Rabu, 16 Julai 2014

CERPEN : NAFSU SI PENGHANTAR SURAT

p/s : Sudah agak lama saya tidak menulis cerpen. Pada waktu ini saya sibuk menulis novel terbaru saya di blog ini iaitu novel Aku, Dia Blog dan Madu. Harap harap rakan rakan semua suka dengan cerpen yang saya tulis ini. Cerpen yang memaparkan tentang kisah kisah kehidupan yang mungkin tidak kita ketahui di luar sana. Ambillah pengajaran dari cerpen ini. Terima kasih kerana sudi membaca. 



cerpen
Gambar Hiasan


        Fauzi memandu motosikalnya membelah jalan raya  untuk menuju ke Jalan Setia Kasih bagi menghantar surat surat yang banyak dan bertimbun timbun itu. Timbunan surat yang senantiasa ada jika dia sampai di pejabat seolah olah tidak mahu habis. Mahu sahaja dihumbannya surat itu ke dalam longkang atau gaung namun apabila memikirkan kesan yang akan dia terima, dia membatalkan hasrat hatinya itu. Menjadi satu kesalahan buat posmen yang membuang surat. Silap silap haribulan dia bisa ditahan di dalam lokap!
        Dia tidak mahu perkara itu terjadi. Seandainya terjadi, sudah pasti isterinya, Amira akan sedih. Dia perlu bekerja kuat sekarang memandangkan isterinya sudah berbadan dua. Sekarang tanggungjawabnya sudah bertambah. Kalau dahulu hanya perutnya, perut isterinya dan perut anak perempuan sulungnya sahaja yang perlu diisi. Dengan kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga mereka, perbelanjaan juga semakin banyak.
       Sudahlah gajinya kecil. Gaji isterinya yang bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat Cina juga bukannya besar sangat. Jadi dia perlu berjimat cermat. Inilah realiti hidup seorang yang bergelar posmen. Kerjanya memang berat. Perlu menghantar surat dari rumah ke rumah dalam keadaan cuaca panas atau hujan, dikejar oleh anjing, dimarahi oleh orang dan seribu satu macam lagi kesukaran yang perlu dia hadapi untuk menyerahkan pelbagai jenis surat kepada tuan empunyanya.

