Sumber : Google |
Media sosial seperti Facebook,
Twitter, Instagram, dan sebagainya sudah menjadi perkara terpenting dalam
kehidupan manusia di seluruh dunia. Media media sosial ini digunakan dengan
pelbagai tujuan antaranya untuk berkongsi idea, mendapatkan maklumat, menyebarkan
berita, berniaga dan sebagainya. Pendek kata, media sosial ini mempunyai banyak
peranannya yang tersendiri dalam kehidupan manusia yang ada di dunia ini.
Media sosial bukan sahaja digunakan
oleh para remaja, malah orang tua dan kanak kanak pada zaman sekarang pun sudah
mempunyai satu akaun media sosial mereka sendiri. Memiliki sebuah media sosial
bagi setiap orang yang ada di dunia ini sudah menjadi lumrah atau gaya pada
masa kini. Jika tidak mempunyai media sosial, kemungkinan besar kita akan
dianggap pelik oleh sesetengah orang. Oleh sebab itulah, mengapa ramai orang
berlumba lumba untuk membuat satu akaun media sosial untuk diri mereka sendiri.
Walaupun media sosial itu mempunyai
banyak kebaikkan, namun keburukannya tetap ada. Antara keburukan media sosial
adalah fitnah boleh tersebar dengan meluas, berlaku salah faham, mewujudkan
permusuhan dan sebagainya.
Sebagai pengguna media sosial, kita
memang tidak dapat lari daripada berlaku salah faham atas apa yang kita
nyatakan. Memandangkan media sosial ini 90% menggunakan penulisan dalam
menyampaikan sesuatu, maka kesilapan pemahaman terhadapan seseuatu penulisan
itu boleh berlaku dengan mudah. Contoh termudah adalah dalam akaun Twitter.
Kita menulis sesuatu itu untuk ditujukan kepada rakan kita yang bernama A,
tetapi rakan kita yang bernama B, C dan D turut terasa dengan tulisan kita.
Mereka beranggapan bahawa apa yang kita tulis itu ditujukan kepada mereka lalu
menimbulkan salah faham sehingga mencetuskan permusuhan walhal hakikatnya
tidaklah begitu.
Salah faham ini bukan sahaja berlaku
dalam Twitter. Di dalam media sosial yang lain seperti Instagram, Facebook, dan
Blog juga boleh berlaku perkara yang sama. Kadang kadang kita menulis tentang
sesuatu isu itu dengan maksud yang lain, tetapi orang mentafsirkan apa yang
kita tulis itu dengan maksud yang lain. Maka, tidak semena-mena, ada orang menjadi
benci dengan kita kerana mereka salah faham tentang apa yang kita tulis itu.
Lebih mengerikan lagi apabila apa
yang kita tulis dalam laman sosial kita itu bersifat gurauan sahaja tetapi
sesetengah orang mengambil gurauan itu sebagai sesuatu yang serius lalu
menimbulkan pergaduhan, permusuhan, kebencian dan sebagainya.
Perkara semacam inilah yang berlaku
kepada Azwan Ali dan pelakon Nur Fazura. Peminat mereka menulis tentang sesuatu
perkara itu dengan maksud yang lain di ruangan komen tetapi mereka mentafsirkan
penulisan itu dengan maksud yang lain. Lalu mereka memarahi peminat mereka
tanpa mereka ketahui maksud lain yang cuba disampaikan oleh peminat mereka
melalui penulisan di dalam ruangan komen itu.
Inilah kesan buruk media sosial yang
sukar untuk kita jangka. Walaupun media sosial itu boleh digunakan untuk
merapatkan silaturrahim dengan cara mencari kawan baru atau mencari semula
rakan rakan lama, tetapi pada masa yang sama, ia juga boleh mencetuskan
pergaduhan dan permusuhan kerana salah faham.
Sebab itulah kita perlu berhati hati
dengan apa yang kita tulis di dalam media sosial. Walaupun media sosial itu hak
milik kita sepenuhnya, tetapi kita tidak boleh menggunakan media sosial itu
dengan sewenang-wenangkan kerana dikhuatiri orang akan salah faham terhadap apa
yang kita tulis lalu mewujudkan permusuhan antara kita dengan orang lain.
Memang media sosial itu punya banyak
kebaikkannya tetapi keburukannya tetap ada. Jadi berhati-hatilah dalam
menggunakan semua media sosial itu. Jangan terlalu melampau dalam menulis atau
melontarkan sesuatu penulisan kerana ia boleh mewujudkan salah faham sesama adik beradik, rakan sebaya, saudara
mara, ibu bapa dan masyarakat di sekeliling kita. Itulah keburukan media sosial
yang kita semua mesti terima.
Biasalah tu.. lain orang lain pandangan.. lebih elok kita senyap di media sosial
BalasPadamsebab berlaku adalah sebab ia dibaca, kalau didengar sendiri mungkin lain situasinya
BalasPadambaik pada pandangan kita, tak semesti baik juga pada orang lain
BalasPadam