Azmil memakirkan
keretanya di hadapan pejabat Anda Broadcasting System Berhad sebelum berjalan
kaki dari tempat pakir kereta ke bangunan enam belas tingkat yang mewah dan
cantik itu. Dia terus menuju ke tingkat enam belas dengan menaiki lif yang
disediakan di bangunan itu. Tujuan kedatangannya ke syarikat penyiaran itu
adalah untuk bertemu dengan Tan Sri Arman yang merupakan Ketua Pegawai
Eksekutif Anda Broadcasting System Berhad.
Sepanjang
perjalanannya menuju ke pejabat Tan Sri Arman itu, dirinya tidak lepas lepas
daripada pandangan mata dan perhatian pekerja pekerja serta orang yang
berselisih dengannya. Mana tidaknya, Azmil seorang pengacara popular dan
diminati ramai oleh rakyat Malaysia .
Dia banyak menjadi pengacara dalam pelbagai rancangan di negara itu. Dia juga
selalu menjadi MC untuk setiap majlis rasmi sama ada di buat oleh kerajaan mahu
pun pihak swasta.
Pendek kata, dia
adalah pengacara paling popular di negara itu. Tidak hairanlah dia digelar
sebagai MC Malaysia. Dia selalu menerima undangan mengacara dan disukai oleh
segenap lapisan masyarakat Malaysia
walaupun usianya sudah mencecah 55 tahun. Kehadiran pengacara baru, muda dan
segar ke dalam industri hiburan di negara itu langsung tidak memberi kudis
kepada dirinya bahkan dirinya semakin popular dan namanya terus kukuh sebagai
seorang Pengacara Nombor Satu Negara.
Resipi untuk
mencipta kejayaan itu bukan mudah sebenarnya. Pelbagai halangan dan cabaran
yang perlu dia lalui untuk berada di tempatnya sekarang. Dia perlu berusaha
keras untuk mendapatkan semua itu. Pelbagai cara telah dia lakukan untuk
menempa nama sebagai seorang pengacara terbaik di negara ini.
Setelah sampai
di tingkat enam belas, dia lantas bertemu dengan setiusaha Tan Sri Arman untuk
bertemu dengan ‘orang besar’ syarikat itu.
“Tunggu
sebentar. Saya akan beritahu dengan Tan Sri Arman bahawa Encik Azmil dah
sampai.” Ujar setiausaha wanita yang dalam lingkungan usia 20an itu.
“Baiklah.” Balas
Azmil sambil tersenyum.
Kemudian wanita
itu lantas masuk ke bilik Tan Sri Arman. Mungkin untuk memberitahu tentang
kedatangannya ke pejabat tokoh korporat itu. Beberapa minit kemudian, wanita
itu pun keluar.
“Encik Azmil
boleh masuk sekarang.” Kata wanita itu.
“Terima kasih.”
Ucap Azmil sambil menghadiahkan sebuah senyuman buat wanita itu.
Dia lantas
bergerak ke pintu bilik Tan Sri Arman. Sebelum masuk, dia mengetuk pintu bilik
itu terlebih dahulu. Apabila menerima arahan masuk, barulah dia memulas tombol
dan membuka pintu itu.
“Silakan duduk
Encik Azmil.” Kata Tan Sri Arman ramah menyambut kehadiran Azmil
“Terima kasih.”
Ucap Azmil sambil tersenyum.
“Ada apa yang Tan Sri
panggil saya ke mari?” Soal Azmil. Dia yakin jemputan dari ‘orang kuat’
syarikat itu tentulah ada sebab musababnya yang tersendiri. Jika tidak, sudah
pasti Tan Sri Arman tidak akan menjemputnya datang ke pejabat mewah itu.
“Kalau awak
tengok keadaan sekarang ini, awak rasa bagaimana dengan pengacara pelapis yang
ada sekarang?” Tan Sri Arman menjawab soalan Azmil dengan bertanya soalan juga.
“Saya lihat
mereka bagus bagus juga. Kenapa Tan Sri tanya macam itu?”
“Saya ingat saya
mahu buat satu rancangan yang boleh melahirkan pengacara pengacara baru dalam
industri hiburan kita ini. Saya nak awak yang jadi salah seorang tenaga
pengajarnya.”
“Bagus cadangan
Tan Sri tu tapi bolehkah rancangan itu berjaya?”“Mestilah boleh
sebab rancangan macam tu memang jarang dibuat dalam Malaysia ni. Biasanya program
program nyanyian dan lawak yang biasanya menjadi ‘hidangan’ stesen televisyen
kat negara kita ni. Saya yakin rancangan tu pasti akan berjaya.”
