MATAHARI sudah mahu terbenam di ufuk
barat. Cahayanya memancar kelam menghiasi latar langit biru ciptaan Allah
Taala. Sungguh hebat kuasa Allah Azza Wajalla. Mentari yang mahu tenggelam itu
meninggalkan cahaya yang amat cantik bagi pandangan mata manusia yang
memerhatikannya dari tepi pantai. Subhanallah! Itu sahaja yang mampu diucapkan
oleh umat Islam bagi menggambarkan kebesaran kuasa Allah Yang Maha Esa.
Pak Aziz masih terkial kial menolak
sampannya ke darat. Tenaga lelakinya digunakan sehabis mungkin untuk menolak
sampan yang agak berat dan lebih besar dari dirinya itu. Dia baru sahaja mendarat
pulang dari menjala ikan. Kelihatan Hasmah, isterinya setia menunggu kepulangan
suami yang telah dikahwininya 21 tahun yang lalu.
“Banyak dapat ikan hari ni bang?” Soal Hasmah
sambil membantu Pak Aziz mengangkat jala dan peralatan untuk menangkap ikan
itu.
“Bolehlah. Seekor dua tu boleh la kita
jadikan lauk untuk makan malam ni. Selebihnya saya nak jual kepada Tauke Wong.”
Jawab Pak Aziz.
“Apa boleh buat, rezeki tak banyak untuk
kita hari ni.” Bukan rungutan yang keluar dari mulut Hasmah itu namun itu satu
kata kata keredhaan ke atas hidupnya bersama Pak Aziz selama lebih dua puluh
tahun itu.
“Kita kena bersyukur dengan apa yang ada
Hasmah. Sekurang kurangnya kita masih boleh makan. Cuba kita lihat orang Palestin tu.
Nak makan pun susah. Kita dapat makan ikan ini pun dah kira baik.” Ujar Pak
Aziz.
Sesudah mengemas semua barang barang yang
ada di dalam sampan itu, Pak Aziz dan Hasmah berjalan untuk pulang ke rumah. Mereka
berjalan kaki sahaja. Mereka tiada kenderaan. Bukan kerana mereka ini suka
benar berjalan kaki, namun mereka tidak mampu untuk membeli kenderaan walaupun
sebuah motosikal. Kesukaran dan kemiskinan hidup telah menghambat mereka selama
ini.
Mereka terpaksa melalui jalan kampung yang
berlopak lopak dan berlubang lubang itu. Tidak ada satu manusia pun yang cuba
mahu membaiki jalan itu. Jalan itu kali terakhir dibaiki pada tahun 1987 dan
sekarang sudah tahun 2014. Bermakna sudah dua puluh tujuh tahun jalan itu tidak
dibaiki! Itulah nasib nasib yang menimpa jalan jalan yang terletak di negeri
Kelantan itu. Bukan sahaja manusia dihambat kesusahan, jalan raya yang tidak
bernyawa itu turut menerima tempiasnya.
Setelah 45 minit menempuh perjalanan,
barulah mereka sampai ke rumah usang mereka. Rumah mereka yang tidak ubah
seperti kandang kambing atau reban ayam itu. Untung sahaja rumah itu mempunyai
tiga bilik, jika tidak sudah pasti rumah itu dipanggil kandang kambing atau
reban ayam. Rumah buruk yang seperti mahu menyembah bumi itulah yang menjadi
perlindungan dari panas dan hujan buat Pak Aziz sekeluarga.
“Normah! Halim! Angkat barang barang ni.”
Hasmah memanggil dua orang anaknya dengan suara yang nyaring. Seketika kemudian
muncul Normah dari arah bilik dan diikuti oleh Halim. Normah berusia enam belas
tahun manakala Halim berusia tiga belas tahun. Mereka berdua mengangkat barang
barang kepunyaan ayah mereka itu masuk ke dalam rumah.
Pak Aziz pula menyangkutkan jalanya di
serambi rumahnya. Kemudian dia terus masuk ke bilik. Lelaki berusia empat puluh
tujuh tahun itu menanggalkan bajunya dan mengenakan tualan menandakan dia mahu
mandi dan menunaikan solat Maghrib.
