Sumber : Google |
Pada 1 Februari, harga minyak akan
turun dengan sangat rendah iaitu RM1.60 untuk RON95 dan RM1.90 untuk RON97. Ini
berikutan desakan rakyat (termasuk saya) yang mahu harga minyak terus turun
memandangkan kenaikan harga tersebut membebankan kehidupan kita. Pemimpin
pembangkang khususnya Rafizi Ramli terus memainkan isu itu untuk menarik
sokongan rakyat agar menyokong mereka pada PRU yang akan datang.
Di saat kita semua rasa gembira di
atas penurunan harga minyak itu, sedarkah kita bahawa kesan yang lebih buruk
boleh melanda dunia dan Malaysia. Jika harga minyak terus murah, kos operasi
syarikat pengeluar minyak seperti Petronas contohnya akan terus meningkat.
Bagaimana Petronas mahu membayar kos operasi mereka seperti gaji pekerja di
pelantar minyak sekiranya harga minyak terus rendah? Ingat, kos operasi
mengeluarkan minyak di dasar laut adalah lebih tinggi berbanding kos operasi
mengeluar minyak di darat seperti di negara negara Arab.
Jika harga minyak terus jatuh,
syarikat syarikat pengeluar minyak di seluruh akan menjadi rugi. Oleh itu,
kebarangkalian untuk syarikat syarikat pengeluar minyak untuk tidak
mengeluarkan minyak dari negara mereka amat tinggi. Ini berikutan mereka mahu
harga minyak menjadi tinggi terlebih dahulu di pasaran dunia barulah mereka
akan mengeluarkan semula minyak mereka.