Sumber : Google |
Suasana di Pasar Minggu pada pagi itu
sungguh sesak dengan suara manusia yang terdiri dari pelanggan dan peniaga
untuk melakukan urusan masing masing. Bagi yang jarang masuk ke Pasar Minggu
itu, mungkin akan berasa tidak selesa dengan keadaan pasar yang kotor, basah
dan bising itu. Berlainan pula yang biasa bertamu di pasar tersebut. Keadaan
itu pasti sudah lali dalam hidup mereka.
Di Pasar Minggu itu terdapat pelbagai
barang yang boleh dibeli – makanan, pakaian, barangan dapur, perhiasan rumah,
perhiasan diri, barangan basah, sayur sayuran, buah buahan dan banyak lagi.
Pokok pangkalnya segala jenis barang yang diperlukan oleh orang ramai boleh
didapati di pasar itu. Bukan sahaja barangnya banyak dan terdiri dari pelbagai
jenis, malahan menawarkan harga yang murah pula sementelahan kualiti barang
barang itu adalah rendah.
Rata rata pengunjung yang datang ke
pasar itu terdiri daripada warga kota kelas pertengahan. Warga kelas atasan
pasti tidak suka datang ke pasar itu. Mereka lebih suka berkunjung ke pusat
membeli belah yang mewah untuk mendapatkan barangan keperluan buat diri mereka.
Oleh itu, bagi warga kota yang berpendapatan rendah dan berpendapatan sederhana,
di pasar itulah mereka akan datang untuk mendapatkan barangan keperluan.
Bagitu juga dengan perniaga perniaga
yang membuka perniagaan kecil kecilan mereka di pasar itu. Mereka bukanlah
perniaga perniaga yang kaya raya. Namun, bagi mencari sesuap nasi untuk menyara
sebuah kehidupan, mereka membuka perniagaan mereka di situ. Mereka juga sama
sama mahu menumpang rezeki dan rahmat Tuhan di muka bumi ini.
Tidak ketinggalan bagi diri Rahmad –
seorang anak muda lepasan sekolah menengah yang membuka perniagaan dengan
berniaga ubat ubat kampung sebagai satu kerjaya bagi menyara kehidupannya. Dia
tidak betah bekerja secara makan gaji. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk
menjaja ubat ubatan yang diperolehinya dari seorang kawan setelah lima tahun
berkhidmat sebagai pemandu lori yang menghantar barangan elektrik ke seluruh
negara.
Pagi itu seperti biasa dia pergi ke
Pasar Minggu untuk berniaga. Dia memasang sebuah meja bersebelahan dengan
sebuah kedai yang menjual buah buahan dan sebuah kedai menjual cendol. Nama
penjual buah itu adalah Pak Shukor manakala nama penjual cendol itu adalah Kak
Ayu. Sebagai jiran sebelah menyebelah, mereka bertiga agak rapat juga dan
saling bertegur sapa.
“Baru sampai Mad?” Tegur Pak Shukor
ketika Rahmad sedang sibuk meletakkan ubat ubat jualannya di atas meja.
“Ya Pak Shukor. Untung berapa hari ini
Pak?”
“Untung sikit saja. Orang tak makan
buah pagi pagi macam ni. Tengah hari atau petang nanti baru rancak orang
datang. Kalau kau nak makan buah, kau ambil sajalah. Kau tak payah bayar. Aku
belanja.” Pak Rahmad tersenyum lalu mempamerkan giginya yang tidak berapa penuh
itu.
Lelaki yang berusia lewat 50an itu
memang baik dan suka bersedekah. Tidak hairanlah mengapa perniagaannya sentiasa
untung dan kekal bertahan sejak 20 tahun yang lalu. Dia suka bersedekah buah
buahnya kepada kanak kanak dan perniaga perniaga yang ada di situ. Dia tidak
lokek untuk mengeluarkan seringgit dua untuk diberi kepada peminta sedekah yang
singgah di gerai buahnya.
