Rabu, 31 Mei 2017

CARA MUDAH MERAIH POPULARITI



Image result for justin bieber
Sumber : Google


Tiada ramai orang di dunia ini yang tidak suka akan populariti. Yang tidak suka populariti itu ada tetapi mereka adalah golongan minoriti. Ahli politik, ahli perniagaan, dan selebriti adalah golongan manusia yang suka akan populariti. Mengapa mereka amat suka dengan populariti? Kerana dengan popularitilah mereka boleh mendapat bermacam perkara di dunia ini. Wang dan kuasa misalnya, boleh disedut dengan sebanyaknya melalui populariti.


Sebab itulah kebanyakkan manusia berusaha untuk meraih populariti. Mereka meraih populariti itu dengan bermacam cara. Sama ada cara itu baik atau buruk itu sudah jatuh ke soal yang nombor dua. Yang penting populariti itu mesti datang segera agar mereka boleh memanfaatkannya.


Di zaman moden ini untuk meraih populariti itu mudah sahaja. Dengan berbekalkan wajah kacak dan cantik, anda sudah boleh meraih populariti dengan sebanyaknya. Cuma anda perlu tahu cara sahaja untuk menyalurkan wajah kacak dan cantik yang anda ada itu untuk meraih populariti dengan segera. 


Kebanyakkan anak muda yang berwajah kacak dan cantik ini, mereka menggunakan media sosial untuk meraih populariti. Cukup sekadar mereka tempelkan wajah kacak atau cantik mereka di media sosial seperti Twitter misalnya, kemudian mereka tulis atau taip perkara perkara yang ramai orang suka, pasti mereka akan meraih populariti dengan segera. Yang penting wajah kacak dan cantik itu memang perlu ada.      

Jika mahu meraih populariti yang lebih tinggi, cetuskanlah perkara-perkara yang bersifat kontroversi. Hinalah mana-mana agama dan bangsa orang lain (misalnya) tanpa sekelumit pun perasaan berdosa atau bersalah di dalam hati. Dengan penuh yakin, dalam tempoh satu hari sahaja anda akan meraih begitu banyak populairiti. Populariti itu datang daripada orang ramai yang menyokong dan menghentam anda di media sosial dengan begitu banyak sekali. 


Manusia yang meraih populariti dengan cara sebegini risikonya amat tinggi. Selain dimaki hamun oleh orang ramai setiap hari, dikenakan tindakan undang-undang itu sudah pasti. Orang yang meraih populariti dengan cara begini adalah orang yang berani mati!

Satu lagi cara mudah untuk meraih populariti adalah dengan menjadi selebriti. Menjadi selebriti pada zaman sekarang tidak susah seperti dahulu lagi. Jika anda punya bakat sebagai penyanyi, dikurniakan pula dengan wajah yang kacak atau cantik sekali, pasti anda mudah untuk meraih populariti. Gunalah media sosial seperti Youtube dan Smule misalnya, untuk pamerkan bakat yang anda ada. Bagi meraih populariti dengan cara begini, bakat sahaja tidak mencukupi, wajah kacak atau cantik itu pun diperlukan sekali. Jika wajah anda tidak cantik atau tidak kacak, sukar untuk populariti anda naik dengan mendadak. 


Seorang selebriti memang sangat sangat memerlukan populariti. Bermacam cara untuk seseorang selebiriti itu boleh meraih populariti. Sama ada mereka memperagakan wajah kacak atau cantik mereka, atau cukup mereka mencetuskan kontroversi sahaja, itu sudah cukup untuk mereka meraih populairiti dengan sebanyaknya. Dengan menggunakan bakat mereka sebagai selebriti juga boleh membantu mereka untuk meraih populariti. Tetapi itu pun terpulang kepada tuah nasib tuan empunya diri.


Selebriti yang bergantung kepada bakat sahaja dan tidak paras rupa, ada di antara mereka yang boleh bertahan lama. Tetapi selebriti begini memang tidak ramai di dalam dunia. Kebanyakkan selebriti memang bergantung kepada rupa semata-mata untuk meraih populariti dan bertahan lama. Tetapi bakatnya sebagai selebriti itu langsung tidak boleh dibawa ke mana-mana.  