“Kamu berdua sudah mandi?” Soal Hasmah
kepada dua orang anaknya.
“Sudah mak.” Jawab Halim.
“Pergi ambil wuduk cepat. Kita nak pergi
solat Maghrib berjemaah di masjid. Hari ni Tuan Guru Ahmad akan datang untuk
menyampaikan kuliah Maghrib kat masjid kita ini.” Kata Hasmah kepada dua orang
anaknya itu.
Berlari lari Normah dan Halim ke perigi
yang terletak di belakang rumah mereka itu untuk mengambil wuduk. Itulah
perkara yang terpaksa mereka hadapi. Mereka tidak mempunyai bilik air kerana
kemudahan air tidak ada di kampung mereka walaupun sepatutnya masalah itu tidak
patut dihadapi oleh mereka. Mereka hidup di bumi Malaysia .
Hampir seluruh tempat di negara ini sudah
mempunyai bekalan air namun akibat daripada ‘kebijaksanaan’ kesemua pemimpin di
negeri mereka, maka masalah itu masih menghambat diri mereka sehingga sekarang.
Kehidupan mereka tidak ubah seperti kehidupan rakyat Malaysia sekitar tahun 60an dan
70an dahulu. Sepatutnya, sebagai sebuah keluarga yang hidup di sebuah negara
yang membangun, mereka boleh menikmati bekalan air bersih secukupnya, namun
apakan daya, pemimpin mereka terlalu ‘bijaksana’.
Setelah selesai mengambil wuduk, Normah dan
Halim bersiap siap dengan memakai jubah dan baju kurung untuk ke masjid. Pak
Aziz pula masuk ke bilik air untuk mandi dan berwuduk juga. Dia sudah tidak
sabar mahu ke masjid. Cepat cepat dia melumurkan badannya dengan sabun wangi
itu. Buru buru dia menjirus air ke badannya
untuk membersihkan diri. Ini semua dilakukan untuk bertemu dengan Tuan Guru
Ahmad yang merupakan seorang ulama, mursyidul am sebuah parti politik yang
memperjuangkan Islam dan Menteri Besar Kelantan.
Pada pandangan Pak Aziz, Tuan Guru Ahmad
adalah seorang ulama’ dan pemimpin yang terbilang. Tidak ada seorang pun di
bumi Malaysia
ini yang mampu menandinggi Tuan Guru Ahmad dari segi ilmu, sikap dan pemikiran
lebih lebih lagi pemimpin parti pemerintah kerajaan pusat sekarang yang
terkenal dengan masalah rasuah, suka berpoya poya dan suka merompak wang
rakyat.
Oleh
sebab itulah, dia mahukan agar negara ini diterajui oleh pemimpin pemimpin dari
parti Islam itu juga. Parti yang mampu membawa kepada kebahagiaan bukan sahaja
di dunia malahan di akhirat. Itu yang dia mahukan. Dia tidak mahu pemimpin
seperti Perdana Menteri sekarang yang hanya mementingkan keduniaan semata mata.
Seusai mandi, Pak Aziz mengenakan baju
Melayu berwarna kuning dan berkain pelikat. Hasmah pula memakai baju kurung dan
diselubungi dengan telekung yang berwarna putih. Kemudian mereka berempat
berjalan menuju ke masjid. Sampai sahaja di masjid mereka berpisah seketika.
Hasmah dan Normah pergi ke tempat jemaah perempuan berkumpul manakala Pak Aziz
dan Halim menuju ke tempat jemaah lelaki.
Sementara menunggu masuk solat Maghrib,
Pak Aziz menunaikan solat sunat Tahiyattul Masjid. Seusai solat, dia mendengar
suara orang yang riuh rendah di luar. Dia lantas ke luar dari masjid dan
mendapati Tuan Guru Ahmad keluar dari keretanya. Dia disambut dengan meriah
oleh seluruh jemaah masjid itu sambil diiringi dengan takbir ‘Allahu Akbar’ dan
selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Seperti yang telah dirancang, Tuan Guru
Ahmad mengimamkan solat Maghrib pada hari itu. Dia juga menunaikan solat sunat
hajat untuk memohon kepada Allah supaya memenangkan parti mereka supaya dapat
menawan Putrajaya, menguasai dua pertiga kerusi di Parlimen, dapat mengusai
kerajaan Persekutuan dan beberapa kerajaan negeri.
