
bawah pimpinan Najib masih mengamalkan sikap buruk yang sama dalam kepimpinan
mereka nescaya UMNO dan BN sedang menggali kubur mereka sendiri!
Piala
Thomas : Malaysia
Gagal Lagi!
Sepatutnya saya menulis berkenaan
dengan perkara ini dalam tulisan saya sebelum ini namun akibat terlalu banyak
isu yang hendak diperkatakan maka saya menangguh untuk memberi ulasan berkenaan
dengan kejohanan Piala Thomas yang menyaksikan Malaysia sekali lagi menempah
kekalahan di tangan Jepun di dalam tulisan saya pada kali ini.
Saya bukanlah peminat sukan. Saya lebih
minat politik dan sastera daripada sukan namun apabila menyentuh nama Malaysia
di persada antarabangsa saya perlu bangkit untuk menyatakan pendirian saya.
Sejujurnya saya sedih dengan kekalahan
yang menimpa Malaysia
padahal Malaysia
sebenarnya hanya mempunyai satu tapak sahaja lagi untuk membawa pulang Piala
Thomas itu. Namun, akibat kesilapan yang dilakukan oleh Liew Darren menyebabkan
Malaysia
sekali lagi berputih mata untuk mendapatkan piala berprestij itu.
Melihat kepada suasana sukan di Malaysia , sebenarnya saya tidak meletakkan harapan
yang terlalu tinggi pada mana mana kejohanan yang disertai oleh Malaysia .
Sukan apa pun yang disertai oleh pemain pemain Malaysia , saya tidak yakin mereka
mampu untuk menang. Jika menang pun, itu adalah suatu keajaiban!
Bukan niat saya untuk memandang rendah
kepada pemain pemain Malaysia
namun setiap kali Malaysia
menghantar wakil untuk menyertai sesuatu pertandingan, Malaysia sebenarnya sedang menempah
kekalahan dalam pertandingan itu. Seharusnya kerajaan dan persatuan persatuan
sukan perlu mempertingkatkan usaha untuk melatih atlet atlet di negara ini
supaya mampu untuk menjadi juara dalam sesuatu pertandingan!
Jika keadaan ini berterusan, sampai bila
pun Malaysia
akan terus kalah dan kalah. Sampai bila kita mahu mengharapkan Datuk Lee Chong
Wei dan Datuk Nicol Ann David untuk mengharumkan nama Malaysia ? Sampai bila Azizulhasni
Awang, Sazali Samad, Pandalela Rinong akan terus bertahan untuk membawa
kejayaan buat Malaysia ?
Sudah sampai masanya untuk pihak pihak
yang bertanggungjawab perlu memikirkan suatu jalan penyelesaian yang kukuh
dalam masalah ini. Jika tidak, industri sukan di Malaysia hanya tinggal debu debu
sejarah sahaja. Pihak pihak yang bertanggungjawab perlu mencari pemain pelapis
yang benar benar berwibawa untuk menggantikan pemain pemain senior yang sudah
menginjak ke usia tua.
Doa saya ialah industri sukan di Malaysia mampu untuk mengecapi zaman kegemilangannya
di era 80an dan 90an. Kalau atlet atlet dahulu boleh mengharumkan nama Malaysia
di persada antarabangsa mengapa tidak atlet atlet sekarang? Jika disemak secara
mendalam, ternyata atlet atlet dahulu begitu banyak kekurangan berbanding atlet
atlet sekarang dari segi kemudahan dan imbuhan. Oleh itu, tidak ada alasan
untuk atlet atlet sekarang untuk tidak mengecapi kejayaan seperti atlet atlet
dahulu.
Jika beginilah atlet atlet Malaysia
yang dihantar ke sesuatu pertandingan dan hanya membawa pulang kekalahan, lebih
baik ambil sahaja saya – orang yang tidak minat sukan dan tidak pandai bersukan
untuk bertanding di Piala Thomas atau mana mana pertandingan sukan. Sudah pasti
Malaysia
akan menempah kekalahan!
Langkawi
: Dari Lagenda ke Le Tour
Alhamdulillah, saya selamat sampai di
Kuala Lumpur setelah berada di Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam untuk
menghabiskan cuti semester saya bersama adik adik dan ibu. Menaiki penerbangan
Air Asia begitu mendebarkan saya walaupun itu bukanlah kali pertama saya
menaiki kapal terbang. Masih terbayang bayang di kotak fikiran saya terhadap
tragedi yang menimpa peawat MNH370.
Tetapi saya bersyukur kepada Allah tiada musibah yang menimpa saya
sepanjang perjalanan yang hanya memakan masa selama satu jam itu.
Saya kagum dengan pembangunan yang
dinikmati oleh Pulau Langkawi. Pantainya yang cantik dan penduduknya yang
sangat baik, peramah dan sedia membantu sekiranya kita berada di dalam
kesusahan. Beberapa kali kami tersesat untuk pergi ke tempat tempat tertentu
namun kami berjaya menemui tempat yang hendak kami tuju dengan bantuan penduduk
tempat.
Sepanjang tempoh lawatan itu, tidak banyak
tempat yang kami lawati kerana faktor tenaga, kos dan masa. Kami hanya melawat
Pekan Kuah, Dataran Lang, Makam Mahsuri dan Pantai Cenang. Kami juga melihat
Tasik Dayang Bunting tetapi dari jauh sahaja. Kami tidak sempat untuk menaiki
kereta kabel, melawat Padang Mat Sirat, Beras Terbakar dan banyak lagi.
Di Pulau Langkawi juga, saya menemui
sebuah warung yang menyediakan juadah nasi lemak yang hanya berharga RM1.50
dengan menawarkan pelbagai lauk pauk seperti ayam sambal, sambal sotong, sambal
ikan, telur goreng dan pelbagai lagi. Belum pernah lagi saya menjumpai cara
penyediaan makanan yang kreatif sebegitu. Rasanya pun sedap.
Keunikan Pulau Langkawi adalah sukar
untuk orang tersesat jalan kerana jalannya mudah dicari dan ada banyak papan
tanda. Jika tersesat pun, kita pasti akan menjumpainya semula dengan mudah atas
bantuan penduduk tempatan yang ramah tamah itu. Tetapi awas! Kita akan terseat
jika tidak membaca papan tanda dengan betul atau terlalu banyak berangan
Sesungguhnya melawat Pulau Langkawi
menjanjikan satu kenangan manis dalam hidup saya. Mungkin apabila saya sudah
bekerja nanti, Pulau Langkawi akan menjadi destinasi percutian saya suatu hari
nanti. Melihat kemajuan Pulau Langkawi, saya teringat kepada mantan Perdana
Menteri, Tun Dr .
Mahathir Mohamed. Walaupun dari segi politik dan agama saya banyak tidak
bersetuju dengan beliau, namun kegigihan beliau memperkenalkan Pulau Langkawi
dan Malaysia
di mata dunia amat saya hargai. Terima kasih Tun Mahathir….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.