       Orang lain tidak tahu kesusahan itu. Mereka hanya pandai marah apabila posmen tersilap menghantar surat namun mereka tidak tahu kesukaran dan kesusahan yang dihadapi oleh posmen untuk menghantar surat surat mereka.
        Sudahlah bekerja sebagai seorang posmen ini teruk tetapi jumlah gaji yang dibayar sangat sedikit. Oleh sebab itu, ramai orang tidak sanggup untuk menjadi seorang posmen. Hanya mereka yang cekal dan tahan lasak sahaja yang mampu.
      Apabila memikirkan pelbagai masalah yang melanda hidupnya, fikiran Fauzi mula kacau bilau. Tubuhnya benar benar keletihan sekarang memandangkan cuaca panas sering kali mengganggu dirinya. Tetapi suka atau tidak dia perlu bertahan. Kerja apa lagi yang boleh dia lakukan. Dia hanya ada SPM sahaja sebagai kelulusannya. Begitu juga dengan isterinya. Justeru itu, walau apa pun cabaran yang dia hadapi, dia perlu tabah.  
        Sudah tujuh buah rumah dia telah pergi untuk menghantar surat di Taman Setia Kasih itu. Ada yang mengambil sendiri dan ada juga yang dia perlu masukkan ke dalam peti surat. Rumah rumah di Jalan Setia Kasih itu terdiri daripada rumah rumah teres dua tingkat yang berharga RM100 000 ke atas. Kebanyakkan penghuninya terdiri daripada kalangan golongan professional dan ahli perniagaan.
        Sampai sahaja di rumah teres bernombor 65, kelihatan seorang perempuan muda sedang berdiri di hadapan pintu pagar rumah  itu.
         “Apa khabar abang tampan?” Sapa Rivera, pembantu rumah berbangsa Filipina itu dengan lembut dan ramah.
          “Khabar baik… Rivera cantik cantik ni nak pergi mana?” Soal Fauzi sambil matanya tidak puas puas menjamah dada milik Rivera itu. Nafsunya sering kali memuncak apabila melihat pembantu rumah yang cantik jelita itu. Baginya, Rivera langsung tidak sesuai menjadi pembantu rumah tetapi sesuai menjadi seorang model!
         “Tak ke mana mana. Saya tengah tunggu abanglah.” Kata Rivera sambil meliuk liukkan badannya. Tangannya terus memintal rambut hitamnya yang sudah melepasi paras bahu itu. Giginya tidak henti henti menggigit gigit bibir bawahnya.
        Seronok sungguh Fauzi melihat Rivera yang manja dan comel itu. Isterinya tidak pernah berbuat seperti itu sejak belakangan ini. Seingatnya, isterinya berkeadaan begitu ketika malam pertama mereka dan sebulan selepas mereka berkahwin. Selepas itu, isterinya hanya sibuk menguruskan rumahtangga dan juga sibuk bekerja sehingga dia hendak bermanja dan dibelai pun sudah agak sukar sekarang.
          “Rivera tunggu abang? Oh, Rivera nak ambil surat untuk boss Rivera ye? Nah, ini suratnya.” Fauzi menyerahkan surat untuk tuan rumah nombor 65 itu kepada Rivera dan Rivera mengambilnya dengan cara yang cukup menggoda. Dia sengaja meliuk lentukkan badannya yang  kurus dan ramping itu untuk menggoda Fauzi.
         “Rivera tunggu abang di sini bukan sebab nak ambil surat je…” Ujar Rivera.
        “Habis tu sebab apa?” Soal Fauzi kehairanan.
        “Rivera nak tengok muka abang yang tampan dan tubuh abang yang seksi tu juga.” Ujar Rivera dalam Bahasa Melayu walaupun ada pelat pelat Filipina sedikit. Cara percakapannya sama dengan Mark Adam, penyanyi yang berasal dari Filipina dan sedang mencipta nama di Malaysia itu.
         Berbunga bunga hati Fauzi apabila Rivera memujinya tampan dan seksi. Untung sahaja mereka berada di luar rumah. Jika mereka di dalam rumah, sudah lama digomolnya perempuan Filipina yang cantik, gebu, seksi dan putih melepak itu. Terangsang sungguh nafsunya melihat peha Rivera yang putih dan terdedah itu. Ternaik nafsu serakahnya melihat senyuman Rivera yang manis dan menggoda campur menawan itu.
         “Macam mana Rivera tahu tubuh abang seksi? Rivera pernah tengok ke?” Soal Fauzi menduga.
        “Ala…, tengok lengan abang yang besar itu pun Rivera sudah tahu. Tengok dada abang yang bidang itu pun Rivera sudah boleh nampak. Abang mesti banyak bersenam kat gimnasium kan?” Ujar Rivera,