Tuan Guru Ahmad juga mendoakan agar
pemimpin parti pemerintah itu dibinasakan oleh Allah seperti mana Allah telah
membinasakan kaum Luth dan kaum kaum yang telah dibinasakan oleh Allah Taala.
Itulah yang didoakan oleh Tuan Guru Ahmad. Dia bukan mahu mendoakan agar
kerajaan yang memerintah Malaysia sekarang supaya dapat menerima hidayah dari
Allah dan menerima Islam dengan seadanya atau mendoakan agar mendoakan supaya
pintu hati mereka dapat menerima hukum Hudud dan Qisas dilaksanakan di negara
ini, tetapi mereka mendoakan agar Allah menghancurkan orang yang seagama,
sebangsa dan senegara dengan mereka walaupun orang itu berlainan fahaman
politik dengan mereka.
Jemaah jemaah lain hanya mengikut sahaja.
Mereka merasakan apa yang Tuan Guru Ahmad lakukan itu adalah betul kerana Tuan
Guru Ahmad adalah seorang ulama’. Dia adalah seorang yang mempunyai ilmu agama
yang tinggi dan mereka yakin dia tidak akan sama dengan pemimpin parti yang
memerintah Malaysia
sekarang. Mereka sebenarnya alpa dan lupa. Ulama’ tinggi mana pun atau wali
besar mana sekalipun, mereka tetap melakukan khilaf dan dosa.
Cuma dosa yang dilakukan oleh mereka itu
besar atau kecil sahaja. Setelah habis menunaikan solat sunat hajat, Tuan Guru
Ahmad lantas menyampaikan ceramah agama dan disulami dengan ceramah politik.
Sudah pasti setiap ceramahnya akan dihiasi dengan kutukan, cacian dan makian yang
berterusan kepada Perdana Menteri dan menteri menteri yang lain.
Pelbagai tomahan dan fitnah dilemparkan
kepada Perdana Menteri kerana perasaan tidak berpuas hati memandangkan mereka
tidak berjaya merampas kerajaan persekutuan daripada parti pemerintah itu
walaupun mereka sudah berjuang hampir setengah abad. Mereka mengatakan kerajaan
persekutuan itu adalah kafir, penipu dan sebagainya. Itulah ceramah ceramah
agama yang sering keluar dari mulut Tuan Guru Ahmad.
Baginya kerajaan yang memerintah negara
ini adalah kerajaan yang jahat, tidak bertanggungjawab dan suka merompak harta
rakyat. Tetapi dia lupa bahawa dia juga gagal untuk melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan sebaik mungkin. Dia gagal untuk
membasmi kemiskinan yang melanda dirinya. Dia gagal untuk memberi bekalan air
bersih dan bekalan tenaga elektrik dengan secukupnya kepada semua rakyat negeri
Kelantan.
Lagi lagi dia menyalahkan kerajaan pusat
atas apa yang berlaku ke atas dirinya sedangkan dia yang menjadi Menteri Besar
Kelantan selama lebih dua puluh tahun tidak mahu muhasabah dirinya sendiri
mengapa negeri yang ditadbirnya menjadi begitu. Dia hanya pandai membuat solat
hajat, berceramah dan membaca doa. Dia bangga menunjukkan kepada orang ramai
bahawa dia adalah seorang yang zuhud.
Dia tidak tinggal di rumah yang besar
seperti Perdana Menteri. Dia tidak ada pengawal peribadi yang menjaga dirinya
selama dua puluh empat jam seperti Perdana Menteri. Dia bangga kerana dia hidup
bersederhana dan tidak mewah seperti sekarang. Itu sahaja yang boleh dia
bangga. Namun, dia langsung tidak berbangga untuk menjadi seorang pemimpin
Islam yang baik dengan memberi kebahagiaan kepada semua rakyat yang mengundi
dirinya saban pilihan raya.
