Sumber : Google |
Kerana kerakusan mengejar kekayaan,
Kesucian alam telah dipersetankan,
Kehidupan manusia menjadi rampasan,
Nyawa haiwan menjadi taruhan.
Hasil bumi terus digali,
Untuk menikmati kekayaan duniawi,
Asap merbahaya menyelubungi bumi,
Kesihatan manusia terus disakiti,
Oleh pengkhianat yang tidak punya
hati.
Sang durjana terus bermaharajalela,
Melombong bauksit tidak kira masa,
Dilindungi oleh penguasa yang tamak
haloba,
Dibentengi pula oleh undang undang
yang separuh gila,
Alam dan manusia terus menderita dan
sengsara,
Tetaplah begini hingga kiamat dunia.
Kalau manusia dikuasai nafsu tamak haloba jadi macam nihla, tak peduli alam sekitar & keselamatan orang lain
BalasPadam