Rabu, 11 Februari 2015

MELAYU : BANGSA YANG MUDAH TERPENGARUH

Sumber : Google

Melayu itu satu bangsa yang hebat. Jika tidak hebat, bagaimana Melayu boleh bina Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang masyhur suatu ketika dahulu. Jika Melayu tidak hebat, masakan ramai penjajah mahu datang menjajah di negara ini. Jika Melayu tidak hebat, masakan nama Tanah Melayu dan Bangsa Melayu itu sendiri tercatat dalam banyak catatan sejarah dunia.

Pendek kata, Melayu itu bangsa yang hebat. Tetapi sayangnya, ramai orang Melayu malu untuk mengaku dia Melayu. Dia berasa jijik untuk mengaku dia berbangsa Melayu. Tidak hairanlah, ramai Melayu pada hari ini menjadi pengkhianat bangsa. Ramai Melayu pada hari ini sudah tidak cinta lagi akan bangsanya.

Walaubagaimanapun, satu kelemahan Melayu adalah bangsa ini mudah terpengaruh sama ada terpengaruh dengan perkara yang baik atau terpengaruh dengan perkara yang tidak baik. Saya beri contoh. Apabila Parameswara memeluk agama Islam, tiada seorang pun yang menentang pengIslaman Parameswara malah mereka sama sama memeluk agama suci itu.


Itu satu petanda bahawa orang Melayu ini mudah terpengaruh. Jika ada pemimpin (Sultan) mereka yang memeluk agama Islam, maka mereka beramai ramai memeluk agama Islam tanpa banyak soal. Diri mereka mudah dipengaruhi oleh tindak tanduk pemimpin mereka. 

Itu adalah satu contoh kebaikkan yang timbul dari sifat orang Melayu itu. Sifat itu bolehlah kita kelaskan sebagai sifat yang baik dan terpuji. Namun, atas sifat itu jugalah orang Melayu mudah menjadi rosak dan porak peranda pada hari ini. Sifat mudah terpengaruh itu telah memakan diri orang Melayu sendiri.

Orang Melayu bukan sahaja mudah terpengaruh dengan perkara perkara yang baik, perkara perkara tidak baik pun orang Melayu boleh juga terpengaruh. Tidak hairanlah budaya kuning dari Barat seperti seks songsang (gay, lesbian, trasgender, biseksual), percampuran lelaki dan perempuan tanpa batasan, seks bebas dan sebagainya mudah diikuti oleh orang Melayu.

Bukan itu sahaja, aliran pemikiran yang sesat campur songsang seperti Syiah, Liberalism, Sekularism, Komunisme, Sosialisme, Pluralisme dan sebagainya mudah melekat ke dalam pemikiran orang Melayu tanpa mereka sedari. Itu belum lagi bercampur dengan aliran aliran lain yang songsang dan jahanam seperti Black Metal, Skinhead, Punk, ajaran sesat dan sebagainya.   

Lebih menakutkan, aliran pemikiran dan budaya yang tidak ada dalam Islam dan budaya Melayu digunapakai dan didakwa ada dalam budaya dan aliran pemikiran Melayu/Islam. Sebagai contoh, satu perkahwinan yang berlangsung di Melaka baru baru ini di mana pengantin perempuannya mendedahkan payudaranya kepada orang ramai tanpa rasa segan dan malu. Mereka mendakwa itu adalah adat yang dipakai dalam majlis perkahwinan orang Melayu di Melaka.

Saya tidak tahu apakah dakwaan mereka itu benar namun pada saya, jika benar pun adat itu adalah adat Melayu namun jika sudah bertentangan dengan ajaran Islam, mengapa mesti dipakai lagi? Inilah masalah masyarakat kita. Budaya Islam yang baik itu tidak mahu dipakai tetapi budaya yang tidak baik itulah yang mahu diikutinya.

Sebab itulah saya mengatakan bahawa orang Melayu ini mudah terpengaruh dengan budaya budaya dan aliran pemikiran yang sesat campur songsang. Mereka suka mengikut budaya dan aliran pemikiran yang jelas bertentang dengan ajaran agama. Apabila kita menegur, mereka naik berang dan menyanggah teguran kita dengan hujah hujah yang dangkal.  

Sebagai blogger yang berbangsa Melayu, inginlah saya mengajak pembaca semua akan merenung kembali diri kita, adakah diri kita ini sudah terpengaruh ke dalam aliran pemikiran dan budaya songsang itu? Jika ya, cepat cepatlah bertaubat dan berubah sebelum terlambat. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Kesimpulannya, marilah sama sama kita menolak aliran pemikiran dan budaya yang jelas bertentangan dengan ajaran agama kita. Jangan sampai kita mudah terpengaruh dengan itu semua. Moga hidup kita diberkati oleh Allah hendaknya.




5 ulasan:

  1. Sememangnya benar belaka. Malah sekarang ni anak-anak gadis kita mudah terpengaruh dengan ajakan gagak-gagk afrika dan mat bangla untuk buat benda-benda tak senonoh..

    BalasPadam
  2. nice sharing!!

    #blogwalkinghere
    #nuffnangclick #follow me on shukranzahari.blogspot.com #Happy blogging

    BalasPadam
  3. sentiasa berpegang kepada Islam..spya kita tidak mudah terpengaruh dengan anasir2 yg tidak baik

    BalasPadam
  4. jati diri...............beraasal dari didikan dalam keluarga,masyarakat itu sendiri.......lihat sendiri...cara didikan org kite........kebanyakkan gagal mengawal anak2 dari rumah lagi..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.