“Baiklah Pak. Kalau saya nak makan
nanti saya ambil.” Balas Rahmad sambil tersenyum. Matanya tertancap kepada
manusia yang lalu lalang di hadapan gerainya. Mereka sekadar memandang sahaja
ubat ubatan yang terdapat di atas meja itu. Mereka langsung tidak mahu singgah
untuk membeli. Rahmad sentiasa berdoa agar rezekinya ada pada hari itu.
Kalau orang boleh beli sepuluh botol
minyak gamat atau sepuluh botol minyak angin pun dia sangat bersyukur. Bukan
mudah untuk orang datang singgah ke kedai ubatnya untuk membeli ubat ubatan
itu.
Dia melihat jam di tangan sudah
menunjukkan ke pukul sebelas pagi. Tiada satu orang pun yang datang singgah di
kedainya untuk membeli ubat. Dia melihat sudah ramai orang yang membeli cendol
Kak Ayu dan buah buahan Pak Shukor. ‘Tak boleh jadi ni. Aku kena buat promosi.’
Bisik hati kecil Rahmad lalu terus berdiri.
“UBAT UBAT UBAT...SIAPA MAHU BELI
UBAT!!! ADA UBAT AKAR KAYU, UBAT GAMAT, ADA MINYAK ANGIN, MINYAK GAMAT, MINYAK
URUT DAN MACAM MACAM MINYAK LAGI. MARI MARI MARI!!! MARI BELI!!! MURAH MURAH
MURAH!!!” Jerit Rahmad dengan suara yang nyaring dan kuat. Hampir mahu terkeluar
anak tekaknya kerana terlalu kuat menjerit. Namun itu sahajalah caranya untuk
dia menarik pelanggan singgah di kedai ubatnya.
Suasana seperti itu tidak asing lagi
di pasar minggu tersebut. Memang ramai perniaga yang terjerit jerit untuk
menarik perhatian pelanggan yang berkunjung ke pasar itu. Setelah hampir lima
belas minit berteriak memanggil pelanggan, barulah ada tiga orang yang datang
untuk membeli ubat akar kayu penawar kanser, dan dua ubat penawar kancing gigi.
Rahmad sudah mula kepenatan. Dia duduk sebentar di kerusi kecilnya sambil
mengipas badannya dengan topi kain lusuh.
“Penat Mad? Kalau dahaga minumlah
cendol akak ni. Kau tak payah bayar pun tak apa. Akak belanja.” Kata Kak Ayu
sambil tersenyum.
“Terima kasih Kak Ayu. Nanti kalau saya
betul betul dahaga nanti saya akan ambil sendiri.” Balas Rahmad.
Aktiviti perniagaan di pasar itu terus
berjalan dengan rancaknya dan tiada apa yang boleh menghentikannya. Pengunjug
semakin ramai. Keadaan menjadi bertambak sesak dan panas.
Perniagaan Pak Shukor dan Kak Ayu
semakin rancak. Buah buahan dan cendol mereka semakin laris terjual. Rahmad
juga begitu. Ubat gamat sudah tiga botol
dia dapat jual pada hari itu. Bukan mudah mahu jual ubat tersebut. Harganya
agak mahal juga namun khasiatnya amat bagus. Ubat itu adalah ubat penawar
segala kanser dan penyakit merbahaya. Dengan izin Allah, penyakit penyakit
merbahaya boleh sembuh jika makan ubat itu.
Memandangkan tidak ada pelanggan yang
singgah, Rahmad duduk sebentar di atas kerusi yang ada di situ. Dia
menanggalkan bajunya kerana kepanasan. Kulitnya yang putih melepak mula sejuk
sedikit apabila angin sepoi sepoi bahasa mula bertiup dari luar pintu masuk ke
pasar pasar itu. Memandangkan kedai ubatnya berhampiran dengan pintu masuk,
dapatlah dia merasa angin ciptaan Allah Taala. Nikmat sungguh pada waktu itu.
