Sumber : Google |
Sayu hati melihat ramai orang Melayu
yang beragama Islam sanggup menjadi si Kitul yakni menjadi pengkhianat kepada
bangsa dan agama mereka sendiri. Jika saya menyebut Melayu yang menjadi si Kitul
terhadap negara, maka bertambah tambahlah lagi jumlah Melayu jenis ini. Maka,
saya mahu membahaskan Melayu yang jadi pengkhianat (si Kitul) kepada agama dan
bangsa sahaja dalam artikel ini.
Dalam sejarah kejatuhan kerajaan
Melayu Melaka ke tangan Portugis, manusia yang bernama Si Kitul adalah salah
satu sebab musababnya. Pengkhianat ini memberikan maklumat kepada pihak
Portugis mengenai pertahanan ketenteraan Melaka menyebabkan pertahanan
ketenteraan Melaka menjadi kucar kacir lalu Portugis pun berjaya mengalahkan
angkatan tentera Melaka dan menguasai kerajaan Melayu/Islam tersebut. Kesan
peninggalan penjajahan Portugis masih lagi boleh dilihat di Melaka pada hari
ini.
Kisah Si Kitul itu sepatutnya
dijadikan iktibar oleh semua orang Melayu pada hari ini. Sikap yang ditunjukkan
oleh Si Kitul itu wajarlah dihindari supaya agama, bangsa dan negara ini tidak
lagi dijajah oleh mana mana kuasa sekalipun. Tetapi, oleh kerana terlalu ramai
orang Melayu yang kurang ilmu, kurang iman, dan kurang sedar, mereka sedikit
sebanyak telah mengikut sikap Si Kitul tersebut tanpa mereka sedari. Maka,
kelemahan orang Melayu yang sedikit itu menjadi bertambah besar dengan
kemunculan orang Melayu yang menjadi Si Kitul itu.
Orang Melayu yang menjadi Si Kitul
itu mula membahaskan aspek Islam dari sudut pandangan Barat dan bersifat
liberal. Sebagai contoh mereka menuntut agar orang Melayu/Islam di Malaysia
supaya membebaskan pemikiran daripada Melayu dan Islam itu sendiri kerana
mereka mendakwa Islam dan Melayu hanya membebankan pemikiran! Mereka juga menganggap
bahawa semua agama itu sama kerana pada hemat mereka, semua agama membawa
kepada kebaikkan. Mereka mahukan agama Kristian, Hindu, Buddha dan sebagainya
adalah setaraf dengan agama Islam.
Golongan Melayu berwajah si Kitul
juga mahukan kesamarataan dalam negara (bangsa) ini maksudnya apa sahaja faedah
yang Bumiputra perolehi, bukan Bumiputra pun boleh juga memperolehinya. Sebagai
contoh adalah kemasukkan Bumiputra ke Universiti Teknologi Mara (UiTM). Dasar
UiTM adalah menerima Bumiputra sahaja untuk menjadi pelajarnya dan bukan
Bumiputra tidak layak untuk mengikuti pengajian di universiti tersebut tetapi
mereka boleh memasuki lain lain universiti yang ada di negara ini sama ada awam
atau swasta. Apabila munculnya Melayu yang berwajah si Kitul ini, mereka
mendesak agar UiTM memberi peluang kepada pelajar bukan Bumiputra untuk
menuntut di universiti tersebut. Mengapa sekian banyak universiti yang ada di
Malaysia ini, UiTM yang ‘sekangkang kera’ itu juga yang mahu direbut? Perkara
ini berlaku kerana ramainya Melayu yang ‘dirasuk’ oleh ‘saka’ si Kitul itu.
Lebih parah lagi apabila Melayu
Melayu berwajah si Kitul ini mendesak agar Malaysia mengiktiraf golongan
Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transeksual (LGBT) sebagai satu norma kehidupan
manusia seperti mana yang berlaku di negara Barat. Pada mereka, golongan ini
berhak untuk hidup bersama masyarakat biasa tanpa perlu takut untuk mendedahkan
identiti diri atas dasar hak asasi manusia.
Munculnya Melayu berwajah si Kitul
ini telah menyebabkan masyarakat Islam menjadi kucar kacir dan tunggang
langgang. Mereka memporak-perandakan agama, bangsa, dan negara dengan
menggunakan ilmu dan pemikiran songsang mereka. Masyarakat Melayu menjadi tidak
tenteram dengan kewujudan Melayu berwajah si Kitul ini.
Melayu berwajah si Kitul ini juga
tidak segan silu untuk menjadi menyokong nombor wahid kepada ultrakiasu
walaupun ultrakiasu acapkali mencerca dan mencaci agama dan bangsa orang
Melayu. Pada mereka itu adalah normal dalam kehidupan masyarakat berbilang
kaum. Mereka menyokong perbuatan ultrakiasu itu kerana untuk menjaga
keharmonian agama, perpaduan kaum, keamanan negara dan mendapat undi dalam
pilihanraya. Mereka juga melakukan tindakan itu kerana rasa cinta pada Melayu
dan Islam itu sudah hilang dalam sanubari mereka.
Sebagai orang yang mencintai bangsa
Melayu dan berpegang teguh dengan tali tali Allah, kita janganlah sesekali
terjebak dalam kancah permainan tidak matang yang dimainkan oleh Melayu
berwajah si Kitul ini. Kita mesti berhati hati dengan mereka kerana mereka
memang pandai memanipulasikan fakta dan hujah supaya apa yang mereka lakukan
itu mendapat sokongan dengan Melayu dungu yang lain.
Orang Melayu yang beragama Islam di
Malaysia mesti menuntut banyak ilmu supaya kita berupaya untuk mengenal
penipuan penipuan yang dilakukan oleh Melayu yang menjadi si Kitul zaman moden
ini. Kita juga mesti bersatu padu dan berpegang teguh pada tali tali Allah
supaya kita boleh membentengi diri kita daripada diserang oleh aliran pemikiran
songsang yang dimainkan oleh Melayu yang berwajah si Kitul itu.
Ye betul..Sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
BalasPadamSanggup jadi si Kitul dek kerana imbuhannya terlalu besar untuk ditolak..
BalasPadam