        Benar sekali tekaan Rivera. Sejak muda lagi dia sudah biasa bersenam di gimnasium untuk menyihatkan badan di samping untuk memperolehi badan yang menjadi idaman setiap wanita. Badan yang berotot dan berketul ketul itu sudah pasti akan menarik perhatian wanita yang melihatnya di samping wajahnya yang agak tampan itu.  Mempunyai badan yang cantik bukan sahaja sihat malah seseorang itu akan kelihatan lebih berkeyakinan apabila berpakaian dan berhadapan dengan orang ramai. Sebab itu, amalan bersenam di gimnasium diamalkannya sehingga sekarang walaupun dia sudah berumahtangga.
         Fauzi sekadar pergi ke gimnasium yang berharga murah sahaja. Satu jam lima ringgit. Walaubagaimanapun, perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di gimnasium itu agak rendah kelasnya jika hendak dibandingkan dengan gimnasium yang mahal harganya. Namun begitu, itu sudah memadai memandangkan gajinya bukanlah besar sangat untuk pergi ke gimnasium yang berharga RM200 sebulan!
          Jika dia pergi juga, alamatnya kebulurlah anak dan isterinya di rumah. Gajinya hanya sebanyak RM1200 sahaja. Tolak bil api, bil air, bil Astro, bil telefon, sewa rumah, minyak motorsikal, makan, minum dan peralatan rumah yang lain menyebabkan gajinya habis pada setiap akhir bulan. Kadang kadang belum sampai akhir bulan pun gajinya boleh habis! Oleh itu, langkah berjimat cermat perlu dia lakukan agar dia tidak kebuluran walaupun sekali.
         Hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur ini memerlukan kos sara hidup yang tinggi. Menurut kajian, orang yang bergaji dibawah RM3000 sebulan berada pada taraf kemiskinan! Inilah realiti yang perlu dia hadapi apabila hidup di bandar Kuala Lumpur itu.  
         “Abang….” Tiba tiba Rivera menghampiri dirinya sambil memegang lengannya yang agak besar itu. Rivera juga begitu berani memegang bonjolan yang timbul dari dalam seluarnya itu.
        “A… a.. ada apa Rivera?” Tergagap gagap Fauzi apabila melihat kelakuan Rivera yang sungguh berani itu.
         “Boleh tak abang buka baju? Rivera nak sangat tengok badan abang yang tough dan seksi tu. Rivera nak sangat cium dan jilat badan lelaki macam abang ni…” Kata Rivera manja dan menggoda.
         Tersentak dirinya mendengar kata kata Rivera itu. Nampak gayanya dia tidak perlu bersusah payah untuk memuaskan nafsu serakahnya yang tidak pernah puas itu. ‘Kijang’ sudah masuk ke dalam perangkap dan hanya tinggal untuk ‘dikorbankan’ sahaja. Rezeki sudah ada di depan mata. Rugilah seandainya tidak dilapah dan dilahap.
        “Takkan nak buka kat sini? Malulah abang. Lagipun abang tengah kerja ni.” Kata Fauzi sambil meramas ramas tubuh gadis Filipina yang gebu itu.
         “Marilah kita masuk dalam. Kita seronok seronok dulu. Nanti abang sambung kerja balik. Rivera janji abang akan puas dengan layanan Rivera. Abang boleh buat apa sahaja pada tubuh Rivera asalkan Rivera boleh menikmati badan abang yang seksi ni.”  Rivera memujuk campur merayu terhadap dirinya. Rayuan Rivera yang menggoda berjaya menggoncang imannya yang senipis kulit bawang itu. Syaitan bersorak kegirangan kerana satu lagi makhluk Allah berjaya di’neraka’kan.
          Fauzi memakirkan motosikalnya di dalam kawasan rumah  teres dua tingkat bernombor 65 itu. Rivera pula lekas lekas mengunci pintu pagar rumah. Kemudian dia menarik Fauzi ke dalam rumah sebelum menutup pintu rumah tersebut. Mereka berseronok dalam keadaan yang penuh noda dan dosa. Tanpa Fauzi sedari, menjadi satu kesalahan kepada mana mana posmen yang masuk ke dalam rumah pelanggannya jika bukan atas permintaan pelanggannya yang sebenar dan itu pun jika hanya ada perkara perkara yang munasabah sahaja seperti kebakaran atau rompakan. 
        Mengikut undang undang, posmen hanya dibenarkan berada di luar pagar atau di luar pintu rumah pelanggan sahaja. Namun, jika undang undang Tuhan pun Fauzi bisa langgar, apakah undang undang ciptaan manusia Fauzi akan turuti? Itu  langsung tidak akan terjadi!