Walaubagaimanapu, mereka masih mengundi
Tuan Guru Ahmad sebagai Menteri Besar Kelantan. Mengapa? Ini kerana mereka
sudah diresapi dengan persaan taksub kepada pemimpin dengan sangat dahsyat.
Mata mereka sudah buta. Begitu juga dengan hati mereka. Walau apa pun dikata,
mereka tetap akan menyokong Tuan Guru yang amat mereka sayangi itu termasuklah
Pak Aziz sendiri.
Setelah habis memberi ceramah, Tuan Guru
Ahmad lantas berangkat pulang ke rumahnya. Begitu juga dengan para jemaah lain
termasuklah Pak Aziz dan Hasmah sendiri. Mereka berasa sangat puas kerana dapat
bertemu dengan Tuan Guru Ahmad yang pada pandangan mereka adalah seorang
pemimpin bertaraf ulama’ yang berjiwa rakyat.
Apabila cuti semester tiba, barulah dia
boleh ke kampung halamannya yang lebih dikenali sebagai Serambi Mekah itu.
Sepanjang perjalanan itu, dia melihat begitu banyak bendera dan poster
digantung di tepi tepi jalan. Ini kerana pilihan raya umum yang ke 13 akan
berlangsung dua minggu lagi. Umur Hamzi baru lapan belas tahun bermakna dia
tidak boleh lagi mengundi.
Syarat mengundi di Malaysia adalah individu yang
berusia 21 tahun ke atas. Sepanjang perjalanan itu juga, dia melihat kehidupan
masyarakat yang berada di negerinya. Dia melihat sebuah bendera negeri Kelantan
yang tergantung di tepi jalan itu sudah bertukar warna. Dari warna merah sudah
menjadi warna suasa. Dia juga berasa pening apabila bas yang dinaikinya itu
beberapa kali terlanggar lubang dan menyebabkan bas itu bergoyang goyang
seperti menaiki sebuah sampan di tengah lautan bergelora.
Dia juga melihat rumah rumah yang berada
di tepi jalan raya itu. Hatinya sedih melihat rumah rumah penduduk di negerinya
yang rata rata seperti mahu menyembah bumi. Keadaan rumah mereka sama seperti
dengan keadaan rumahnya. Dia menjadi bingung. Apakah tindakan kerajaan negeri
sekarang untuk membantu rakyat negeri ini? Tidak sedarkah mereka bahawa keadaan
di negeri ini sama seperti di Afrika sana ?
Dia
benar benar tidak percaya bahawa kerajaan negeri yang kononnya dipimpim oleh
seorang ulama’ boleh tidak sedar tentang keadaan penduduk di negeri yang
ditadbirnya sendiri. Dia kesal dengan Tuan Guru Ahmad. Pemimpin Islam selalu
menyalahkan kerajaan pusat atas kemiskinan yang menimpa rakyat negeri yang
ditadbirnya namun tidak pula dia mahu membaiki keadaan di negeri yang
dipimpinnya.
Tuan Guru Ahmad hanya pandai berceramah,
berdoa dan mengimamkan solat hajat namun tidak pula pandai untuk membangunkan
negerinya sendiri. Kalau bendera negeri yang berwarna merah itupun sudah
bertukar menjadi suasa namun tidak disedari oleh Tuan Guru Ahmad, bagaimana
pula dia mahu membantu rakyat negeri Kelantan yang papa kedana itu?
Mentadbir tidak cukup dengan hanya berceramah,
berdoa dan menunaikan solat hajat sahaja. Mentadbir memerlukan kebijaksanaan
dan usaha yang berterusan agar rakyat yang ditadbir mampu hidup dengan aman dan
selesa. Namun, itulah kesilapan yang dilakukan oleh Tuan Guru Ahmad. Hamzi
benar benar kesal atas apa yang berlaku.
