Bermula dengan cuaca panas yang melanda bumi Malaysia selama berminggu minggu, kemudian berlaku satu fenomena pelik di Kuala Krai di mana suhu di situ menjadi sejuk secara tiba tiba ditambah pula dengan masalah kekurangan air sehingga perlu dicatu di sesetengah kawasan sekitar bandaraya Kuala Lumpur serta Selangor dan kini pula kehilangan pesawat MH370 secara tiba tiba yang bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia malahan penduduk dunia?
Sedarkah kita wahai rakyat Malaysia bahawa kita telah ditimpa dengan pelbagai musibah dan mala petaka? Adakah ini semua hanya satu kebetulan semata mata? Apakah sebab musabab yang tersirat dan tersurat di sebalik semua ini? Tepuk dada dan tanya iman.
Apa yang berlaku kepada negara kita macapada ini bukanlah satu kebetulan sahaja namun adalah satu peringatan dan amaran Allah buat kita. Selama ini kita leka dengan kesenangan dan kenikmatan yang Allah berikan kepada kita namun kita tidak pernah mahu bersyukur. Kita terus alpa dan leka dengan apa yang telah Allah berikan. Kita sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga.
Pada pandangan saya, bermula dari pucuk pimpinan negara kita hinggalah ke akar umbi telah membuat satu kesilapan sehingga membuat Allah murka. Cuba kita lihat pemimpin pemimpin kita. Mereka lebih suka berpolitik daripada memartabatkan Islam. Tidak percaya? Cuba kita lihat dalam isu kalimah Allah. Akibat terlalu kemaruk dengan kuasa politik, akibat terlalu ingin menjadi Perdana Menteri dan akibat terlalu ghairah untuk mendapat 2/3 di parlimen kita sanggup membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Tauhid Maha Suci itu di dalam Bible Bahasa Melayu dan akhbar the Herald.
Kita juga tidak tegas dalam menyekat perkara itu dari berlaku. Kita tidak mahu menggunakan saluran undang undang yang ada untuk menghalang atau menangkan pihak pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana kita takut hilang undi bukan Islam dalam pilihan raya. Bukan sahaja umat Islam marah dengan pemimpin pemimpin kita, Allah yang Maha Esa turut murka.
Kita juga tidak tegas dalam menyekat perkara itu dari berlaku. Kita tidak mahu menggunakan saluran undang undang yang ada untuk menghalang atau menangkan pihak pihak yang tidak bertanggungjawab itu kerana kita takut hilang undi bukan Islam dalam pilihan raya. Bukan sahaja umat Islam marah dengan pemimpin pemimpin kita, Allah yang Maha Esa turut murka.
Kita juga terlalu ghairah untuk berpolitik sehingga sanggup memfitnah dan mengumpat di sana sini. Kita juga lebih suka mengutamakan parti politik daripada agama dan bangsa kita. Akibat terlalu taksub berpolitik, kita berpecah belah sehingga musuh musuh Islam mula mencucuk cucuk diri kita. Kita tidak mahu bersatu padu antara satu sama lain kerana kuasa politik. Umat Islam berpecah belah kerana politik. Kita boleh berpeluk dan bercium dengan orang bukan Islam tetapi apabila berhadapan dengan orang Islam, kita mencemuh seolah olah dia musuh utama kita.
Bukan sahaja pemimpin, rakyat bawahan turut sama mengundang kemurkaan Allah. Cuba kita lihat program hiburan di Malaysia, begitu mendominasi dalam saluran saluran televisyen kita. Buka sahaja televisyen, maka terpacullah pelbagai program hiburan dengan pelbagai jenis antaranya lawak, nyanyian, lakonan dan sebagainya. Baru baru ini pula, kita melihat beberapa orang mati di Bukit Jalil semasa menonton konsert akibat mengambil dadah secara berlebihan.
Inilah yang menyebabkan Allah murka. Kita berhibur dan berpolitik dengan terlalu hebat sehingga melupakan Allah Yang Maha Esa. Tuhan Pencipta Alam. Lalu, Allah menurunkan pelbagai bencana kepada kita sebagai satu peringatan kepada umat Islam di Malaysia khususnya supaya kembali kepadaNya. Lupakan hiburan dan politik melampau buat masa ini. Janganlah sampai Allah memberi bencana yang lebih dahsyat lagi kepada kita barulah kita mahu insaf dan bertaubat. Tatkala itu, nasi sudah menjadi bubur.
Oleh itu, saya menyeru kepada sahabat sahabat yang berada di luar sana supaya kembali kepada Allah. Di samping itu, marilah kita menadah tangan untuk memohon kepada Allah agar semua penumpang dan anak kapal dalam MH370 itu berada dalam keadaan selamat. Janganlah kita berjumpa bomoh temberang yang sememangnya sudah disaluti dengan syirik. Penduduk dunia sudah mentertawakan kita kerana bagaimana sebuah negara Islam seperti Malaysia boleh percaya dengan perkara perkara khurafat seperti itu? Bikin malu agama dan negara sahaja.
Sedangkan orang bukan Islam masih berdoa dan bertafakur dengan cara mereka sendiri tetapi kita yang mengucap kalimah lailahaillallah muhammadar rasullullah ini boleh percaya dengan perkara yang karut marut seperti ini. Ingatlah, hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa. Hanya Dia sahaja yang tahu di MH370 berada. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.