Sumber : Google |
Timbalan Ketua Menteri II Pulau
Pinang, Dr. P. Ramasamy baru baru ini telah menggelar pendakwah dan pendebat
Islam terkenal dari India, Dr. Zakir Naik sebagai ‘satan’ (bahasa Melayunya
adalah ‘syaitan’) di laman Facebooknya apabila pendakwah terkenal itu datang ke
Malaysia atas jemputan kerajaan Negeri Terengganu.
Tindakan pemimpin DAP itu telah
mencerminkan sikap jengkelnya terhadap agama Islam di negara ini walaupun nanti
akan ada orang yang akan mengatakan itu adalah pandangan peribadi.
Kehadiran Dr. Zakir Naik ke negara
ini sudah pasti untuk menjalankan kerja kerja dakwah. Dr. Zakir Naik setahu
saya tidak pernah mencampuri apa apa urusan politik Malaysia apatah lagi
‘menjentik’ mana mana politikus di negara ini. Beliau juga tidak pernah
mencampuri apa apa urusan agama atau kaum melainkan agama Islam sementelahan
dia adalah orang Islam. Oleh itu, apa perlunya pendakwah terkenal itu dipanggil
‘satan’ dan apa perlunya dia dihalau
dari negara ini?
Saya mahu tahu juga apakah maklum
balas yang akan dikeluarkan oleh pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) yang
mengaku Islam itu atas apa yang dilontarkan oleh pemimpin DAP tersebut. Umum
mengetahui bahawa pemimpin PAN adalah pendokong nombor wahid kepada parti
DAP.
Saya juga mahu tahu apakah maklum
balas pemimpin pemimpin Melayu (Islam) yang kononnya dijulang tinggi dalam
parti DAP terhadap kenyataan Dr. P. Ramasamy tersebut?
Sebab itu saya sebagai orang Islam
agak skeptikal dengan parti DAP walaupun ramai pihak cuba mempamerkan kebaikkan
parti tersebut berbanding parti parti lain. Walaupun ramai pemimpin DAP cuba
mempamerkan diri bahawa mereka ‘mesra’ Islam, tetapi saya tetap tidak percaya
kerana saya tahu itu hanyalah retorik peragaan semata mata. Hanya yang dungu
sahaja yang percaya dan menyokong mereka.
Sebagai anak muda Islam yang akan
mengundi tidak lama lagi, saya tidak akan sesekali mengundi DAP. Biarlah saya
mengundi PAS yang dituduh sebagai jumud dan konservatif itu asalkan agama Islam
akan kekal terpelihara di bumi Malaysia ini. Untuk apa saya mengundi sebuah
parti yang dikatakan boleh memakmurkan negara (belum tentu lagi) tetapi Islam
tidak berjalan seiring dengan kemakmuran yang cuba ditagih oleh ramai
anak muda itu.
Saya percaya jika kita menjaga Islam,
maka Allah akan jaga kita. Bukankah Islam itu agama rahmat? Rahmatanlilalamin.
Buktinya, di saat segala gala harga barang naik di sana sini, tidak ada pula
orang yang mati kebuluran di negara ini. Ini semua kerana kita menjaga agama
Allah dengan sebaiknya walaupun tidak sempurna. Isu mahasiswa yang kelaparan
sehingga terkoyak usus itu bukan salah Islam tetapi salah kerajaan yang tidak
pandai mentadbir negara ini dengan cara yang betul. Jika betul cara, isu
tersebut tidak akan berlaku.
Kejengkelan Dr. Ramasamy terhadap
kehadiran Dr. Zakir Naik di negara ini adalah satu bukti dari Allah Taala
bahawa pemimpin DAP sukar menerima agama Islam walaupun sesudah mereka
memerintah nanti waima Dr. Zakir Naik tidak pernah sekali pun melakukan apa apa
kesalahan terhadap beliau.
Oleh kerana keceluparan Dr. Ramasamy
dan beberapa lagi pemimpin ultrakiasu lain, maka Ketua Polis Negara tidak
membenarkan Dr. Zakir Naik melakukan kerja kerja dakwahnya. Ini berikutan pihak
polis tidak mahu perkara yang lebih buruk berlaku jika Dr. Zakir Naik terus
melakukan kerja kerja dakwah seperti biasa.
Harap orang muda Islam segera sedar
agar tidak mengundi DAP pada PRU nanti supaya Islam tidak menjadi ‘anak tiri’
di negara sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.