………………………………………………………………………………………   

           Fauzi menjamah tubuh Sunarti, perempuan yang menjual jamu tidak jauh dari rumah pangsanya. Setiap inci tubuh itu diratahnya. Segala lurah, celah dan lubang dia terokai dengan penuh nafsu serakah. Sunarti yang kepenatan hanya membiarkan sahaja. Dia benar benar puas dan kesedapan. Kenikmatan duniawi yang diterimanya benar benar dia nikmati tanpa dia sedari bahawa itu adalah perbuatan terkutuk yang dilaknat oleh Allah Azzawajalla.
       Fauzi memang seorang lelaki yang hebat di ranjang. Lelaki yang bekerja sebagai posmen itu bukan sahaja tampan malah mempunyai tubuh yang sasa dan kekar pula. Ketulan ketulan otot di perut, dada dan lengan lelaki itu benar benar mengghairahkannya. Dia biasa memerhatikan Fauzi yang sering tidak berbaju dan hanya berkain pelikat jika lelaki itu menghisap rokok di balkoni. Setiap kali Fauzi berada di balkoni, setiap kali itulah dia akan memerhatikan lelaki itu. Dia teringat kali pertama dia bertemu dengan Fauzi ketika Fauzi singgah di kedai jamu miliknya beberapa minggu yang lalu.
         “Jamu apa ni kak?” Soal Fauzi sambil memegang bungkusan jamu yang ada di atas meja itu. 
          Sunarti yang dari tadi hanya membaca novel memandangkan tidak ada pelanggan pada waktu itu begitu terkejut dengan kehadiran Fauzi di gerainya. Berbunga bunga hatinya melihat Fauzi yang tampan dan seksi itu singgah di gerainya.
          “Jamu itu buat laki laki mas. Selain untuk menambah tenaga, jamu itu juga bisa menguat dan mengeraskan zakar mas.” Tidak segan silu Sunarti memberi penerangan akan jamu miliknya itu.
         “Betul ke ni? Macam tak percaya je.” Ujar Fauzi untuk menduga penjual jamu itu. 
           “Alahhh… cobain dulu dong mas kalau enggak percaya. Mas coba dulu bila mas mahu ‘bersama’ isteri mas. Jika mahu percaya lagi, mas juga bisa coba sama saya.” Ujar Sunarti sambil meliuk lentukkan tubuhnya yang gebu dan sedikit berisi itu.
         “Betul ni? Kalau tak jadi macam mana?” Soal Fauzi lagi.
         “Gini mas. Mas minum duluk jamunya kemudian mas cari saya kalau mas enggak percaya. Kalau mas ‘hebat’ bermakna jamu itu berkesan. Sekarang mas bisa cobain dulu. Saya bagi percuma dulu. Jika berhasil mas bisa beli lagi.”
        “Awak sanggup jadi testimoninya?” Fauzi menduga.
         “Untuk lelaki seganteng dan sekekar mas, seribu kali sudi dong. Ini nombor saya. Kalau mas butukan saya, mas cuma nelpon aja.” Sunarti menyerahkan kad yang tertera nama dan nombor telefonnya.
        ‘Sunarti nama perempuan ni’. Bisik hati kecil Fauzi. Tersungging senyuman nakal di bibir merahnya. Sejak itu dia sering kali mencari Sunarti untuk memuaskan nafsu serakahnya. Pertemuan yang hanya untuk membuktikan kesahihan kata kata Sunarti berkenaan jamu itu bertukar menjadi ketagihan luar biasa buat dirinya. Dia yang hanya mencuba sekali terus mahu berkali kali menikmati tubuh Sunarti yang montok dan gebu itu.
           Lokasi mereka lakukan zina itu adalah di bawah tangga belakang di rumah pangsa blok G itu. Kawasan itu memang sunyi dan jarang dilalui orang. Orang tidak berani lalu di situ kerana kawasannya yang  agak suram dan sunyi. Jadi, mereka mengambil peluang itu untuk memuaskan nafsu syaitan masing masing yang telah menggoda mereka sejak sekian lama.    
           “Terima kasih Sunarti. Kamu memang benar benar hebat. Aku puas dengan kamu.” Ujar Fauzi sambil terdampar kepenatan di atas tubuh Sunarti. Serta merta lamunan Sunarti tadi terpancung.
        “Sama sama mas. Mas hebat banget kok. Aku suka sama mas. Esok kita jumpa lagi ya.” Kata Sunarti sambil memeluk Fauzi dengan erat.
          “Saya kena pulang dulu. Nanti isteri saya tanya kenapa saya balik lambat. Terima kasih Sunarti. Kamu memang terbaik.” Ujar Fauzi sambil memakai seluar dalamnya. Kemudian dia menyarung seluar dan bajunya. Setelah itu dia meninggalkan Sunarti yang kepenatan di atas tikar mengkuang yang berada di bawah tangga itu.

