Sumber : Google |
Apabila
Fazleena Hishamuddin menulis buku puisi Seksi Ovari, bermacam pendapat yang
datang kepadanya dengan begitu banyak sekali. Ada pembaca yang memuji dan tidak
kurang juga ada yang mengeji.
Saya
tidak mahu membicarakan secara panjang lebar mengenai buku itu. Apa yang hendak
saya bicarakan adalah perbahasan yang membelengu buku itu. Saya fikir buku itu
mengundang perbahasan kerana judulnya yang agak berani. Pembaca yang berfikiran
sempit pasti akan membuat tafsiran pelbagai tanpa dahulu memahami.
Saya
fikir orang yang mengecam Fazleena itu kerana mereka tidak mempunyai
pengetahuan. Ini kerana ovari dan vagina itu tidak dapat mereka bezakan.
Seandainya ovari dan vagina itu mereka tahu beza, pasti kemarahan itu tidak
akan timbul dengan sebanyaknya.
Menurut
Kamus Pelajar Edisi Kedua, ovari ialah organ pembiakan yang mengeluarkan ovum
(pada orang perempuan atau pada binatang betina) dan organ pembiakan pada
tumbuh-tumbuhan (yang di dalamnya terdapat ovul). Vagina pula ialah saluran
peranakan pada organ pembiakan haiwan betina atau faraj.
Apa
yang saya hendak bicarakan dalam artikel ini adalah matlamat Fazleena melalui
penulisan buku itu. Puisi yang selama ini dianggap bosan, melankolik, mendalam,
‘gelap’, dan mengantuk cuba diubah oleh Fazleena menjadi sesuatu yang segar dan
baru. Fazleena melalui buku itu cuba menulis puisi yang mudah difahami. Namun
keindahannya masih dikekalkan lagi.
Sesetengah
orang bukan sahaja tidak suka membaca teks-teks puisi, malah turut ‘getik’
untuk menghadirkan diri ke majlis-majlis membaca puisi. Ini kerana cara membaca
puisi sering kali membosankan. Fazleena cuba mengubah keadaan ini dengan
menjadikan cara membaca puisi itu sesuatu menarik dan menyeronokkan. Maka,
tidak akan ada orang yang menguap ketika puisi sedang dibaca. Orang pun akan
mudah faham dan terhibur juga. Secara perlahan-lahan puisi itu akan ramai orang
suka. Itulah misi dan perjuangan Fazleena yang saya anggap mulia.
Selama
ini ramai orang suka menulis puisi mendalam dan berat. Bagi mereka puisi puisi
sebegitu bagus dan hebat. Tetapi sebenarnya menulis puisi-puisi sebegitu
menjadikan masyarakat semakin jauh dengan puisi. Lalu puisi menjadi genre
sastera yang paling tidak disukai.
Bagi
yang pertama kali membaca buku Seksi Ovari, mungkin mereka akan mula tertarik
dengan puisi. Ini kerana puisi dalam buku tersebut bukanlah sesuatu yang sukar
difahami. Maka akan ramai orang akan mula membaca buku-buku puisi. Dan akan
ramai juga orang akan hadir ke majlis-majlis membaca puisi.
Fazleena
menulis puisi-puisi yang terdapat dalam buku Seksi Ovari itu adalah untuk
dibaca di atas pentas sebenarnya. Puisi-puisi dalam buku itu adalah puisi-puisi
yang mempunyai rima di hujungnya (seperti yang biasa saya lakukan). Fazleena cuba
mengekalkan bentuk pantun dan syair lewat puisi-puisinya. Ini dilakukan supaya
dapat menimbulkan rasa sedap dan seronok ketika puisi-puisi tersebut sedang
dibaca.
Dengan
tajuknya yang boleh mengundang kontroversi, dan puisi-puisi yang terdapat di
dalam buku itu prosaik sifatnya serba-serbi, pasti sesetengah orang akan
menganggap buku itu bukan sebuah buku puisi. Bagi menentukan sesuatu puisi itu
bukan puisi tidaklah mudah sebenarnya. Pemikiran setiap orang yang lahir ke
dunia adalah tidak sama. Tanggapan terhadap sesebuah puisi itu boleh sahaja
berbeza-beza.
Sebagai
orang yang bergiat cergas dalam dunia teater seperti seniman Khalid Salleh
misalnya, Fazleena menulis puisi adalah untuk dibaca (di atas pentas).
Puisi-puisi di tangan Fazleena tidak hanya terperap di atas kertas sahaja.
Fazleena cuba menyampaikan sesuatu mesej yang bernilai melalui puisi-puisinya.
Tidak
ramai orang yang berfikiran seperti Fazleena dalam dunia sastera Melayu.
Fazleena cuba menggambarkan puisi dengan cara yang segar dan baru. Meskipun
buku Seksi Ovari itu diterbitkan secara ‘indie’, namun usaha itu harus dipuji. Harap
dengan terbitnya buku puisi Seksi Ovari ini akan lebih ramai lagi orang akan
suka dengan puisi. Puisi janganlah dianggap sebagai suatu perkara yang
membosankan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.