Dia memerhatikan tubuhnya. Peluh mengalir bak air sungai menuruni bukit di
celah dadanya. Badannya mula rasa melekit. Dia mengipas badan dan mukanya
dengan surat khabar untuk menghilangkan peluh yang tidak diundang.
Dia memerhatikan jam tangannya. Baru
pukul dua petang pada waktu itu. Biasanya dia akan mula mengemas barang untuk
pulang ke rumah pada pukul 6.30 petang. Matanya tertancap pada seorang lelaki
yang berusia awal 40an sedang memasang meja di seberang jalan tetapi berhadapan
dengan kedai ubatnya. Tidak lama kemudian lelaki itu meletakkan kuih muih yang
diisi di dalam bekas di atas meja tersebut.
Sudah tiga hari Rahmad melihat lelaki
itu. Dia selalu benar berniaga kuih di pasar tersebut. Kuih kuih jualannya agak
laris juga. Rahmad pernah beli sekali kuih karipap dan cucur udangnya. Memang
sedap...tidak hairanlah kuih jualannya laris.
Mata Rahmad sekali lagi melihat seorang
lelaki tua yang hampir sebaya dengan Pak Shukor. Lelaki itu menarik satu
bungkusan kain kanopi yang besar. Dia membuka bungkusan tersebut di hadapan
pintu masuk ke Pasar Minggu itu. Begitu banyak sekali selipar yang berharga
RM5, RM8, dan RM10 berada di dalam bungkusan itu. Rahmad belum pernah melihat
lelaki tersebut. Itu kali pertama.
“Jauh termenung?” Tegur Pak Shukor
sambil melabuhkan punggungnya disebelah Rahmad.
“Haha...tak ada la Pak...saya tengah
tengok lelaki penjual kuih dengan lelaki penjual selipar tu. Dua tiga hari dah
saya nampak lelaki penjual kuih tu kat sini. Lelaki penjual selipar tu baru
hari ni saya tengok.” Ujar Rahmad.
“Ohhh...lelaki penjual kuih tu memang
dah tiga hari kat sini. Baru berniaga katanya. Dia kena berhenti kerja. Jadi
dia ambil keputusan nak berniaga. Bila dia tengok kawasan ni bagus, dia terus
berniaga kuih kat sini.” Balas Pak Shukor.
“Dia ada permit ke dari pihak bekuasa?”
Soal Rahmad seraya memandang ke arah Pak Shukor.
“Setahu aku tak ada.” Pendek sahaja
jawapan Pak Shukor.
“Habis, perniaga perniaga kat sini tak
marah ke?”
“Nak marah apanya...dia orang
Melayu...sama sama cari rezeki. Yang marah bukan perniaga kat sini tapi pihak
berkuasa. Aku takut kalau pihak berkuasa datang, habis lingkup perniagaan dia.”
“Yang penjual selipar tu pula?”
“Itu aku tak tahu. Sama juga la
agaknya dengan penjual kuih tu.”
“Kenapa diaorang tak ambil permit ye
Pak Shukor?”
“Permit kan mahal. Setiap tahun harga
mesti naik. Dengan modal lagi, apa lagi, banyak perkara yang mereka kena bayar.
Ala...tak apalah diaorang nak berniaga pun. Sama sama cari rezeki. Diaorang
bukan jual benda haram. Benda halal juga cuma tak ada permit saja.”
Rahmad mengangguk tanda bersetuju
dengan kata kata Pak Shukor. Pak Shukor kembali semula ke kedainya apabila ada
dua orang gadis cantik singgah untuk membeli buah. Rahmad sekadar memerhati
sahaja manusia yang lalu lalang di pasar tersebut. Manusia semakin ramai untuk
membeli barang. Pada pemerhatiannya, belum pernah lagi pasar itu sunyi dari
kunjungan orang ramai. Hari Raya Aidilfitri pun orang masih ramai – ramai
dengan pendatang asing!
