Sumber : Google |
Membaca tulisan terbaru Haji Subky
Latif (penulis utama PAS) di laman portal Harakah Daily jelas menunjukkan yang
beliau masih lagi berada dalam sindrom keangkuhan yang tidak berkesudahan.
Keangkuhan wartawan veteran itu lewat tulisan tulisannya memang tidak pernah
padam baik ketika PAS berada dalam Pakatan Rakyat ataupun selepas PAS keluar
daripada Pakatan Rakyat.
Ketika PAS masih berada dalam Pakatan
Rakyat, usah dicakap betapa angkuhnya beliau memperkatakan isu itu dan isu ini.
Beliau begitu yakin yang Pakatan Rakyat mampu untuk menawan Putrajaya dengan
memberikan ‘teori teori politik’ yang dangkal. Oleh kerana beliau terlalu
angkuh (termasuklah pemimpin PAS yang lain), Allah gagalkan cita cita sekalian
penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat untuk menumbangkan UMNO pada PRU13. UMNO tetap
berkuasa waima masalah tetap banyak membelengu mereka.
Keangkuhan beliau yang paling lantang
adalah mengecam UMNO seolah olah PAS itu terlalu baik. Saya tiada masalah
beliau mengecam UMNO kerana itu memang sudah menjadi tradisi masyarakat pada
masa kini, tetapi nada angkuh dalam penulisannya itu yang tidak saya gemari.
Beliau mengecam UMNO begitu dan begini pada saat PAS sudah tidak lagi relevan
untuk disokong dalam PRU nanti.
PAS sudah tidak lagi disokong oleh
sekalian umat Melayu. Jika mahu diharapkan pengundi bukan Melayu, jangan
bermimpi PAS untuk mendapat undi mereka. Melayu sekarang pakat pakat ramai yang
pergi kepada PAN dan BERSATU yang ditubuhkan oleh Dr. Mahathir dan Tan Sri
Muhyiddin Yassin. Yang sokong PAS hanya pengundi yang taksub pada ulamak
sahaja.
Haji Subky sepatutnya berusaha
membetulkan parti PAS daripada dalam dan bukannya mengkritik UMNO seolah olah
PAS tidak akan padam. Beliau sepatutnya menyumbangkan ‘idea idea bernasnya’
untuk membolehkan PAS mengaut sebanyak banyaknya undi dalam PRU nanti supaya
boleh menawan Putrajaya dan bukannya sibuk tentang pilihan raya negeri Pulau
Pinang yang tidak jadi. Tulisan Haji Subky Latif ini tidak ubah seperti
memanaskan kuah yang telah basi!
Mengkritik UMNO itu tidak salah
tetapi kritik parti sendiri adalah lebih afdhal lagi. Jangan hanya pandai
kritik parti orang tetapi parti sendiri yang tunggang langgang. PAS ternyata
sudah rapuh tetapi bekas pemimpinnya masih lagi kelihatan angkuh!
Haji Subky perlu berhenti bermimpi
yang PAS masih lagi diterima oleh DAP. Zaman Subky bermimpi di siang hari sudah
tiada lagi. Tidak guna Haji Subky memuji-muji atau memberi sokongan moral
kepada pemimpin DAP kerana ia hanyalah satu politik buluh kasap. Yang Haji
Subky perlu lakukan adalah berfikir bagaimana untuk selamatkan PAS agar pada
PRU akan datang, agar ia tidak lesap.
Haji Subky jangan terlalu angkuh
untuk mengecam UMNO begitu dan begini di saat partinya berada dalam keadaan
yang rapuh. Jika partinya terlalu ampuh, sudah pasti tidak berlaku perpecahan
sehingga membuatkan seluruh warga PAS menjadi heboh!
hebatnya ulas hal politik... macam syok sendiri sahaja!
BalasPadam