Sumber : Google |
Syukur Alhamdulillah kepada Allah
kerana mempertemukan kita dengan bulan Ramadhan sekali lagi. Wajar kita
bersyukur kerana kita bertemu dengan satu bulan yang rahmatnya begitu banyak
sekali. Tidak ramai orang yang berpeluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan
yang mulia. Siapa yang berpeluang itu hendaklah bersyukur dengan
sebanyak-banyaknya.
Memandangkan kita sudah pun berada
dalam bulan yang mulia, apakah yang perlu kita lakukan untuk kita mengisinya? Pastilah
kita mengisi bulan yang mulia ini dengan ibadah-ibadah yang boleh mendatangkan
pahala. Wajar kita berlumba-lumba untuk mendapatkan pahala dengan
sebanyak-banyaknya. Maka, lakukanlah banyak ibadah dan kebaikkan supaya bulan
yang mulia ini tidak berlalu dengan sia-sia.
Apabila menyebut tentang bulan
Ramadhan, pastilah tidak dapat dipisahkan dengan ibadah puasa. Ibadah puasa itu
seperti juga ibadah-ibadah yang lain (seperti solat fardhu misalnya) sudah
menjadi kewajipan dalam agama. Tunaikanlah ibadah puasa itu dengan bersungguh-sungguh
supaya kita boleh mendapat banyak manfaat daripadanya.
Selain daripada berpuasa, ibadah lain
seperti solat sunat terawih, membaca Al-Quran, bersedekah, qiamulail dan
sebagainya kita boleh lakukan juga. Janganlah kita sia-siakan bulan Ramadhan
ini dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah hendaknya. Jika kita
banyak melakukan perkara yang sia-sia, pastilah keberkatan dan kebaikkan dalam
bulan Ramadhan ini kita tidak akan dapat dengan sebanyaknya.
Dalam meniti hari-hari dalam bulan
Ramadhan, pastilah ada banyak perkara yang boleh kita lakukan. Perkara-perkara
yang hendak kita lakukan ini adalah untuk memastikan Ramadhan kali ini kita
akan mendapat banyak kebaikkan. Ini bagi memastikan Ramadhan kali ini tidak dipersiakan.
Antara perkara yang boleh kita
lakukan dalam bulan Ramadhan ini adalah mendidik hati. Kita perlu mendidik hati
supaya menunaikan segala ibadah yang dituntut itu dengan penuh rasa ikhlas di
dalam hati. Jika hati tidak ikhlas melakukannya, pastilah kita akan menjalani
segala ibadah itu (seperti ibadah puasa misalnya) dalam keadaan yang terpaksa.
Kita akan mudah mengeluh kerana tidak dapat makan dan minum pada siang hari.
Dan kita juga akan mudah merungut kerana berasa lapar dan dahaga dengan begitu
banyak sekali.
Selain mendidik hati, kita juga perlu
sentiasa menjaga jasmani. Pastikan tubuh badan kita sihat sentiasa. Jika kita
sakit, pastilah kita tidak dapat melakukan banyak ibadah sama ada wajib ataupun
sunat dengan sempurna. Dalam kesungguhan kita berpuasa, kesihatan juga kita
perlu jaga. Jangan kerana makan terlalu banyak semasa berbuka puasa (iftar),
kita menjadi sakit secara tiba-tiba!
Dalam menjalani ibadah puasa itu,
belajar juga kita perlu. Dalam menunaikan ibadah puasa ini kita perlu ada ilmu.
Jika segala ibadah itu ditunaikan tanpa ilmu, dikhuatiri kita akan menunaikan
ibadah itu secara merapu dan terburu-buru. Perlu kita tahu apakah perkara yang
membatalkan puasa, apakah rukun puasa, niat untuk berpuasa dan sebagainya.
Untuk mengetahuinya, perlu kita belajar daripada orang yang mahir ilmu agama.
Jika tidak belajar, banyakkan bertanya kepada orang yang mempunyai pengetahuan
tentangnya.
Bagi sesiapa yang berkemampuan,
perbanyakkanlah bersedekah kepada golongan yang kurang berkemampuan. Bersedekah
dalam bulan Ramadhan pastilah akan mendatangkan berjuta-juta kebaikkan. Jika
bersedekah pada bulan selain bulan Ramadhan pun boleh mendatangkan banyak
ganjaran, bersedekah di bulan Ramadhan pasti akan mendatangkan lebih banyak
ganjaran. Oleh yang demikian, banyakkan bersedekah dalam bulan Ramadhan. Sifat
bakhil sebenarnya lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikkan.
Kita sudah pun berada dalam bulan
Ramadhan yang mulia. Jangan sesekali biarkan Ramadhan kali ini berlalu dengan
sia-sia. Ada banyak ibadah sama ada wajib ataupun sunat yang boleh kita lakukan
untuk mendapatkan pahala. Sesiapa yang biarkan bulan ini berlalu begitu sahaja,
orang itu telah rugi dengan banyaknya.
In syaa Allah.
BalasPadam