Sudah tiba masanya kerajaan negeri ini
ditukar. Sudah sampai masanya kerajaan yang lebih berwibawa perlu mengambil
alih tampuh pemerintahan di negeri ini. Itulah yang sebaik baiknya difikir oleh
Hamzi jika mahu keadaan di negeri kelahirannya berubah. Dia akan berunding
dengan ayahnya – Pak Aziz – supaya menolak kerajaan sekarang dan menukar dengan
kerajaan yang lebih baik. Dia akan cuba lakukan!
Setelah menempuh tujuh jam perjalanan,
akhirnya dia sampai ke rumah. Hasmah berasa gembira apabila melihat Hamzi
berjalan perlahan lahan ke arahnya. Sebelum pulang ini Hamzi telah memberitahu
ibunya bahawa dia akan pulang pada hari ini melalui surat yang dihantar pada minggu lepas.
Melihat sahaja ibunya, Hamzi mempercepatkan langkahnya menuju ke arah Hasmah.
Mereka bersalaman dan berpelukan.
“Mak apa khabar? Sihat?” Soal Hamzi.
“Alhamdulillah. Sihat. Hamzi macam mana
kat sana ?” Soal
Hasmah pula.
“Okey saja. Biasalah kalau belajar tu
mesti ada susah susah sikit.” Jawab Hamzi.
“Marilah kita masuk. Hari dah nak Maghrib
ni.” Ujar Hasmah sambil membawa beg Hamzi yang agak banyak itu. Pada waktu itu
sudah pukul tujuh malam. Tidak lama lagi azan Maghrib akan berkumandang.
“Kenapa kamu sampai lewat?” Soal Hasmah.
“Sebelum pulang tadi saya pergi jalan jalan
dengan kawan kawan dahulu kat Kuala
Lumpur . Dalam pukul satu baru saya bertolak dari sana .” Jawab Hamzi.
“Mana ayah mak?” Soal Hamzi pula.
“Ayah kat belakang. Tengah mandi. Malam ni
kita solat Maghrib berjemaah ye. Lepas tu kita makan. Mak masak makanan
kegemaran kamu malam ni.” Ujar Hasmah.
Hasmah sedang menyalakan pelita yang
berada di sudut rumah. Hamzi berasa sedih dengan keadaan rumahnya. Asramanya di
Kuala Lumpur
itu sudah memakai lampu kalimantang namun rumahnya sendiri jangan dikata mahu
mempunyai lampu, elektrik pun tidak ada. Jika ada lampu pun apalah gunanya jika
tiada bekalan eletrik.
“Budu ada mak?” Soal Hamzi.
“Mestilah ada. Itu kan makanan tradisi masyarakat Kelantan.”
“Kamu dah sampai Hamzi?” Terdengar suara
ayahnya yang muncul dari arah bilik.
Kelihatan ayahnya lengkap berjubah putih
dan berserban menandakan ayahnya bersedia untuk menunaikan solat Maghrib
berjemaah.
“Sudah ayah.” Jawab Hamzi dan lantas
bersalama dengan ayahnya. Normah dan Halim juga bersalam dengan Hamzi apabila
mereka berdua muncul dari arah dapur.
“Pergilah
mandi cepat. Tak lama lagi waktu Maghrib akan tiba. Marilah kita menunaikan
sembahyang berjemaah bersama sama.” Ujar ayahnya.
“Baiklah.” Balas Hamzi dan lantas bergerak
ke belakang untuk membersihkan badan dan berwuduk.
Seperti yang dirancang, mereka berlima
menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dengan diimamkan oleh Pak Aziz.
Kemudian mereka menadah tangan untuk berdoa kepada Allah Taala supaya
memberkati hidup mereka sekeluarga.
Selepas menunaikan solat Maghrib, mereka
sekeluarga menikmati makan malam yang telah dimasak oleh Hasmah. Gulai lemak
ikan sembilang menjadi lauk istimewa pada malam itu kerana itu adalah makanan
kegemaran Hamzi. Tidak dilupakan lauk budu. Sudah lama Hamzi tidak menikmati
masakan ibunya yang lazat itu.
“Ayah, pilihan raya akan berlangsung lagi
dua minggu. Ayah akan undi siapa nanti?” Soal Hamzi.