………………………………………………………………………………………

          “Arghh…” Fauzi mengetuk mesin kuda itu dengan kasar. Satu keluhan berat dihempasnya. Hatinya benar benar sakit. Sudah tujuh kali dia kalah dalam permainan judi itu. Sudah RM1200 duit gaji yang dia terima pada hari ini ‘melayang’ begitu sahaja. Ini semua kerana ketagihannya pada mesin judi itu.
       “Haiyaa… jangan ketuk ketuk itu mesin la Pauji. Nanti rosak maa… sapa mahu ganti maa..” Tegur Tauke Wong yang duduk di kaunter sambil memerhatikan pelanggannya yang sedang ghairah bertaruh nasib di premis miliknya.
       “Apa ni tauke? Saya asyik kalah saja. Mesin ni banyak tipu laa..” Bentak Fauzi. Dia benar benar tidak berpuas hati. Sudah tujuh kali dia cuba dan tujuh kali juga dia kalah. Sudahlah dia tewas, duit gajinya  juga sudah habis. Dia mula memikirkan tentang anak dan isterinya yang berada di rumah.
       “Itu la saya sudah cakiap. Lu tarak tau main sebab itu lu kalah maa. Takpalah.. lain kali lu mali pastu lu boleh cuba lagi maa. Haiyaa…” Ujar Tauke Wong.
        “Sudahlah tauke. Saya mahu balik la. Banyak tipu punya Cina.” Kata Fauzi sambil beredar dari premis itu dengan wajah yang agak masam. Dia sedang mencari idea apakah yang akan diberitahu kepada Amira jika isterinya itu bertanya tentang duit gajinya yang baru diterima pada hari ini. Dia terus turun dari premis di kawasan rumah kedai itu dan bergerak ke motosikal miliknya yang dipakir di tepi jalan, kemudia dia menghidupkan enjin dan terus memecut laju untuk pulang ke rumah. Untung sahaja wangnya sudah habis, jika tidak, sudah pasti dia masih lagi berteleku di pusat judi itu.
         “Modoh punya Melayu. Lu tarak tau main lepas tu lu kata saya manyak tipu. Haiyaa..” Tauke Wong seakan akan mengeluh dengan sikap Fauzi namun di sudut hatinya dia gembira kerana sudah banyak keuntungan yang boleh dia dapat dari Fauzi apabila posmen itu bermain judi di premisnya.
           “Assalamualaikum…” Fauzi memberi salam dengan kuat apabila dia sampai di rumah pangsa miliknya. Dia mengetuk pintu rumah itu dua tiga kali.
           “Waalaikumussalam. Kejap… kejap…” Kata Amira. Tidak lama kemudian pintu rumah itu dibuka oleh Amira dan Fauzi lantas masuk ke dalam rumah itu. Dia menghempaskan tubuhnya di atas sofa yang terletak di ruang tamu rumah itu. Satu keluhan dilepaskan.
          “Lambat abang balik hari ni?” Soal Amira sambil menghulurkan segelas air sejuk kepada Fauzi. Fauzi menyambut air sejuk itu dan meneguknya rakus. Baru hilang rasa dahaga yang melekat di tekaknya.
         “Tadi abang buat kerja lebih masa. Sebab tu balik lambat.” Kata Fauzi berbohong.
        “Oh… patutlah abang balik lambat. Penat saya tunggu abang. Biasa pukul enam abang dah sampai rumah lepas tu pukul lapan abang siap siap nak pergi gimnasium.” Ujar Amira.
          “Mana Liana?” Soal Fauzi apabila menyedari anak perempuan sulungnya tidak ada di situ.
          “Liana dah tidur. Kan dah pukul sepuluh. Esok dia sekolah.” Jawab Amira. Fauzi hanya mengangguk tanda faham.
          “Abang… abang dah dapat gaji kan? Boleh tak saya nak minta sikit sebab saya nak bayar hutang Kak Pah. Saya malulah hutang dia lama lama.” Pinta Amira dengan lembut. Soalan itulah yang paling ditakuti oleh Fauzi. Soalan tentang gajinya dan ternyata Amira telah pun melontarkan soalan itu.  
         “Allah! Abang lupa nak baritahu Mira. Dompet abang tadi tertinggal kat surau masa abang nak pergi sembahyang Zohor. Bila abang pergi ambil balik, semua duit abang dah hilang. Abang minta maaf sayang. Abang betul betul tak ada duit sekarang ni.”
          “Apa? Semua duit abang hilang?” Fauzi mengangguk laju. Amira sudah mula kecewa. Hampir gugur air matanya namun disekanya secepat mungkin. Sejak dia mengandung ini, emosinya sering tidak menentu dan kerap berubah.
        “Janganlah nangis sayang. Abang janji esok abang akan pinjam duit kat kawan kawan dan abang akan bagi kat Mira untuk Mira bayar hutang Kak Pah tu.” Fauzi cuba memujuk namun tiada sebarang tindak balas dari pihak Amira.  
       “Amira… Amira janganlah merajuk. Abang bukan sengaja nak hilangkan duit tu. Dah nak hilang abang nak buat macam mana. Abang janji, esok abang akan bagi duit tu kat Mira. Abang janji.” Fauzi mengangkat tangan kanannya separas bahu dan menegakkan kelima lima jarinya tanda berjanji.
        “Duit abang asyik hilang je. Ni dah masuk tiga kali dah hilang ni. Hari tu kata kawan pinjam. Lepas tu dompet abang ke copet dan sekarang orang curi kat surau pula. Lepas ni apa lagi? Duit abang jatuh dalam lubang jamban?” Sindir Amira tajam. Kaget juga Fauzi menghadapi tindak balas Amira yang spontan itu.
          “Jangan cakap macam tu. Nanti betul betul jadi baru tahu. Abang bukan main main. Duit abang betul betul hilang. Sumpah Mira.” Bersungguh sungguh Fauzi meyakinkan isterinya itu.
          “Baiklah. Kali ni Mira percaya. Tapi ingat bang! Jangan sesekali abang tipu Mira. Nanti haru biru satu Kuala Lumpur Mira kerjakan!” Amira memberi amaran keras. Fauzi menelan liurnya. Tergerak gerak halkumnya ketika air liur itu melepasi tekaknya. Terasa pahit sekali air liur itu.
           “Betul Mira… abang tak pernah tipu Mira. Berdosa besar tau suami tipu isteri.” Ujar Fauzi untuk meyakinkan isterinya lagi. Amira hanya mengangguk. Walaupun terselit keraguan di sisi sanubarinya, namun dia tetap percaya akan suaminya atas dasar cinta dan saying.
        “Amira… boleh tak abang pinjam duit sikit?” Lembut campur romantik sekali suara Fauzi pada waktu itu. Dia berharap sangat agar Amira boleh memberikannya duit.
       “Duit? Mira pun minta kat abang dan sekarang abang minta kat Mira pula? Ni dah kira terbalik ni.” Sergah Amira.
        “Abang betul betul kena pakai duit ni. Motor abang rosak. Kalau abang tak betulkan susah la abang nak pergi kerja. Nanti esok abang bayar balik. Abang bagi sekali duit untuk bayar hutang Kak Pah tu.” Fauzi memujuk.
        “Baiklah. Tapi janji abang mesti bayar esok.” Kata Amira.
        “Ya… abang janji…” Ujar Fauzi.

