Jumaat, 23 Januari 2015

SEMBELIT : KETAHUI PUNCA DAN CARA MENGATASINYA

Alfalfa Shaklee mampu mencegah masalah sembelit
Sumber : Google

Bagi rencana kesihatan pada hari ini, saya ingin berbicara mengenai satu masalah yang sering melanda kebanyakkan daripada kita iaitu masalah sembelit. Tahukah anda apa itu sembelit? Sembelit adalah kesukaran membuang air besar atau membuang air besar dalam keadaan yang tidak sempurna (tidak habis). Kebiasaanya, pesakit yang mengalami masalah ini selalu merasakan najis mereka keras, terasa sakit semasa ingin membuang air besar dan pembuangan air besar dalam keadaan tidak lawas.

Punca punca boleh terkena sembelit


-         Kurang serat dalam pemakanan seharian
-         Kurang aktiviti fizikal dalam kalangan warga tua
-         Penyalahgunaan julap
-         Selalu menahan untuk membuang air besar
-         Kurang minum air
-         Berlaku masalah di  bahagian rektum atau usus



Cara mencegah sembelit


-  Banyakkan minum air masak setiap hari. Minima 10 gelas sehari.
- Makan buah buahan, sayur sayuran dan makanan yang mempunyai serat yang tinggi seperti buah pear, buah epal, pasta gandum, kacang hijau dan brokoli.
-   Banyakkan bersenam
- Jika anda terkena sembelit, anda digalakkan untuk mencangkung dalam kedudukan semulajadi dengan cara meninggikan lutut anda ketika anda duduk membuang air besar di dalam tandas.


Cara mencegah sembelit dengan Shaklee


Salah satu cara untuk anda mengelakkan diri dari terkena sembelit adalah mengambil vitamin dan makanan tambahan yang ada di pasaran. Salah satunya adalah produk Shaklee. Shaklee ada menyediakan produk untuk mengatasi masalah ini iaitu Alfalfa Complex Shaklee. Di dalam produk ini terdapat pelbagai khasiat antaranya protin, asid amino dan klorofil yang mampu untuk mencegah masalah sembelit anda.

Jika anda mahu memastikan masalah sembelit anda dapat dicegah, hubungi saya sekarang untuk mendapatkan produk ini. Jangan biarkan diri anda menderita akibat sembelit. Jalani kehidupan yang sihat dan sempurna tanpa ada rasa sakit akibat sembelit lagi.



Alfalfa Shaklee mampu mencegah masalah sembelit


Jika anda mahu mendapatkan produk ini, anda boleh menghubungi saya melalui :

Muhammad Nurhaziq bin Abdul Hafiz
Shaklee Independent Distributor
ID : 1171450
Sms, whatsapp, telegram, wechat : 012 9772806
Pengedar Shaklee Kampung Baru, Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia.



7 ulasan:

  1. Selain drpd minum air yg cukup, alfalfa ni memang bagus utk atasi masalah sembelit :)

    BalasPadam
  2. Betul air & serat tu penting.
    Owh alfalfa jugak membantu ye, Ajik?
    Saya pernah beli alfalfa shaklee ni tapi x habis makan.

    BalasPadam
  3. Sembelit memang sangat menyeksakan. Kalau tidak dihindari takut pula timbul penyakit buasir.

    BalasPadam
  4. banyak minum air kosong akan membantu elak masalah sembelit... dengan izin Allah

    BalasPadam
  5. Kalau kita orang ikut petua orang tua-tua...makan pisang untuk cegah sembelit

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.