“Sudah tentu ayah akan undi parti Islam
yang memerintah sekarang. Kita tidak boleh menolak kepimpinan Islam. Boleh
jatuh kafir. Ayah tak nak jatuh kafir macam pemimpin pemimpin parti kerajaan
kat Putrajaya itu.” Jawab Pak Aziz.
“Kenapa kamu tanya?” Soal Pak Aziz yang
berasa agak bingung dengan pertanyaan Hamzi itu.
Belum pernah lagi Hamzi bertanya soalan
soalan yang berkisar tentang politik sebegitu. Mungkin kerana Hamzi sudah masuk
universiti maka pemahaman politiknya sudah mulai terbuka sekarang. Hasmah dan
dua orang adik Hamzi itu hanya diam dan makan sahaja. Mereka hanya memasang
telinga mendengar perbualan antara Hamzi dan Pak Aziz. Mereka tidak mahu masuk
campur.
“Saya rasa lebih baik ayah undi parti
pemerintah Malaysia
sekarang. Itu lebih baik untuk kehidupan kita. Lagipun mana ada kalau kita undi
parti kerajaan itu kita kafir. Sebagai orang Islam kita tidak berhak untuk
menjatuhkan kafir kepada saudara seagama dengan kita.” Ujar Hamzi.
“Kamu masih budak budak. Kamu tak tahu apa
apa. Kenapa kamu nak sokong orang yang bersetongkol dengan orang kafir? Kenapa
kamu mesti sokong orang yang mengamalkan undang undang penjajah? Kenapa kamu
mesti sokong orang yang suka rasuah dan merompak wang rakyat? Cuba kamu tengok kerajaan yang
dipimpin oleh Tuan Guru Ahmad ini. Kerajaan negeri ni bebas rasuah. Kerajaan
negeri ni mengamalkan nilai nilai Islam.” Bentak Pak Aziz.
Hasmah sudah mula tidak sedap hati. Dia
dapat merasakan akan berlaku perdebatan hangat antara suami dan anak lelakinya.
Suaminya agak pantang jika ada orang yang mahu mengkritik kepimpinan Tuan Guru
Ahmad. Oleh itu, dia harus segera meleraikan pertikaman lidah itu.
“Sudahlah
tu. Buat apa bergaduh pasal politik kat depan rezeki ini. Makan Hamzi.Tambah nasi tu.”
Ujar Hasmah.
“Ayah, Islam tak pernah melarang kita
untuk mengecapi kemajuan dan modenisasi. Cuba ayah lihat negeri kita ni.
Negeri kita ni miskin. Selama lebih 20 tahun Tuan Guru Ahmad jadi Menteri Besar
Kelantan, kemajuan apa yang dikecapi oleh negeri kita ni? Cuba kita bandingkan negeri kita
dengan negeri negeri lain, jauh panggang dari api. Negeri kita ni air pun tak
ada. Elektrik pun tak ada. Macam mana kita nak jadi orang Islam yang hebat
kalau kita masih mundur?” Hamzi membalas.
“Negeri kita miskin bukan kerana Tuan Guru
Ahmad. Negeri kita miskin sebab kerajaan pusat tak bagi kita royalti minyak
yang sepatutnya kita dapat. Kita layak dapat royalti minyak tu tapi sebab
rakyat Kelantan masih sokong Tuan Guru Ahmad, sebab tu kerajaan tak bagi kita royalti
minyak. Kerajaan pusat tindas kita. Kenapa kamu mesti sokong orang yang tindas
kamu. Kamu kena ingat, kalau kita dapat royalti minyak tu, negeri kita pasti
akan dapat maju macam negeri negeri lain.” Ujar Pak Aziz tidak mahu mengangkat
bendera putih.
“Tapi bukan semua negeri kat Malaysia
ni ada minyak. Negeri Melaka tak ada minyak tapi kenapa negeri tu boleh dapat
bekalan elektrik dan air?”
“Kerajaan negeri Melaka ditolong oleh
kerajaan pusat. Kerajaan pusat tak nak tolong negeri kita sebab negeri kita
negeri yang dikuasai oleh parti pembangkang. Kalau kerajaan pusat sebuah
kerajaan yang adil, ayah yakin negeri ini bukan saja dapat bekalan air dan
elektrik, tapi juga lebih maju daripada negeri negeri lain.”