“Macam mana rancangan
itu akan dijalankan?”
“Mula mula kita
akan buat sesi uji bakat terlebih dahulu. Kita akan pilih dalam dua puluh orang
peserta. Sepuluh peserta lelaki dan sepuluh peserta perempuan. Kemudian kita
akan adakan pertandingan supaya mereka boleh bersaing untuk mendapat tempat
pertama, kedua dan ketiga. Awak dan beberapa orang pengacara lain yang terkenal
kat Malaysia
ini akan menjadi juri dan tenaga pengajar dalam rancangan yang akan disiarkan
dalam saluran televisyen syarikat ini nanti.” Tan Sri Arman memberi penerangan
yang terperinci kepada Azmil berkenaan rancangan itu.
Azmil mengangguk
angguk kepalanya memberi isyarat bahawa dia faham tentang apa yang telah
disampaikan dan dikehendaki oleh Tan Sri Azman. Dia sendiri berasa teruja dan
seronok untuk terlibat sama dalam projek yang mahu dilaksanakan oleh Tan Sri
Azman itu. Dia berazam mahu menjayakan rancangan itu dengan sebaik mungkin.
“Kalau macam tu
baiklah. Saya setuju.” Azmil memberi persetujuan.
Sudah lebih dua
puluh tahun dia menjadi seorang pengacara. Sudah sampai masanya untuk dia
mencurahkan segala ilmu dan pengalaman yang pernah ditimbanya kepada anak anak
didiknya dalam rancangan itu nanti.
“Bagus! Saya
yakin dengan penyertaan awak ke dalam rancangan ini, saya pasti rancangan ini
akan berjaya.” Kata Tan Sri Arman. Azmil hanya tersenyum sahaja mendengar
pujian dari Tan Sri Arman itu.
“Kalau tak ada
apa apa lagi, saya keluar dahulu. Hrmmm… bila rancangan itu akan dijalankan?”
Tiba tiba terpacul soalan itu dari mulut Azmil sebelum dia sempat meninggalkan
Tan Sri Arman.
“Oh, lupa pula
saya nak beritahu. Dalam masa sebulan lagi kita sudah boleh mula. Awak pun
bolehlah buat apa apa persediaan.” Jawab Tan Sri Arman.
“Baiklah.” Balas
Azmil dan terus berlalu dari situ.
Anda TV turut
menjemput mana mana individu dari serata Malaysia untuk ke sesi uji bakat
bagi menyertai rancangan Menjejak MC itu. Uji bakat itu akan dinilai oleh tiga
orang panel juri iaitu Azmil, Mior dan Suraya. Ketiga tiga mereka adalah
seorang pengacara atau wartawan penyiaran yang berpengaruh dan berpengalaman
dalam bidang penyiaran di negara ini.
Memandangkan
Azmil yang paling menyerlah, maka dia dilantik sebagai ketua juri. Mereka akan
memilih dan membuat saringan kepada mana mana peserta yang layak untuk menjadi
seorang pengacara atau wartawan penyiaran. Mereka juga akan mendidik dan
mengajar para peserta itu bagaimana untuk menjadi seorang pengacara yang hebat
seperti diri mereka.
Sesi uji bakat,
kelas pembelajaran dan sesi penilaian juga akan disiarkan di Anda TV untuk
tatapan para penonton. Bukan sahaja peserta yang mahu menyertai rancangan itu
berasa teruja, malahan juga para penonton. Mereka tertanya tanya bagaimana
rancangan itu akan dikendalikan? Bagaimana peserta peserta itu akan membuat uji
bakat dan apakah perkara yang mereka perlu lakukan untuk menjadi seorang pengacara
atau wartawan penyiaran?
Semua persoalan persoalan sebegitu yang bermain di
benak para penonton adalah merupakan kunci kepada keterujaan untuk menonton
rancangan itu. Bukan itu sahaja, mereka juga mahu melihat bagaimana MC Malaysia
iaitu Azmil mengendalikan dan mendidik peserta peserta itu untuk menjadi
seorang pengacara yang setanding dengan dirinya. Azmil yang sememangnya
diminati ramai kerana kehebatannya dalam bidang pengacaraan dan keramahannya
bersama peminat membuatkan
rancangan itu seolah olah akan mendapat rating yang tinggi apabila
disiarkan kelak.
Pada hari yang
ditetapkan, bermulalah sesi uji bakat peserta peserta dari seluruh Malaysia .