………………………………………………………………………………………

         Berkerut kerut dahi Hafiz sambil memandang ke arah Fauzi. Dia sendiri berada dalam dilema sama ada patut atau tidak dia memberi Fauzi meminjam duitnya? Kalau tidak diberi kasihan pula. Kalau diberi nanti esok lusa dia pinjam lagi. Begitulah yang bermain main di fikiran Hafiz pada waktu itu. Ini bukan kali pertama Fauzi meminjam duit darinya. Sudah acapkali. Namun, Fauzi hanya pandai meminjam, membayarnya jauh sekali. Dia melepaskan sebuah keluhan. Di luah mati emak, ditelan mati bapak.
            “Kau janji Fauzi yang kau akan bayar duit akan ni bulan depan. Aku ni bukan kaya sangat. Anak isteri aku pun nak makan juga.” Ujar Hafiz.
       “Ya… aku janji. Bulan depan aku bayar. Aku betul betul terdesak ni. Motor aku rosak. Rumah sewa aku pun aku tak bayar lagi.” Kata Fauzi.
        “Okey… kali ni aku bagi. Berapa yang kau nak pinjam?” Soal Hafiz.
        “Empat ratus.” Jawab Fauzi. Satu lagi keluhan dilepaskan oleh Hafiz. Dia mengeluarkan dompetnya dan mengeluarkan empat not RM100 dan menyerahkannya kepada Fauzi.  Menggigil gigil juga tangannya untuk menyerahkan wang sebanyak itu kepada Fauzi. Mana tidaknya, jika dia beri pinjam wang sebanyak itu, belum tentu Fauzi akan bayar tepat pada masanya.  
        “Kau janji kau bayar bulan depan?” Tekan Fauzi lagi.  
        “Ya… aku janji…”

