Ahad, 8 Februari 2015

BILA SI KAYA MENUNJUK HARTA

Sumber : Google


Seorang bapa yang kaya raya,
Membeli kereta mewah untuk anaknya,
Menabur kemewahan kepada mereka,
Mereka menunjuk kekayaan yang ada,
Di laman bernama Instagram sana.

Mereka berlawan sesama sendiri,
Bukan untuk mempertahankan ibu pertiwi,
Tetapi menunjuk apa yang diberi,
Oleh ayah mereka yang kaya tidak terperi,
Sebuah kereta bernama Ferrari.


Ramai orang mati kelaparan,
Namun mereka tidak mengendahkan,
Mereka terus menunjukkan kekayaan,
Kepada rakan mereka yang budiman,
Yang kita tidak tahu apa tujuan.

Ingatlah wahai anak hartawan,
Harta itu harta tuhan,
Tuhan beri sebagai pinjaman,
Untuk menambah taqwa dan iman,
Untuk kau bagi buat bantuan,
Kepada manusia yang memerlukan,
Bukan untuk menunjuk pada kawan,
Juga bukan kepada murbawan,
Kelak Tuhan buat rampasan,
Harta yang kau selalu tayang tayangkan. 

11 ulasan:

  1. Harta didunia tak akan membawa manfaat kalau kita tak gunakannya di jalan kebenaran dan jalan diridhoi Allah, lebih baik ade banyak wang tetapi juga boleh sedekah banyak wang. Betul tak..?

    Kak Yani Kurus Dan Cantik Bergaya Semula Dengan Set Kurus Awesome

    BalasPadam
  2. harta adalah ujian..dah ramai juga yang tersungkur dengan ujian kekayaan ini..

    BalasPadam
  3. Harta di dunia ni cuma sementara sahaja. Tiada yang kekal abadi di dunia yang fana ini.

    BalasPadam
  4. Sebab tu asbab ayat quran yang bermaksud "Janganlah kamu mencampakkan diri dalam kebinasaan" ditujukan kepada golongan yang kaya..

    BalasPadam
  5. lebihan harta yg kita ada adalah utk membantu org lain ... lagi banyak kita membantu , lagi mudah hidup kita ... selalunya org mcm tu mmg tertutup hatinya utk memberi . bagi mrk , mrk cari kemewahan itudgn titik peluh mrk sendiri ... konsep mrk , nak duit , cari sendiri ...

    BalasPadam
  6. Nak compete tunjuk sapa lebih kaya..tunjuk harta tu buatpe. Wasting time je.
    Kelak semua pun akan ditelan bumi dengan tuannya sekali.

    BalasPadam
  7. sekarang ramai yang suka menunjuk harta yang ada even tak kaya mana pun.. zaman laman sosial..

    BalasPadam
  8. begitulah kehidupan didunia.

    tak banyak yang berubah. hoho

    BalasPadam
  9. Alangkah baik jika harta yang banyak itu membantu yang susah...

    BalasPadam
  10. Begitulah apabila dikurniakan kekayaan. Moga mereka tidak lupa diluar sana ada yg sangat memerlukan..

    BalasPadam
  11. sesungguhnye harta di dunia ni tak leh d bawa ke akhirat...sptutnya...makin kaya..makin banyak bersedekah....barulah barakah..

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.