Ahad, 1 Februari 2015

ADAKAH ANWAR AKAN KE PENJARA?

Sumber : Google

Nasib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada di penjara atau tidak atas kes liwatnya bersama Saiful Bukhari Azlan akan ditentukan pada 10 Februari ini di Mahkamah Persekutuan. Jika Anwar didapati bersalah, dia akan meringkuk di dalam penjara selama lima tahun. Jika dia didapati tidak bersalah, dia akan mendabik dada sebagai manusia paling suci sekali di muka bumi ini.

Sebagai blogger, naluri saya kuat mengatakan bahawa Anwar tidak akan dipenjarakan. Berdasarkan cakap cakap politik, perlakuan liwat bersama sama Saiful itu adalah atas dasar suka sama suka. Oleh itu, barangkali untuk Anwar bebas adalah amat tinggi.

Sekiranya Anwar ke penjara, saya tidak fikir Pakatan Rakyat akan musnah begitu sahaja. Masih ramai lagi pemimpin berkaliber di dalam pakatan yang tidak berapa mahu sepakat itu. Saya yakin sekiranya Anwar tidak ada, Pakatan Rakyat mampu bertahan cuma ‘pertikaman lidah’ antara pemimpin pemimpin mereka sukar dielakkan atas beberapa isu terutama di pihak PAS dan DAP. 
 

Sekiranya Anwar tidak ke penjara, saya juga tidak melihat kekuatan PR akan bertambah cuma kebarangkalian PR mampu menggugat BN pada PRU yang akan datang amat tinggi. Kekuatan PR adalah pada undi kaum Cina, ramainya penyokong mereka yang taksub, pandainya pemimpin mereka memainkan sesuatu isu, sokongan padu orang muda, kuatnya mereka di media sosial dan kelemahan kepimpinan Najib itu sendiri.

Walaubagaimanapun, ini sekadar ramalan dari blogger kecil seperti saya sahaja. Apa apa pun, keputusan mahkamah terletak di bawah genggaman Allah dan hakim juga. Kita hanya mampu meramal namun Allah yang akan menentukan.

Nasihat saya kepada Saiful, terimalah keputusan itu dengan tangan terbuka sama ada keputusan itu berpihak kepada anda atau tidak. Ingatlah, keadilan sebenar hanyalah di mahkamah Allah sahaja. Tentu ada hikmah disebalik keputusan yang akan dibacakan nanti.   

Kesimpulannya, marilah sama sama kita menyaksikan nasib yang akan menimpa Anwar Ibrahim pada 10 Februari ini. Adakah beliau akan dipenjarakan ataupun tidak, sama sama kita nantikan keputusannya.








5 ulasan:

  1. Anwar sememangnya ahli politik yang sangat hebat berkata-kata, yang benar mahupun yang putar-putar..

    BalasPadam
  2. Sama-sama kita nantikan keputusan kes panas ini ^-^

    BalasPadam
  3. suatu hari nanti Allah akan tunjukkan kebenaran....insyaAllah :)

    BalasPadam
  4. umur dah 67 tu , bykkanlah beribadah ... ermmm .

    BalasPadam
  5. Dari dulu sampai sekarang isu AI ni tak pernah surut. Pening nak tentukan samada memang dia berlaku x senonoh atau hanya difitnah kerana kepentingan politik. Tapi, memang betul kata Ajik - kalaupun judgement kat dunia ni salah..di mahkamah Allah jualah keadilan akan tertegak. Bayangkan betapa seksanya jika benar beliau difitnah. Wallahua'lam.

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.