Jumaat, 25 Julai 2014

PANTUN RAYA BUAT BLOGGER/PENULIS DAN SELURUH UMAT ISLAM




ditujukan khas kepada blogger Kindaichi Kid,  Fadzi RazakPa'an Healers Life,  dan CIA


Jalan jalan di kota raya,
Singgah sebentar di taman Maran,
Selamat Menyambut Hari Raya,
Moga kukuh ikatan persaudaraan.

Kolek sampan ke Pulau Gaya,
Ke Pulau Gaya bertemu si dayang,
Berhati hati di jalan raya,
Ingatlah orang yang tersayang.

Pergi ke hutan menangkap kera,
Kera di pokok memakan lada,
Sungguh enak menjamu selera,
Jangan lupa pada yang tiada.

Menulis diari menggunakan kalam,
Sambil menulis sambil berangan,
Yang jauh berkirim salam,
Yang dekat berkunjung kunjungan.

Makan nasi dengan halia,
Cicah bersama dengan perasa,
Kita menyambut hari yang mulia,
Setelah sebulan kita berpuasa.

Menangkap ikan menggunakan joran,
Bawa sekali si kain kafan,
Silalah melawat teman dan jiran,
Untuk bersalam dan bermaaf maafan.


Khamis, 24 Julai 2014

TAHNIAH NAJIB LAWAN KONSPIRASI DAN KRONISME

MH17
Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Razak





         Setinggi tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Razak di atas kejayaannya berunding dengan pihak pemisah di Ukraine yang pro Russia (diketuai oleh Alexander Borodai) untuk menyerahkan mayat mangsa nahas MH17, menyerahkan dua kotak hitam MH17 kepada Malaysia dan memberi jaminan keselamatan untuk penyiasat antarabangsa memasuki kawasan nahas itu. Sesungguhnya jasa dan komitmen Najib dalam hal ini tidak perlu dipertikaikan lagi.

       Selama hari ini sekian ramai orang mengecam anak lelaki Tun Razak itu. Pelbagai salah laku, kepincangan, keburukkan dan kebobrokkan Najib dilondehkan oleh pemimpin pembangkang dan sekalian rakyat yang bencikannya. Saya sendiri pun ada beberapa kali menegur kepimpinan beliau di dalam blog ini yang saya aggap paling bermasalah di Malaysia selepas Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sabtu, 19 Julai 2014

PERSEPSI DAN TRAGEDI PESAWAT MH17


MH17
Gambar Hiasan

           Sekali lagi Malaysia dan penduduk dunia digegarkan dengan tragedi yang menimpa pesawat MH17 yang mengorbankan 298 nyawa. Pesawat itu telah ditembak jatuh di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis lalu. Ingatan dan kejutan rakyat Malaysia belum pun tamat atas tragedi yang menimpa pesawat MH370 pada Mac lalu dan kini satu lagi tragedi terbaru yang telah menimpa syarikat penerbangan negara – Malaysia Airlines.


        Sejak akhir akhir ini, sekian banyak masalah yang menimpa negara ini. Era Najib merupakan era yang paling tragik yang pernah dialami oleh Malaysia. Bermula dengan pencerobohan di Lahad Datu, kemudian tragedi yang menimpa pesawat MH370 dan kini pula tragedi yang menimpa pesawat MH17. Ini tidak termasuk pelbagai lagi tragedi tragedi kecil yang menimpa negara ini. Adakah yang berlaku ini kerana dosa dosa Najib dan UMNO? Tidak! Jangan sesekali berfikir seperti itu! Jangan sesekali menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku.

Rabu, 16 Julai 2014

CERPEN : NAFSU SI PENGHANTAR SURAT

p/s : Sudah agak lama saya tidak menulis cerpen. Pada waktu ini saya sibuk menulis novel terbaru saya di blog ini iaitu novel Aku, Dia Blog dan Madu. Harap harap rakan rakan semua suka dengan cerpen yang saya tulis ini. Cerpen yang memaparkan tentang kisah kisah kehidupan yang mungkin tidak kita ketahui di luar sana. Ambillah pengajaran dari cerpen ini. Terima kasih kerana sudi membaca. 