“Kenapa Tuan Guru Ahmad tak usaha sendiri
cari pelabur untuk bangunkan negeri ini? Sampai bila dia mesti nak harapkan
kerajaan pusat untuk bangunkan negeri ini? Apa yang Tuan Guru Ahmad buat? Dia
hanya pandai berceramah, mengata orang, buat fitnah, solat hajat. Itu sahaja.
Sebab tu negeri kita ni mundur.”
Pang!!! Satu tamparan singgah di muka
Hamzi daripada Pak Aziz. Hasmah, Normah dan Halim terpempam dan tersentak
melihat kejadian yang berlaku di hadapan mereka itu. Isu politik telah
menyebabkan kedua beranak itu saling bertelingkah antara satu sama lain.
“Abang! Kenapa abang tampar Hamzi sampai macam tu sekali?” Soal Hasmah
sambil mendapatkan Hamzi yang sudah terlentang ke belakang akibat kesan
tamparan padu daripada Pak Aziz itu.
“Biarkan dia! Budak kurang ajar. Baru
masuk universiti dan nak tunjuk pandai dengan kita. Kamu jangan sesekali hina
Tuan Guru Ahmad. Dia ulama’. Dia mulia. Jangan kamu nak samakan dia dengan
Perdana Menteri itu. Kalau kamu nak sokong mereka, kamu punya pasal tapi jangan
hina Tuan Guru Ahmad.” Ujar Pak Aziz lalu membasuh tangannya.
Kemudian dia berlalu dari situ. Hasmah
sekadar memandang suaminya yang sedang meninggalkan ruangan dapur. Hatinya hiba
melihat pertengkaran yang berlaku antara Hamzi dan suaminya. Pertengkaran
mereka hanya sekadar membicarakan isu isu politik namun boleh bertepuk
bertampar sebegitu rupa.
“Sudahlah Hamzi. Makan. Tambah nasi itu.
Lain kali jangan campur urusan politik ayah kamu. Kamu masih budak. Kamu tak
patut campur urusan orang tua.” Hasmah menasihati Hamzi.
“Memang Hamzi masih mentah tapi saya tak
bodoh mak. Sampai bila kita nak hidup macam ni. Sampai bila kita nak duduk di
rumah yang macam mahu roboh ni?” Ujar Hamzi dan Hasmah hanya diam sahaja. Dia
langsung tidak mahu melayan pertanyaan Hamzi itu. Dia bukan peminat politik jadi
dia tidak mahu ambil tahu apa apa tentang perkara itu. Baginya asal sahaja dia
boleh makan dan minum, itu sudah memadai bagi dirinya.
Pilihanraya umum yang ke tiga belas telah
berlangsung dengan suasana aman namun sudah pasti ada pihak yang tidak berpuas
hati. Parti pembangkang terus menuduh parti kerajaan menipu dalam pilihan raya
dengan mengatakan terdapat pengundi Bangladesh yang turut mengundi
namun mereka masih tidak dapat menunjukkan bukti tentang dakwaan mereka itu.
Mereka hanya pandai berkata kata namun
seperti biasa mereka tidak pernah mengotakan apa yang dikata. Seperti yang
diramalkan, parti Islam pimpinan Tuan Guru Ahmad itu menang di Kelantan. Namun,
pada kali ini Sultan Kelantan tidak membenarkan Tuan Guru Ahmad menjadi Menteri
Besar lagi. Dia perlu diganti oleh orang lain.
Orang yang
lebih muda dan berwibawa. Orang yang mampu membawa pembaharuan kepada negeri
ini. Bukan orang yang hanya pandai bercakap tetapi juga pandai untuk
melaksanakan apa yang mereka cakap. Itulah harapan Hamzi. Semoga dengan
kepimpinan baru ini negeri Kelantan akan bertambah maju dan makmur. Dia tidak
dapat mengubah keputusan ayahnya untuk mengubah ideologi politik itu kerana
ayahnya telah dirasuk oleh rasa taksub. Taksub kepada pemimpin….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.