Sumber : Google |
Ternyata ramalan saya yang mengatakan
bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan dari dikenakan hukuman penjara
lima tahun silap sama sekali. Semalam Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa
Anwar didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful
Bukhari Azlan dan dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh oleh Ketua Hakim Negara,
Tun Ariffin Zakaria.
Saya yakin pasti penyokong dan
keluarga Anwar tidak berpuas hati dengan keputusan itu. Pelbagai perkara akan
mereka lemparkan kepada mahkamah kerana keputusan kehakiman tidak berpihak
kepada Anwar. Jika keputusan berpihak kepada Anwar, sudah pasti tepukan
kegembiraan dan pujian melambung kepada mahkamah akan berkumandang di ruang
langit Malaysia.
Nasihat saya, terimalah keputusan itu
dengan tangan dan fikiran terbuka. Kes itu sudah berlanjutan selama 6 tahun dan
telah dibuat pengangguhan sebanyak 60 kali. Maksudnya, sudah banyak ruang yang
diberi untuk membuktikan yang Anwar tidak bersalah namun ternyata Anwar gagal
memanfaatkan peluang itu sebaliknya terus menghangatkan suhu politik Malaysia
dengan kes tersebut.
Saya tidak mahu menuduh Anwar sama
ada beliau lakukan perbuatan liwat itu atau tidak kerana saya tidak mahu
dituduh sebagai Qazaf. Tetapi, jika saya adalah Anwar, pertama sekali saya akan
bersumpah dengan nama Allah untuk membuktikan saya tidak bersalah. Sekurang kurangnya,
tanggapan negatif masyarakat ke atas saya akan berubah. Kedua, saya akan
menyerahkan DNA saya dengan berani juga untuk tujuan yang sama. Tetapi ternyata
Anwar tidak melakukan semua itu. Anwar hanya berdolak dalik dalam soal itu.
Saya yakin sekarang Pakatan Rakyat
akan mencari siapakah yang akan menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.
Nama nama yang terlintas di fikiran saya pada waktu ini adalah Azmin Ali, Lim
Kit Siang, Lim Guan Eng, dan Haji Hadi Awang.
Saya juga yakin yang Barisan Nasional
(BN) seronok di atas situasi yang dihadapi oleh Anwar sekarang. Nasihat saya,
usah terlalu gembira. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku dan boleh berlaku.
Mungkin dengan kemasukan Anwar ke dalam penjara itu menyebabkan rakyat bangkit
menentang kerajaan pimpinan Najib di atas hasutan pihak pihak tertentu.
Apa yang penting sekarang, kerajaan
di bawah Najib mesti bersiap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan buruk
yang akan berlaku. Jangan sampai negara dan kehidupan rakyat menjadi huru hara kerana kelekaan Najib dan juak
juaknya yang terleka dengan kemabukan kuasa. Ingatlah, kemasukan Anwar ke dalam
penjara tidak menjadikan PR lemah sebaliknya mungkin menjadi semakin kuat.
Buat Saiful, tahniah di atas keadilan
yang diterima oleh anda. Sekiranya anda berada di pihak yang benar, Insha
Allah, anda akan selamat di dunia dan di akhirat. Buat Anwar, terimalah keputusan
itu dengan tangan terbuka. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Jika benar anda
tidak bersalah, Insha Allah, akan ada keadilan untuk anda suatu hari nanti.
Jika anda benar benar bersalah, berhentilah bersandiwara dan segera bertaubat
serta melakukan muhasabah diri.
Akhir kata, saya menyeru semua pihak
agar menerima keputusan itu dengan tangan terbuka. Jangan sesekali melakukan
perkara perkara yang karut marut sehingga boleh menjejaskan kestabilan dan
keselamatan negara.
10 jenis sumpah anwar diberi peluang utk membersihkan nama, sekurang2nya dimata masyarakat, tapi satupun dia tidak lakukan. Jadi, kena terimalah bilik penjara sebagai hukuman.
BalasPadambersumpah x akan mengubah pandangan org yg ada otak,hy org x otak akan berfikir org bersumpah sudah membersihkan namanya..org bersumpah x semestinya dia benar dan kalu x mau bersumpah x semestinya dia salah..hy MAHKMH MALAYSIA YG PALING SUCI DLM DUNIA YG TAHU SIAPA BENAR DAN TIDAK...HAHAHAHAHAHAHHAHAH
Padamisu yang dan letih saya nak ikuti sejak 1998 lagi..
BalasPadamMemang meletihkan tengok perangai ahli politik kita ni. Tapi nak buat macam mana, diaorang sengaja nak panaskan sesuatu isu supaya boleh kekal berkuasa dan mendapat kuasa.
Padamhanya Allah jer tau pe yg terbaik utk mereka...
BalasPadam