Selasa, 12 April 2016

BIJAKKAH TINDAKAN DR. MAHATHIR ITU?


Sumber : Google


Percaturan politik (?) bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam bekerjasama dengan pemimpin pemimpin parti pembangkang terutama dari PAN, PKR, dan DAP dalam menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dilihat tempang oleh sesetengah pihak terutama orang Melayu.

Ini kerana, kerjasama itu wujud dengan kehadiran Lim Kit Siang. Semua orang kenal Lim Kit Siang dari DAP itu dan apa sikapnya terhadap Islam dan Melayu.

Walaupun kerjasama itu dilihat gah, namun masih ada cacat celanya kerana ramai orang Melayu tidak bersetuju dengan kerjasama itu memandangkan Lim Kit Siang ada dalam kerjasama tersebut. Sebab itu, ada beberapa penganalisis politik berpendapat, kerjasama tersebut tidak mampu untuk menyingkirkan Najib dari singgahsana kuasanya sebagai Perdana Menteri.
        

Kita tahu Dr. Mahathir benar benar buntu sekarang bagi mencari jalan untuk menyingkirkan Najib. Najib tidak seperti Pak Lah yang mudah dijatuhkan dengan serangan bertubi tubi sahaja. Saya kira kerjasama yang dibuat oleh Dr. Mahathir itu adalah jalan terakhirnya untuk menyingkirkan Najib.     

Ramai yang terkejut dan tertanya tanya mengapa Dr. Mahathir boleh bersedia untuk duduk sebaris dengan ramai musuh politiknya. Kita semua sedia maklum, jika beliau bersedia untuk menumbangkan Najib, beliau juga harus bersedia untuk menumbangkan UMNO. Jika beliau bersedia menumbangkan UMNO, beliau juga perlu bersedia untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara. Dan ramai ingin tahu, adakah beliau bersedia untuk bekerjasama dengan bekas timbalan yang pernah beliau penjarakan dahulu atas kes liwat?

Kita tidak tahu apa yang ada dalam fikiran Dr. Mahathir dan apakah percaturannya kali ini akan berjaya. Kita juga tidak tahu apakah kesan pada masa akan datang jika percaturan beliau ini berjaya. Dan ramai orang mahu tahu, apakah beliau bersedia untuk menghadapi segala kesan tersebut sama ada baik mahupun buruk?

Kita tahu Dr. Mahathir adalah seorang yang bijak, tetapi beliau bukanlah bijak semua. Jika sampai masa, dia pun boleh jadi tidak bijak juga. Saya khuatir jika percaturan beliau untuk bekerjasama dengan musuh musuh politiknya itu adalah satu tindakkan tidak bijak lalu bukan sahaja boleh menggugat dirinya, malah boleh ‘menggigit’ rakyat jelata.

Bekerjasama dengan musuh pada saya bukanlah satu jalan terbaik untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutama masalah negara. Tetapi kita tahu Dr. Mahathir seorang yang bijak. Jadi kita berharap tindakannya ini bijak juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.