Yang paling penting dalam dunia seni ini adalah bakat dan kualiti sebenarnya. Tetapi mesyarakat kita ini lebih suka memandang paras rupa selebriti itu sahaja. Selebriti yang kacak atau cantik tetapi tidak berbakat dan berkualiti lebih mudah diterima. Selebriti yang tidak kacak atau cantik tetapi berbakat dan berkualiti akan terpinggir begitu sahaja. Sebab itulah seni hiburan kita tidak ke mana mana dan masih lagi berada di takuk yang lama. 


Selebriti yang mempunyai wajah yang kacak dan cantik serta berbakat dan berkualiti pula, selebriti inilah yang mesti diterima dan disokong oleh semua. Untuk mencari selebriti sebegini pun begitu sukar sebenarnya. Tetapi jika ada, pastilah selebriti sebegini adalah selebriti yang amat berjaya.  Contoh terdekat adalah Datuk Siti Nurhaliza misalnya. 


Populariti itu memang dikehendaki. Ia bertujuan untuk meningkatkan kemajuan diri dalam sesuatu pekerjaan yang diceburi. Tetapi populariti itu perlu dilihat bagaimana cara ia diperolehi. Jika cara mendapatkan populariti itu adalah dengan cara yang tidak baik, maka populariti yang diperolehi itu pun pastinya datang dengan amat jelik!


Selasa, 30 Mei 2017

TERHARU!!! TIGA PERKARA YANG SEORANG IBU AKAN FIKIRKAN SEBELUM MEREKA TIDUR!

 Giphy

Tugas bagi seorang yang bergelar ibu memang tidak akan pernah habis. Seorang ibu memainkan pelbagai peranan dalam menguruskan diri dan keluarganya setiap hari. Hanya orang yang bergelar ibu sahaja yang tahu diri seorang yang bergelar ibu. 

Seorang ibu perlu menguruskan pelbagai kerja rumah, kerja kerja yang ada di pejabatnya, dan menguruskan anak anaknya. Kadang kala, masa untuk dirinya sendiri habis begitu sahaja. 

Walaupun pelbagai perkara yang perlu mereka uruskan, namun mereka sentiasa tenang menghadapi hari hari dalam hidup mereka. Mereka sudah merancang pelbagai perkara yang akan mereka lakukan pada esok hari sebagai persediaan untuk menghadapi hari hari mereka.

Pelbagai perkara yang seorang ibu akan fikirkan walaupun ketika mereka hendak tidur. Semuanya sebagai persediaan untuk menghadapi hari hari yang mendatang dalam hidup mereka setiap hari. 

Tahukah anda apakah seorang ibu akan fikirkan sebelum mereka tidur? 

Jom terjah ---> Perkara Yang Seorang Ibu Fikirkan Sebelum Mereka Tidur <---- untuk mengetahuinya.

Selamat membaca dan hargai ibu anda.  

Isnin, 29 Mei 2017

CARA NAK JIMAT DUIT BILA BERBELANJA DI 7 ELEVEN

 Cb25

Saya yakin ramai di antara pembaca suka berbelanja bukan? 

Berbelanja yang saya maksudkan di sini adalah berbelanja barang barang keperluan dan kehendak anda seharian. 

Masa terbaik untuk kebanyakkan daripada kita berbelanja adalah apabila sesebuah pusat membeli belah menawarkan potongan harga (diskaun) semasa musim perayaan. 

Apabila kita berbelanja semasa pusat membeli belah menawarkan potongan harga (diskaun), kita pasti dapat menjimatkan duit kita. 

Tahukah anda sekarang ini kedai serbaneka 7 Eleven juga sedang menawarkan potongan harga kepada semua pelanggannya. 

Tujuan 7 Eleven membuat potongan harga ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai orang membeli barang di kedai tersebut. 

Saya yakin anda pasti tidak percaya dengan harga barangan yang ditawarkan oleh 7 Eleven ini. 

Mahu tahu apakah barangan tersebut? Mahu tahu berapakah harganya? Mahu tahu sampai bila potongan harga (diskaun) ini akan berlangsung?  Jom terjah ---> Cara Nak Jimat Duit Bila Berbelanja Di 7 Eleven  <--- untuk mengetahuinya. 

Selamat membaca dan selamat berbelanja di 7 Eleven!!!

Ahad, 28 Mei 2017

LIMA KESUKARAN YANG KANAK-KANAK HADAPI DI SEKOLAH SETIAP HARI

Image result for murid sekolah
Sumber : Google

Seperti yang kita semua tahu kanak-kanak akan ke sekolah setiap hari. 