…………………………………………………………………………………………

        Seronok sungguh Fauzi pada petang itu diurut dan dibelai oleh tukang urut Siam dari di rumah urut itu. Duit hasil pinjaman dari isterinya dan Hafiz tadi dia gunakan untuk ke rumah urut itu. Dia memandang ke arah tukang urut berbadan agak kurus dan sedang ghairah mengurut badannya dari atas ke bawah. Dari depan ke belakang. ‘Cantik juga minah ni.’ Bisik hati kecilnya. Tiba tiba nafsu serakahnya memuncak. Dia sudah tidak tahan lagi menahan gelojak nafsunya melihat gadis yang cantik dan seksi itu. Tiba tiba dia menarik tukang urut itu ke dalam dakapannya. Dia melekapkan bibirnya di bibir tukang urut itu. Mereka menimati kucupan haram itu dengan penuh nafsu dan nikmat.
         Dia sudah membayar khidmar tukang urut itu supaya mengurut dirinya dan turut  memberikan perkhidmatan seks kepadanya. Dia menanggalkan pakaian tukang urut itu satu demi satu. Tukang urut itu pula ghairah menyapu minyak ke seluruh tubuh Fauzi terutama bahagian dada Fauzi yang bidang dan berotot itu. Gadis itu juga turut mengurut badan Fauzi yang tanpa seurat benang itu dengan menggunakan lidahnya. Fauzi begitu ghairah menikmati urutan dan usapan tangan tukang urut yang bertelanjang bulat itu di atas tubuhnya. Serta merta dia teringat akan kali pertama dia mula berjinak jinak dengan kegiatan haram tersebut.
          Ini semua gara gara Bakar. Bakarlah yang pertama kali mengajaknya singgah ke rumah urut itu setiap kali habis waktu kerja. Perkara ini berlaku sebelum dia bernikah dengan Amira lagi. Sejak itu dia mula ketagih untuk berurut dan melakukan hubungan seks. Sejak itu juga dia sering mengunjungi rumah urut itu jika dia mempunyai duit lebih.
          “You are a nice man.” Kata tukang urut yang cantik jelita itu.
          “Why?” Soal Fauzi bingung.
          “Hoi! Mana ada orang berurut kat sini pakai seluar dalam! Bukalah seluar dalam kau tu.” Kata Bakar sambil ketawa terbahak bahak. Perempuan yang sedang mengurut Bakar itu pun turut sama tersenyum melihat telatah Fauzi itu.
        “Oh, kena buka ke? Aku tak tahu pula.” Kata Fauzi sambil tersenyum malu dan Bakar terus mentertawakannya.
       Sejak itu dia sudah ketagih. Ketagih untuk berurut dan ketagih untuk melakukan seks. Dia sudah meniduri ramai perempuan. Oleh itu, apabila dia berkahwin dengan Amira, dia juga tidak pernah berasa puas. Dia tetap mahu meniduri ramai perempuan. Benarlah kata orang. Jika kita mencuba melakukan perkara perkara yang haram, maka kita akan sentiasa ketagih untuk melakukannya lagi dan lagi.
           “Abang!!!” Jerit Amira di muka pintu bilik yang hanya bertutup dengan tenda sahaja. Serta merta lamunan Fauzi terpancung. Dia lantas menolak tukang urut yang sedang ghairah mengurut badannya sambil memuaskan nafsu serakahnya. Lekas lekas dia menutup badannya yang tanpa seurat benang itu dengan selimut yang disediakan di atas katil itu.
       Dia melihat Amira sedang berdiri di hadapan muka pintu itu sambil ditemani oleh anak mereka, Liana. Amira memandang dirinya dengan tajam. Kelihatan Hafiz juga berada di situ.
         “A…pa.. yang Mii..raa buat kat sini?” Soal Fauzi dalam keadaan tergagap gagap.
        “Sampai hati abang buat Mira macam ni. Mira tak sangka abang sanggup curang dengan Mira. Abang tahu kan yang Mira tengah mengandungkan anak abang sekarang? Kenapa abang sanggup buat perbuatan terkutuk ni?” Sukar untuk Amira untuk menahan air matanya dari tumpah dari tubir mata. Dia benar benar kecewa dengan sikap Fauzi. Dia memberikan segala galanya kepada Fauzi dan ini yang Fauzi balas terhadapnya? Dia benar benar rasa dikhianati.
        “Mira… abang tak buat apa pun. Abang hanya berurut saja.” Ujar Fauzi yang mula panik. Dia melihat tukang urut Siam di sebelahnya. Dia juga sedang menutup tubuhnya dengan sehelai kain yang entah dia dapat dari mana namun apa yang pasti gadis Siam itu hanya mendiamkan diri.
       “Tak buat apa apa? Abang ingat Mira bodoh macam abang ke? Abang ingat abang boleh mempermainkan Mira sesuka hati abang? Sudahlah abang… Cukup cukuplah. Bawa bawalah bertaubat. Mira dah tahu segala galanya. Mira dah tahu apa yang abang dah buat. Hafiz dah cerita segala galanya kepada Mira. Mulai hari ni, Mira nak abang ceraikan Mira. Jangan cari Mira lagi lepas ni. Faham!” Amira menghamburkan kemarahannya kepada Fauzi dan lantas meninggalkan tempat itu.
        “Mira… Mira… nanti dulu. Fauzi cuba mengejar Amira namun Amira telah pun hilang dari pandangannya. Serta merta matanya tertancap pada Hafiz.
        “Sial punya kawan! Kenapa kau sanggup beritahu kat isteri aku? Apa niat kau hah?” Jerit Fauzi sambil mencekak kolar baju Hafiz.
        “Aku dah tak sanggup dah bersubahat dengan kau. Kau tak kesian ke isteri kau. Lagipun kau dah banyak pinjam duit aku tapi kau tak pernah nak bayar. Kau asyik pinjam saja tapi bayarnya jauh sekali.” Ujar Hafiz. Fauzi melepaskan kolar baju Hafiz itu. Dia melepaskan satu keluhan kasar bercampur berat. Dia menyandarkan dirinya di dinding. Dia benar benar kesal atas apa yang berlaku. Hidupnya kini sudah punah ranah.
        Tidak sepatutnya dia memberitahu kepada Hafiz segala kegiatannya selama ini. Namun, nasi sudah pun menjadi bubur. Hafiz sudah pun memberitahu kepada Amira tentang hubungannya dengan Rivera dan Sunarti. Sudah tentu Hafiz juga sudah memberritahu tentang kegiatannya yang suka berjudi dan datang ke rumah urut itu.
       “Maafkan aku Fauzi. Aku bukan nak hancurkan rumahtangga kau tapi aku kasihan dengan Mira. Dia isteri yang baik. Bawa bawalah bertaubat Fauzi sebelum terlambat.” Pesan Hafiz lalu meninggalkan Fauzi keseorangan di situ.
          Tiada kata yang keluar dari mulut Fauzi. Yang ada hanyalah keluhan demi keluhan. Keluhan yang tiada penghujungnya. Setitik air jernih jatuh di kelopak matanya. Ya, Allah sedang membalas semua perbuatan terkutuknya.

