Sedang aktiviti perniagaan di situ
berjalan dengan rancak, muncul dua buah lori pihak berkuasa berhenti betul
betul dihadapan Pasar Minggu itu. Beberapa orang anggota pihak berkuasa
setempat dengan berlainan pangkat turun dari lori tersebut dengan uniform biru
mereka. Kedatangan mereka tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk membuat
pemeriksaan bagi menahan orang orang yang tiada permit yang berniaga di kawasan
pasar itu.
Mereka memeriksa hampir di setiap
kedai untuk memeriksa permit. Bagi yang tiada permit, barang barang perniagaan
mereka akan dirampas. Untung sahaja Rahmad, Pak Shukor dan Kak Ayu mempunyai
permit untuk berniaga di kawasan itu. Jika tidak, sudah pasti perniagaan mereka
akan musnah pada hari itu kerana
dirampas oleh pihak berkuasa.
Rahmad melihat lelaki penjual kuih itu
merayu rayu kepada pihak berkuasa agar tidak merampas barang barang
perniagaanya namun tidak diendahkan. Beberapa orang anggota pihak berkuasa
membaling dan mencampak sahaja kuih muih yang masih banyak itu di dalam lori
mereka. Lelaki itu terus merayu dan merayu agar diberi peluang untuk hari ini
sahaja namun tidak diendahkan. Kuih muihnya yang masih banyak dan masih elok
itu bertaburan di dalam lori dan di atas jalan raya.
Beberapa orang perniaga di situ
termasuk Rahmad dan Pak Shukor mula memarahi pihak berkuasa atas sikap tidak
berhati perut dan tidak berperikemanusiaan mereka. Pada pandangan perniaga
perniaga di situ, tidak sepatutnya pihak berkuasa melakukan perbuatan tersebut
terhadap lelaki itu. Sekurang kurangnya berilah peluang kepada lelaki itu
berniaga untuk hari itu sahaja.
Namun pihak berkuasa tersebut langsung
tidak mengendahkan rayuan lelaki itu apatah lagi kemarahan perniaga perniaga di
kawasan itu. Mereka lekas lekas mengangkut barang barang perniaga yang tidak ada permit ke dalam lori mereka.
Tidak lama kemudian, terdengar suara hingar bingar di kawasan penjual selipar
itu.
“Kau ambil aku punya barang, aku ketuk
kepala kau dengan kayu ni.” Penjual selipar itu memberi amaran kepada pihak
berkuasa yang mahu mengambil selipar yang terbungkus di dalam kain kanopi itu.
Untung sahaja penjual selipar itu sempat membungkus selipar seliparnya apabila
menyedari kehadiran pihak berkuasa.
“Alah! Kecoh la kau ni. Aku bukan
berniaga benda haram. Aku cuma jual selipar tak ada permit je. Orang berniaga
judi dan arak kau tak tangkap, aku berniaga selipar kau tangkap. Bodoh punya
pihak berkuasa! Bla la lu” Perjual selipar itu menyumpah nyumpah kemarahan
sambil menghayun hayun ke udara tongkat rotan di tangannya.
“Kau berani kau amik barang aku. Aku
cucuh api rumah kau malam ni. Aku bakar anak bini kau depan mata kau nanti. Kau
jangan nak main main dengan aku. Ini Malaysia tahu! Aku orang Melayu. Ni negara
aku. Suka hatilah aku nak berniaga kat mana pun. Bangla dengan Indon yang
berniaga secara haram kau tak tangkap. Aku berniaga kau tangkap. Puihh la..”
Kata penjual selipar itu kemarahan. Dia meludah kepada pihak berkuasa tersebut
dan lantas meninggalkan kawasan pasar itu.