Tujuan kanak kanak ke sekolah itu adalah untuk belajar. Mereka berlajar pelbagai perkara di sekolah sama ada yang bersifat akademik ataupun yang bukan bersifat akademik. 

Ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah kerana mereka mahu anak mereka menjadi orang yang pandai seterusnya menjadi orang yang berjaya. 

Indikator bagi seorang anak yang pandai di sekolah bagi kebanyakkan ibu bapa adalah mendapat tempat pertama di dalam kelas atau mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan. 

Indikator yang digunakan oleh kebanyakkan ibu bapa itu tidak salah. Memang itulah ukuran yang sepatutnya digunakan untuk menilai prestasi anak anak di sekolah. 

Kebanyakkan ibu bapa mengharapkan anak anak mereka cemerlang dalam pembelajaran di sekolah. Jadi, sebaik sahaja mereka menghantar anak mereka ke sekolah, mereka mengharapkan apabila anak anak mereka pulang dari sekolah, anak-anak mereka membawa pulang kejayaan yang mereka impikan. 

Namun begitu, tahukah ibu bapa kesukaran yang anak anak anda hadapi ketika mereka berada di sekolah? Adakah ibu bapa mengambil cakna akan kesukaran yang biasa anak anak mereka hadapi untuk melalui hari hari mereka di sekolah?

Kanak-kanak terpaksa hadapi semua kesukaran ini sepanjang hari mereka di sekolah. Dan sudah sepatutnya semua ibu bapa perlu tahu semua kesukaran itu.  

Mahu tahu apakah kesukaran yang biasa anak anak anda hadapi ketika di sekolah? Jom baca ---> Lima Kesukaran Yang Kanak Kanak Hadapi Di Sekolah Setiap Hari <--- untuk mengetahuinya.  

Sebagai ibu bapa, perlu anda tahu apakah kesukaran yang anak anak anda hadapi ketika mereka di sekolah. Ini bagi memastikan pembelajaran dan kegiatan mereka tidak terganggu. 

Selamat membaca... 

Sabtu, 27 Mei 2017

PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN DALAM BULAN RAMADHAN



Image result for bulan ramadhan
Sumber : Google

Syukur Alhamdulillah kepada Allah kerana mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan sekali lagi. Wajar kita bersyukur kerana kita bertemu dengan satu bulan yang rahmatnya begitu banyak sekali. Tidak ramai orang yang berpeluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang mulia. Siapa yang berpeluang itu hendaklah bersyukur dengan sebanyak-banyaknya.

Memandangkan kita sudah pun berada dalam bulan yang mulia, apakah yang perlu kita lakukan untuk kita mengisinya? Pastilah kita mengisi bulan yang mulia ini dengan ibadah-ibadah yang boleh mendatangkan pahala. Wajar kita berlumba-lumba untuk mendapatkan pahala dengan sebanyak-banyaknya. Maka, lakukanlah banyak ibadah dan kebaikkan supaya bulan yang mulia ini tidak berlalu dengan sia-sia. 

Apabila menyebut tentang bulan Ramadhan, pastilah tidak dapat dipisahkan dengan ibadah puasa. Ibadah puasa itu seperti juga ibadah-ibadah yang lain (seperti solat fardhu misalnya) sudah menjadi kewajipan dalam agama. Tunaikanlah ibadah puasa itu dengan bersungguh-sungguh supaya kita boleh mendapat banyak manfaat daripadanya.  

Selain daripada berpuasa, ibadah lain seperti solat sunat terawih, membaca Al-Quran, bersedekah, qiamulail dan sebagainya kita boleh lakukan juga. Janganlah kita sia-siakan bulan Ramadhan ini dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah hendaknya. Jika kita banyak melakukan perkara yang sia-sia, pastilah keberkatan dan kebaikkan dalam bulan Ramadhan ini kita tidak akan dapat dengan sebanyaknya.

Dalam meniti hari-hari dalam bulan Ramadhan, pastilah ada banyak perkara yang boleh kita lakukan. Perkara-perkara yang hendak kita lakukan ini adalah untuk memastikan Ramadhan kali ini kita akan mendapat banyak kebaikkan. Ini bagi memastikan Ramadhan kali ini tidak dipersiakan. 