46 ulasan:

  1. Menarik kisah ni. Baca sampai habis..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita ni ada moral, jadi kita mesti ambil iktibar dari cerita ni

      Padam
  2. Hurm.. Cerpen yang menarik.. Semoga yang membaca boleh mengambil iktibar...

    BalasPadam

  3. Cerita yang bagus.. teruskan..
    Tumpang Iklan
    Abang..janganlah...
    Tak nak.. sakit..
    >>>Baca Sini Kalau Berani!<<<

    BalasPadam
  4. fauzi salimg x tumpah mcm suami saya . perempuan dan rumah urut .

    BalasPadam
  5. http://imgur.com/a/ZBw0g

    BalasPadam
  6. hantar ke majalah..boleh dapat duit nie..ada honorium hehehe

    BalasPadam
  7. terbaik.. huhuhu.. riindunye nak bersama dgn kekasih gelap aku juga bini org yg dulu pernah 3x aku telanjur bersama dan tiduri.. perghh.. mantap.. mau tak mantap.. badan berisi tembam.. anak dah 3 punn body sedap lagi.. muka tembam comel.. mau x bergegar nafsu.. bila sama2 layan.. dia cabar kali pertama masa tu.. suruh datang rumah.. betul2 aku datang and dia pulak mula2 xberani then dia cuba juga buka pintu and senyap2 suruh aku masuk rumah.. perghh.. dah dalam rumah aku borak kejap and dia ajak masuk bilik takut anak dia nampak nanti.. dalam bilik.. dah duduk sekatil.. borak kejap terus tangan bejalan peluk2 baring sebantal.. terlanjur terus memantat sepanjang masa yang ada.. berulang kali sampai ke petang esknya memantat dgn bini org.j

    BalasPadam
  8. Sapa nak rasa sy jilatkn pussy sampai squirt trpancut2.. pada ister2 yg dahagakan seks boleh call/wasap Sy.. 0174411704 shah 27

    BalasPadam
  9. Lucy bisa pancut nga

    BalasPadam
  10. https://www.wattpad.com/663142588-auntie-lya-part-6-boboi

    BalasPadam
  11. Whatsapp 016415296 chatsex.akim.18.ganu

    BalasPadam
  12. Hi. nak cari abg melayu yg sudi main sama. rahsia kita jer 011-17697391(chee)

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. bagus cerita ni. pengajaran

    BalasPadam
  15. Hi,, sye man/24.ada tak girl yg sudi nak buat seks dgn saya..sye first time nk bt..area slangor/kl.. WhatsApp sye 0149182976.. Yg serius je....yg main2,, or sje nk knl2..sila main jauh2..

    BalasPadam
  16. Heii,cerita ni sudah bgs,n ada pngajaran....korg jgn ah sesuka je main seks2 tanpa nikah ni ,berdosa lah ....nikah dulu baru,lepastu nk wat ape2 ,dah halal dah .....jgn sesuka nk main seks3 ni ......

    BalasPadam
  17. Heii,cerita ni sudah bgs,n ada pngajaran....korg jgn ah sesuka je main seks2 tanpa nikah ni ,berdosa lah ....nikah dulu baru,lepastu nk wat ape2 ,dah halal dah .....jgn sesuka nk main seks3 ni ......

    BalasPadam
  18. Noty datejom pompuan melayu sahaja whatsapps 01136442353

    BalasPadam

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.