Sumber : Google |
Ketika saya menonton satu persembahan
silat, seorang kawan berkata kepada saya : “silat ini tidak praktikal. Orang
sekarang mana belajar silat. Orang sekarang dah guna pistol. Silat tak mampu
nak lawan pistol”.
Mendengar kata kata kawan itu, saya
hanya tersenyum tawar. Sebagai seorang penulis (blogger), saya tidak suka
berbalah dan memberi jawapan balas di situ kerana saya tahu dia tidak akan
terima. Maka, saya sekadar diam sahaja kerana saya tahu dia bukan sepenuhnya
Melayu (atau dia jenis Melayu yang layu) maka dia tidak tahu akan kilat dan
kilau yang ada dalam seni persilatan Melayu.
Jika dibaca secara tersurat, apa yang
dilontar oleh kawan saya itu tidaklah salah tetapi sebagai seorang penulis
(blogger), saya suka melihat dari sudut yang tersirat dan yang tersurat. Semua
orang yang berotak memang tahu, silat memang tidak mampu untuk melawan peluru
pistol. Bukan hanya silat, mana mana seni beladiri lain pun seperti kungfu, tae
kwon do, karate, muay thai dan lain lain memang tidak mampu untuk melawan
peluru pistol yang menuju.
Ramai orang Melayu (atau separa
Melayu) tidak faham akan seni, prinsip, dan falsafah yang ada dalam persilatan
Melayu. Apa yang mereka nampak sekadar seninya sahaja tetapi di sebalik seni
itu, sehingga membuatkan silat Melayu menjadi terkenal di seluruh dunia, ramai
orang tidak tahu termasuklah sesetengah orang Melayu yang hilang jati diri
Melayunya.
Apa yang membezakan silat Melayu
dengan seni beladiri lain bukan hanya pada seninya sahaja tetapi pada ilmu
batinnya juga. Ramai orang tidak tahu dan tidak faham akan ilmu batin ini maka
pelbagai tanggapan negatif mengenai ilmu batin tersuntik dalam pemikiran
masyarakat kita sejak sekian lama (termasuklah masyarakat Melayu).
Berbalik kepada isu pistol tadi,
memang diakui silat tidak mampu untuk melawan peluru pistol yang datang
menyerang. Seorang pesilat yang mahir juga belum tentu dapat melawan sepuluh
orang yang menyerangnya secara serentak. Jadi, adakah semua kelemahan itu
membuktikan seni silat Melayu ini tidak praktikal dan tidak wajar dipelajari?
Jika orang mengatakan seni silat itu tidak praktikal, maka dia belum faham
tentang seni silat itu secara keseluruhannya kerana dia tidak tahu peranan ilmu
kebatinan dalam seni persilatan Melayu.
Mana mana falsafah silat mesti
berpasangan. Ada rohani mesti ada jasmani. Ada zahir mesti ada batin. Jika
belajar ilmu silat sahaja tetapi tidak belajar ilmu batinnya, ilmu silat itu
tidak lengkap sepenuhnya dan menjadi tidak praktikal. Jika ditembak dengan
pistol atau diserang dengan sepuluh orang sekaligus, seseorang pesilat itu akan
mudah kecundang.
Tetapi jika pesilat itu tahu (dan
amal) ilmu kebatinan yang ada dalam silat Melayu seperti ilmu kebal, ilmu jagat
bumi, ilmu jagat alam, ilmu bisa tangan, ilmu tangan besi dan lain lain, saya
yakin dia mesti boleh mengelak peluru (atau tidak cedera apabila ditembak
dengan pistol yang berpeluru) dan boleh menumpaskan sepuluh orang yang
menyerangnya dengan sekelip mata.
Memang pada zahirnya apa yang saya
tulis ini kelihatan tidak masuk akal tetapi inilah hakikat yang ramai orang
Melayu tidak tahu. Mereka tidak tahu kerana mereka tidak mahu ambil tahu atau
mereka tidak mempunyai jati diri Melayu.
Ada juga orang menuduh ilmu kebatinan
yang ada dalam silat Melayu itu bertentangan dengan agama kerana menggunakan
jampi serapah dan wujudnya kehadiran makhluk halus. Memang ada segelintir ilmu
kebatinan Melayu yang sebegitu, tetapi bukanlah semua. Ada juga yang
menggunakan ayat ayat Al-Quran dan zikir zikir sebagai pegangan utama dan
menyeluruh dalam ilmu kebatinan Melayu itu.
Oleh yang demikian, jika orang
menuduh silat Melayu ini tidak praktikal, dia sebenarnya wujud dalam keadaan
yang bercelaru. Orang yang belajar silat tetapi tidak belajar ilmu batin yang
ada dalam silat Melayu, dia sebenarnya kurang ilmu.
Pengisian yang menarik, salam perkenalan daripada keladi...www.keladionline.com,
BalasPadamRamai orang menyatakan kekaguman mereka terhadap apa yang dikatakan ilmu batin yang sdra beri contoh itu. Tetapi sehingga kini tiada bukti yang sahih menunjukan kepada keujudan dan keberkesanan nya. Hanya retorik. Melayu yang tidak yakin akan perkara ini bukan bermakna mereka tiada jatidiri.
BalasPadamApakah sandaran saudara yang mengatakan 'tiada bukti sahih kepada kewujudan dan keberkesanannya'? Saudara pernah masuk mana mana pertubuhan silat? saudara pernah belajar silat? Kalau tak pernah, baik masuk dulu. Dah masuk baru tahu. Jangan cakap macam tu kalau saudara sendiri tak pernah belajar silat/
Padam