cerpen
Gambar Hiasan


        Fauzi memandu motosikalnya membelah jalan raya  untuk menuju ke Jalan Setia Kasih bagi menghantar surat surat yang banyak dan bertimbun timbun itu. Timbunan surat yang senantiasa ada jika dia sampai di pejabat seolah olah tidak mahu habis. Mahu sahaja dihumbannya surat itu ke dalam longkang atau gaung namun apabila memikirkan kesan yang akan dia terima, dia membatalkan hasrat hatinya itu. Menjadi satu kesalahan buat posmen yang membuang surat. Silap silap haribulan dia bisa ditahan di dalam lokap!
        Dia tidak mahu perkara itu terjadi. Seandainya terjadi, sudah pasti isterinya, Amira akan sedih. Dia perlu bekerja kuat sekarang memandangkan isterinya sudah berbadan dua. Sekarang tanggungjawabnya sudah bertambah. Kalau dahulu hanya perutnya, perut isterinya dan perut anak perempuan sulungnya sahaja yang perlu diisi. Dengan kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga mereka, perbelanjaan juga semakin banyak.
       Sudahlah gajinya kecil. Gaji isterinya yang bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat Cina juga bukannya besar sangat. Jadi dia perlu berjimat cermat. Inilah realiti hidup seorang yang bergelar posmen. Kerjanya memang berat. Perlu menghantar surat dari rumah ke rumah dalam keadaan cuaca panas atau hujan, dikejar oleh anjing, dimarahi oleh orang dan seribu satu macam lagi kesukaran yang perlu dia hadapi untuk menyerahkan pelbagai jenis surat kepada tuan empunyanya.

Selasa, 15 Julai 2014

CARA NAK PING ENTRY BLOG DALAM GROUP FACEBOOK SEKALIGUS

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger Anything By Mia dan Adasya kerana sudi berkongsi ilmu ini. Segala jasa baik anda amat saya hargai.

1. Mula mula anda perlu mempunyai group facebook terlebih dahulu. Antaranya anda boleh lihat di sini -->
Group Facebook Apa yang penting adalah anda perlu mempunyai banyak group. Semakin banyak group anda, semakin banyaklah orang akan singgah di blog anda seterusnya meningkatkan traffik blog anda. 

2. Kemudian anda perlu buka link ini ---> Developer Facebook

3. Jika nak tahu lebih lanjut sila rujuk link ini Anything By Mia atau Adasya

4. Maaf kerana saya tidak dapat membantu anda sepenuhnya memandangkan saya sendiri kekurangan ilmu untuk mengajar anda.

5. Insya Allah, dengan mengunjungi blog mereka, anda pasti akan dapat memahami tentang cara nak ping entry ke group di Facebook sekaligus itu.

6. Maaf di atas kekurangan entri ini.

7. Saya  mahu mempromosikan blog Anything By Mia dan Adasya.


Sabtu, 12 Julai 2014

YA ALLAH… BANTU DAN SELAMATKANLAH RAKYAT PALESTIN

Israel, Perdana Menteri
Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel

        Israel terus mengganas dengan membedil bandar Gaza tanpa ada belas kasihan. Bangsa Yahudi yang dikenali sebagai bangsa yang paling keji, hina dan jijik dalam sejarah dan tamadun manusia terus bermaharajalela membunuh dan merampas hak rakyat Palestin tanpa batasan dan sekatan. Mereka bebas berbuat apa sahaja tanpa ada halangan dan bantahan yang kukuh dari mana mana pihak.

        Amerika seperti biasa sudah pasti akan menyembah sokongan mereka kepada Israel sementelahan negara mereka sendiri dikuasai oleh bangsa laknat itu. Amerika sebagai sebuah kuasa besar dunia sepatutnya menggunakan kuasa veto mereka untuk menghalang Israel dari terus menyerang rakyat Palestin yang tidak berdosa itu sebaliknya mereka turut terlibat sama dalam menghancurkan tanah suci umat Islam itu. Apabila mendapat ‘lampu hijau’ dari Amerika, menyebabkan Israel tanpa gentar dan takut terus melakukan kemusnahan.

Sabtu, 5 Julai 2014

SELANGOR : KEPADA SIAPA HENDAK DISERAHKAN?

PKR SELANGOR
Tan Sri Khalid Ibrahim
Menteri Besar Selangor



      Melihat kepada keadaan yang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada waktu ini seakan memberi satu persoalan baru, siapakah yang akan menjadi Menteri Besar Selangor selepas ini? Adakah Tan Sri Khalid Ibrahim selaku pemegang jawatan itu mampu untuk mempertahankan jawatan tersebut? Adakah seteru politiknya, Azmin Ali akan mengambil alih jawatan itu? Atau adakah Presiden PKR sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan duduk di kerusi panas itu? Atau adakah seorang wakil dari PAS akan dilantik untuk menduduki jawatan itu?