Antara perkara yang boleh kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini adalah mendidik hati. Kita perlu mendidik hati supaya menunaikan segala ibadah yang dituntut itu dengan penuh rasa ikhlas di dalam hati. Jika hati tidak ikhlas melakukannya, pastilah kita akan menjalani segala ibadah itu (seperti ibadah puasa misalnya) dalam keadaan yang terpaksa. Kita akan mudah mengeluh kerana tidak dapat makan dan minum pada siang hari. Dan kita juga akan mudah merungut kerana berasa lapar dan dahaga dengan begitu banyak sekali. 

Selain mendidik hati, kita juga perlu sentiasa menjaga jasmani. Pastikan tubuh badan kita sihat sentiasa. Jika kita sakit, pastilah kita tidak dapat melakukan banyak ibadah sama ada wajib ataupun sunat dengan sempurna. Dalam kesungguhan kita berpuasa, kesihatan juga kita perlu jaga. Jangan kerana makan terlalu banyak semasa berbuka puasa (iftar), kita menjadi sakit secara tiba-tiba! 

Dalam menjalani ibadah puasa itu, belajar juga kita perlu. Dalam menunaikan ibadah puasa ini kita perlu ada ilmu. Jika segala ibadah itu ditunaikan tanpa ilmu, dikhuatiri kita akan menunaikan ibadah itu secara merapu dan terburu-buru. Perlu kita tahu apakah perkara yang membatalkan puasa, apakah rukun puasa, niat untuk berpuasa dan sebagainya. Untuk mengetahuinya, perlu kita belajar daripada orang yang mahir ilmu agama. Jika tidak belajar, banyakkan bertanya kepada orang yang mempunyai pengetahuan tentangnya.  

Bagi sesiapa yang berkemampuan, perbanyakkanlah bersedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan. Bersedekah dalam bulan Ramadhan pastilah akan mendatangkan berjuta-juta kebaikkan. Jika bersedekah pada bulan selain bulan Ramadhan pun boleh mendatangkan banyak ganjaran, bersedekah di bulan Ramadhan pasti akan mendatangkan lebih banyak ganjaran. Oleh yang demikian, banyakkan bersedekah dalam bulan Ramadhan. Sifat bakhil sebenarnya lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikkan. 

Kita sudah pun berada dalam bulan Ramadhan yang mulia. Jangan sesekali biarkan Ramadhan kali ini berlalu dengan sia-sia. Ada banyak ibadah sama ada wajib ataupun sunat yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan pahala. Sesiapa yang biarkan bulan ini berlalu begitu sahaja, orang itu telah rugi dengan banyaknya.


Khamis, 18 Mei 2017

9 TIPS SERVIS KERETA SUPAYA KERETA ANDA SENTIASA DALAM KEADAAN SELAMAT

Image result for servis kereta
Sumber : Google


Saya yakin dan percaya pasti ramai di antara anda tahu tentang kepentingan untuk selalu servis kereta. 

Apabila kita sering servis kereta, kita pasti dapat mengesan kerosakan awal yang berlaku pada kereta kita. 

Dari situ kita boleh membaikinya dengan segera supaya ia tidak rosak dengan lebih teruk lagi. 
 
Kereta yang selalu diservis akan sentiasa berada dalam keadaan selamat terutama jika anda hendak melakukan perjalanan yang jauh. 

Antara punca kereta anda selalu rosak adalah kereta ia tidak selalu diservis.

Dan antara punca banyak kemalangan jalan raya berlaku pun adalah kerana kereta anda tidak selalu diservis. 

Sebab itulah penting anda servis kereta anda dengan kerap.

Bagi anda yang hendak servis kereta, ada beberapa tips yang boleh anda ikuti. 

Tips tips yang hendak saya kongsikan ini sangat penting kerana ia mampu membantu anda untuk memastikan kereta anda sentiasa berada dalam keadaan selamat memandangkan musim perayaan akan tiba tidak lama lagi. 

Mahu tahu apakah tips tip tersebut? Jom terjah ---> 9 TIPS SERVIS KERETA SUPAYA KERETA ANDA SENTIASA DALAM KEADAAN SELAMAT <---- untuk mengetahuinya. 

Bacalah tips yang saya kongsikan itu untuk memastikan kereta anda sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat. 

Selamat membaca...