Sumber : Google |
Jika aku berbeza pendapat denganmu,
Janganlah engkau berjauh hati,
Jika aku berbeza politik denganmu,
Janganlah kita saling membenci,
Carilah persamaan di antara kita,
Menyembah Allah yang satu,
Mentaati Muhammad yang berilmu,
Menganut Islam yang jitu.
Jika kau berbeza negara denganku,
Perlukah kita hidup terpisah,
Jika kau berbeza mazhab denganku,
Perlukah kita saling bertelagah,
Aku percaya kita mesti bersama,
Walau kita tiada hubungan keluarga,
Walau di mana sahaja kita berada,
Perpaduan kita takkan digoyah.
Ketika umat Islam saling bertelagah,
Si kafir gembira dan selalu ketawa,
Berguguran jatuh nyawa umat Islam
sedunia,
Dibunuh oleh si kafir laknatullah,
Di sini aku berjanji disaksikan
Tuhan,
Jika kita bersatu padu,
Jika kita punya banyak ilmu,
Kita pasti akan bahagia selalu.
Semoga yang berkenaan membaca dan terasa..
BalasPadamsangat menarik sob, mantab.. sukses ya
BalasPadam