Sabtu, 20 Ogos 2016

SEORANG BLOGGER MENULIS DI MANA?


Sumber : Google


Setiap penulis pasti ada tempat yang mereka suka untuk mereka menulis dan mengarang. Blogger juga seorang penulis – penulis blog – dan sudah pasti seorang blogger mempunyai tempat kegemaran mereka untuk mereka mencurahkan idea atau menggarap cerita.

Saya ada terbaca tentang seorang penulis yang mempunyai bilik atau pejabat sendiri untuk mereka menulis di rumah. Di dalam bilik itulah mereka meghasilkan penulisan mereka yang hebat hebat itu.

Sebagai penulis – penulis blog – saya tidak mempunyai tempat yang khusus untuk saya menulis. Tempat menulis saya di rumah ibu bapa saya ini adalah di mana mana sahaja atau dengan kata lain saya tidak mempunyai tempat menulis yang tetap.  


Ada kalanya saya menulis di dalam bilik saya yakni di atas lantai. Di tempat inilah saya banyak mengarang cerita (termasuklah puisi) atau menulis artikel untuk dimuatkan di dalam blog ini. Ada kalanya juga saya menulis di meja makan dan di meja kecil yang terletak di ruang tamu. Setelah menghadapi beberapa masalah, sekarang saya menulis di atas meja bulat yang terdapat di bilik adik perempuan saya.

Pendek kata, saya tidak mempunyai tempat khusus untuk saya menulis. Di mana mana pun saya boleh menulis asalkan tempat isu bersih dan selesa.

Berbeza pula ketika saya berada di kolej. Di kolej, jika saya tidak menulis di atas meja, saya akan menulis di atas katil dalam keadaan duduk.

Mengapa saya tiada tempat khusus untuk saya menulis? Mungkin kerana ibu bapa saya tidak menyediakan sebarang meja yang khusus untuk saya mengulangkaji pelajaran, membaca, dan menulis, jadi saya tidak mempunyai tempat yang khusus untuk saya menulis.

Mempunyai bilik atau ruang yang khusus dan selesa untuk menulis adalah suatu perkara yang perlu untuk seorang penulis terutama bagi penulis sepenuh masa atau blogger sepenuh masa. Mempunyai tempat yang khusus untuk menulis ini memudahkan seseorang penulis itu untuk mendapatkan idea yang bernas bagi menghasilkan penulisan yang bermutu.

Namun, sebagai penulis yang serba kekurangan, jadi saya menulis di mana mana sahaja. Oleh kerana saya menulis tidak kira tempat, maka komputer riba – pena saya – dilanda kerosakkan yang bukan sedikit. Oleh sebab berkata pertolongan Allah, komputer riba saya ini tidak mudah ‘mampus’ seperti mana komputer riba milik kawan kawan saya yang lain. Amin…    

Artikel ini mungkin remeh bagi sebilangan anda yang membacanya. Namun bagi saya ia bukan remeh. Sangat penting untuk seorang penulis mempunyai ruang yang betul untuk mereka menulis. Kerana karya yang hebat bukan sahaja lahir daripada tangan penulis yang hebat, malah lahir juga dalam bilik menulis yang hebat!

1 ulasan:

  1. Saya menaip dan mengedit artikel dimana-mana. Asalkan ada kesempatan dan tak penat.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.