Keberaniannya begitu mengagumkan
Rahmad dan perniaga lain di pasar itu. Mereka memberi tepukan yang paling
gemuruh kepada penjual selipar tersebut yang sudah jauh meninggalkan pasar itu
sambil menarik bungkusan seliparnya. Apabila semua urusan selesai, pihak
berkuasa itu meninggalkan kawasan pasar itu dengan lori mereka yang sarat
dengan barang rampasan.
Penjual kuih itu menangis melihat
barang barang perniagaannya dirampas. Dia sedih melihat kuih karipap, kuih
apam, kuih seri muka dan goreng pisangnya berterabur di atas jalan raya.
Menitik air matanya mengenang nasibnya pada hari itu.
“Sabarlah nak...mari singgah ke kedai
pakcik. Pakcik beri makan buah. Mari...” Pak Shukor menarik tangan lelaki penjual
kuih itu ke kedainya. Rahmad memberikan kerusinya kepada lelaki itu untuk
diduduki. Kak Ayu pula menghulurkan cendolnya kepada lelaki itu untuk diminum
tanpa meminta bayaran. Pak Shukor pula memberikan buah jambu air kepada lelaki
itu manakala Rahmad cuba memujuk dan
menenangkan lelaki tersebut.
“Apalah nasib saya. Rugi teruk saya hari
ni. Macam mana saya nak bayar harga kuih muih tu. Kuih kuih tu semua bukan saya
yang buat. Saya ambil dari orang.” Kata lelaki itu sambil menyedut cendol
pemberian Kak Ayu yang diletakkan di dalam cawan plastik.
“Saya baru saja berhenti kerja sebab
syarikat yang saya kerja tu dah muflis. Dengan berniaga kuih ni sajalah saya
nak sara anak bini saya. Sekarang perniagaan saya dah musnah. Apa la saya nak
sumbat anak bini saya makan?” Luah lelaki itu lagi.
Rahmad, Kak Ayu dan Pak Shukor yang
mendengar luahan hati lelaki itu turut berasa sebak. Namun, mereka tidak mampu
berbuat apa apa. Mereka sendiri pun mempunyai kehidupan yang perlu mereka
uruskan. Rahmad mula terfikir. Alangkah bagusnya jika dia seorang jutawan.
Sudah pasti dia akan membantu anak bangsanya untuk berniaga supaya anak
bangsanya tidak merempat di buminya sendiri.
“Saya bukan berniaga benda haram. Saya
berniaga kuih saja. Saya cuma tak ada permit. Saya bukan tak nak ambil permit.
Tapi harga permit terlalu mahal. Lagipun macam macam proses yang perlu saya
lalui sebelum permit saya diluluskan. Permit nak lulus bukan sekejap, lama...
Sementara tunggu permit nak diluluskan, apa saya nak bagi anak isteri saya
makan? Saya dah berhenti kerja?” Lelaki itu mengeluh.
“Adakah saya kena beli pistol kemudian
rompak bank semata mata nak bagi sesuap nasi pada isteri dan anak anak saya?
Saya bukan orang asing. Saya warganegara ini. Susah sangatkah saya nak mencari
rezeki di negara saya sendiri.” Sambung lelaki itu lagi.
“Sabarlah nak...inilah realiti hidup
kita. Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Saya tengok orang
Indon, Bangla, Siam boleh saja berniaga dengan tenang kat negara ni walaupun
mereka tak ada permit. Kita yang menjadi warganegara kat sini begitu susah nak
cari makan walaupun kita lahir dan besar di negara ini.” Ada nada kesal dalam
nada suara Pak Shukor waktu itu.
Setelah menghabiskan cendolnya,
lelaki tersebut meminta diri untuk pulang ke rumah. Rahmad dan Pak Shukor
berbesar hati memberikannya sedikit wang untuk membayar harga kuih muih yang
dirampas oleh pihak berkuasa itu. Lelaki itu terus berjalan pulang dan mereka
sekadar memerhatikannya dengan pandangan sayu.