        Semua persoalan itu kerap menghantui rakyat Selangor khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Penganalisis penganalisis politik terus mengeluarkan pendapat dan hujah masing masing untuk menyatakan siapakah yang akan menerajui negeri Selangor itu? Sebuah negeri yang terkaya memandangkan berhampiran dengan bandaraya Kuala Lumpur.

Khamis, 3 Julai 2014

CERPEN : SANG DIKTATOR



p/s : Berbangga saya jika anda dapat memberikan komen terhadap cerpen ini sama ada bagus atau tidak. Di situ saya boleh buat penilaian untuk meningkatkan mutu penulisan saya pada masa akan datang. Selamat membaca...


Diktator
Gambar Hiasan



        Kedinginan yang muncul dari pendingin hawa yang terpasang kuat di pejabatnya itu tidak mampu untuk mendinginkan dirinya yang dilanda masalah itu. Suhu di dalam bilik itu sudah tinggi tetapi kepanasan masih lagi menyelubungi dirinya. Peluhnya masih membentuk  manik manik di dahinya. Dia melonggarkan ikatan tali lehernya untuk memberi ruang bagi memudahkannya bernafas.
         Dia sendiri tidak tahu apakah benar berita yang baru diterimanya pagi tadi? Apakah benar yang dia akan dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri? Jika benar apakah sebab musabab yang menyebabkan dirinya dipecat dari jawatan itu? Dia teringat akan perbualannya bersama Ah Chong, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri di lobi Pejabat Perdana Menteri itu.

PERHATIAN KEPADA BLOGGER DAN PELAWAT YANG DIKASIHI

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada blogger dan pelawat yang sudi singgah ke blog saya yang tidak seberapa ini. Jasa baik anda amat saya hargai. 

Semalam saya ada terbaca sebuah blog yang menceritakan tentang tetapan (setting) yang tidak perlu ada di dalam sebuah blog. Setelah membaca sekian banyaknya, barulah saya tahu mengapa blog saya sangat kekurangan komen. Jadi saya telah mengubah tetapan saya agar memudahkan para blogger dan para pelawat untuk memberi komen kepada entri yang saya terbitkan di blog ini.

Ini bermaksud anda tidak perlu mengisi word verification apabila anda mahu memberi komen pada setiap entry saya. Saya sangat menjunjung kebebasan bersuara yang terkawal dalam blog ini. Justeru itu, sesiapa sahaja boleh memberi komen kepada blog saya walaupun anda menggunakan ID anonymous sekalipun.  Anda berhak untuk memberi komen apa sahaja sama ada komen itu positif atau negatif namun awas! Jangan menulis kenyataan yang berbaur lucah, menghina mana mana pemimpin, menyentuh isu isu sensitif seperti agama dan bangsa lebih lebih lagi Islam dan Melayu kerana saya sayang akan kedua duanya. 

Komen anda sama ada positif atau negatif akan saya terima dengan tangan terbuka. Jika komen anda telah melanggar pantang larang yang telah saya sebutkan di atas kemungkinan besar untuk saya padam komen anda itu adalah tinggi. Jadi berhati hati dalam memberi komen. Saya tidak mahu blog ini disaman atau disiasat oleh pihak berkuasa kerana komen komen anda yang tidak beretika itu. 

Berselisih pendapat itu adalah baik kerana ulama' sendiri pun berselisih pendapat namun perlulah mengikut lunas lunas yang betul apabila kita berselisih pendapat di atas sesuatu perkara. 

Jika anda memberi komen di dalam blog ini, komen anda akan terus dipaparkan tanpa mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada saya tetapi saya berharap sangat agar anda tidak meletakkan sebarang spam di dalam ruangan komen itu. Saya akan pantau setiap komen anda dari semasa ke semasa.

Buat para blogger yang melawat blog ini, saya mengucapkan terima kasih sekali lagi. Anda boleh meletakkan link entri anda di ruangan komen atau di chatbox yang berada di sebelah kanan blog ini. Insya Allah, jika ada kelapangan saya akan lawat blog anda pula. Bantu membantu sesama blogger adalah perlu. 

Saya akhiri entri ini dengan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini. Tanpa anda blog ini tidak ada apanya. Selamat berpuasa semua...