Rahmad melintas jalan untuk pulang
ke rumah selepas penat berniaga di Pasar Minggu. Senyumannya melebar kerana
perniagaannya untung pada hari ini. Rezekinya banyak. Boleh juga dia menghantar
sedikit wang di kampung bagi membantu ibu bapanya menyara persekolahan adik
adiknya. Dia benar benar bersyukur. Allah senantiasa memberikan rezeki buat
dirinya dan keluarga.
Seperti biasa, apabila mahu pulang ke
rumah, Rahmad perlu melalui satu kawasan perniagaan yang hanya dimonopoli oleh
orang orang Cina. Di kawasan itu hanya terjual barangan mewah sahaja dan
dikunjungi oleh pengunjung kelas atasan. Walaubagaimanapun, terdapat juga
beberapa orang peniaga Cina yang yang menjual buah berangan dan air mata kucing
di tepi jalan yang berhampiran dengan pasar mewah itu. Dia yakin peniaga Cina
itu juga tidak ada permit untuk berniaga di kawasan itu kerana kawasan itu
adalah laluan pejalan kaki. Tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti perniagaan
di kawasan itu.
Rahmad melihat ada dua orang pegawai
pihak berkuasa yang beruniform biru sedang berdiri tidak jauh dari situ. Dia
lantas bergerak ke arah dua orang pegawai tersebut.
“Encik, saya rasa peniaga Cina yang
berniaga kat laluan pejalan kaki tu tak ada permit. Menurut undang undang, adalah
salah seseorang perniaga yang tiada permit berniaga kat negara ni. Apa kata
Encik tangkap mereka dan rampas perniagaan mereka sebab mereka tak ada permit.”
Ujar Rahmad kepada dua orang pegawai tersebut setelah memberi salam dan
memperkenalkan dirinya. Kelihatan dua orang pegawai itu teragak agak dan serba
salah.
“Baiklah, memang salah sebenarnya kalau
berniaga tak ada permit ni. Itu Encik jangan risau. Kami akan uruskan.” Ujar
salah seorang dari pegawai itu dan mereka berdua bergegas ke gerai kecil yang
menjual air mata kucing dan buah berangan itu. Ironinya, mereka tidak merampas
barangan perniagaan Cina tersebut sebaliknya mengarahkan mereka pergi dari
tempat itu. Lekas lekas dua orang perniaga Cina itu mengemaskan barang barang
mereka dan beredar dari situ.
Rahmad memandang situasi itu dengan
pandangan terkejut dan penuh rasa kesal. Padanya, dia lebih suka menjadi orang
Cina, orang Bangla, orang Indon, orang Siam, dan orang berbangsa asing yang
lain kerana mereka diberi banyak ‘keistimewaan’ berbanding dengan orang Melayu
yang menjadi warganegara ini. Mereka beruntung kerana boleh tinggal dan bebas
di Malaysia. Tetapi orang Melayu, seperti merempat di tanah airnya sendiri.
Mereka dikasari apabila melanggar undang undang namun tidak pada bangsa bangsa
lain. Rahmad sekadar memerhati sahaja dua orang pegawai pihak berkuasa setempat
itu beredar setelah dua orang perniaga Cina itu meninggalkan kawasan tersebut.
Dia sekadar mengelengkan kepala melangkah pulang ke rumah dengan penuh rasa
kesal dan kecewa.
wahh..tajuk tak ingat. haha..
BalasPadamBetul tu... Kita penduduk asal dilayan macam orang luar sedangkan orang luar dapat berbagai keistimewaan....
BalasPadamItulah realiti peniaga kita sekarang. Kena pandai sorong sampul bawah meja, kalau tak memang lingkup kena punggah..
BalasPadamadakah mungkin kita menjadi rakyt asing dibumi kita sendiri??? sedih kan
BalasPadam