Uji bakat itu diadakan di zon utara terlebih dahulu meliputi negeri Perlis,
Kedah dan Pulau Pinang. Uji bakat itu diadakan di sebuah hotel yang agak
terkemuka di Pulau Pinang . Azmil, Mior dan
Suraya telah bersedia untuk memulakan tugas mereka sebagai juri. Setiap peserta
yang hadir akan di suruh untuk menunjukkan bakat mereka sebagai seorang
pengacara atau wartawan hiburan mengikut rancangan yang mereka mahu pilih.
Semua peserta
menunjukkan bakat masing masing. Pelbagai ragam manusia yang terpaksa dihadapi
oleh ketiga tiga juri tersebut. Ada yang buat persembahan
secara sambil lewa, ada yang menangis kerana terlalu gugup, ada yang datang
hanya kerana mahu melihat Azmil secara dekat dan seribu satu ragam yang
terpaksa di hadapi oleh mereka bertiga.
Walaubagaimanapun,
ada peserta yang mampu mempamerkan bakat mereka dengan begitu baik sekali.
Mereka tidak segan dan silu untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam bidang
pengacaraan. Gaya
mereka berbicara seolah olah mereka adalah seorang pengacara yang sudah lama
menceburi bidang penyiaran itu.
“Saya suka
dengan budak perempuan tu. Cara dia cakap memang lancar dan terang. Itulah kriteria
kriteria yang saya mahu.” Ujar Azmil kepada Mior dan Suraya.
“Betul tu Mil.
Bukan senang nak jumpa bakat bakat yang bagus macam tu. Kebanyakkan yang datang
buat uji bakat hari ni semuanya entah apa apa. Mengarut je.” Mior yang merupakan
seorang wartawan hiburan berpengalaman mula merungut.
“Saya dah biasa
dah hadap situasi macam ni. Mereka ni datang bukannya nak buat uji bakat tapi
nak main main je.” Suraya yang merupakan seorang pengacara juga menambah.
“Okeylah,
panggil peserta seterusnya.” Arah Azmil kepada urus setia yang berada di situ.
Urus setia yang
bertugas mula memanggil seorang nama peserta mengikut giliran nombor yang telah
diberikan. Kelihatan seorang remaja lelaki berusia pertengahan 20an mula masuk
ke bilik uji bakat.
“Okey
perkenalkan diri awak.” Kata Azmil kepada ramaja lelaki itu.
“Nama saya
Sulaiman. Saya berasal dari Butterworth, Pulau Pinang. Sekarang saya bertugas
sebagai seorang kerani kat sebuah syarikat di Alor Star.” Remaja lelaki itu
memperkenalkan diri.
“Baik, awak nak
jadi apa? Pengacara atau wartawan penyiaran?” Soal Azmil.
“Pengacara
rancangan gossip.” Jawab Sulaiman.
“Bagus,
teruskan.” Kata Azmil.
Sulaiman
berusaha untuk menunjukkan bakatnya sebagai seorang pengacara rancangan
tersebut. Dia memang bercita cita untuk menjadi seorang pengacara. Jadi,
kehadirannya ke sesi uji bakat itu adalah untuk melihat sejauh mana kebolehannya
untuk menjadi seorang pengacara. Walaupun perasaan gemuruh tidak lepas lepas
menguasai diri, namun dia cuba
sedaya upaya untuk menunjukkan kebolehan yang ada pada dirinya.
Setelah tempoh
masa percubaan tamat, juri juri yang hanya menjadi pemerhati sejak tadi mula
memberikan komentar komentar mereka terhadap kualiti persembahan yang telah
dilakukan oleh Sulaiman tadi.
“Saya lihat awak
langsung tak ada bakat sebagai seorang pengacara. Awak terlalu gemuruh dan
gementar. Awak tergagap gagap. Seorang pengacara yang baik mana boleh tergagap
gagap. Nampak sangat awak tak buat persediaan.” Azmil mula memberi ulasannya
terhadap persembahan Sulaiman.
“Betul cakap
Azmil tu. Awak ni langsung tak ada kualiti sebagai seorang pengacara. Lagipun
awak ni langsung tak handsome. Muka awak tu langsung tak ada nilai nilai
komersial.” Giliran Suraya pula memberi komentar.
“Sebagai seorang
pengacara yang baik kita kena kawal rasa gemuruh yang ada pada diri kita dan
ternyata awak gagal dalam semua itu.” Kata Mior pula.
“Oleh itu, awak
tak terpilih sebagai seorang pengacara. Maaf, terima kasih sebab datang uji
bakat ni.” Ucap Azmil sebagai tanda menyuruh Sulaiman keluar.
Sulaiman yang
berasa marah dan tidak berpuas hati dengan komentar kementar yang diberi oleh
juri itu mula menghamburkan kemarahannya kepada jurukamera yang merakam sesi
uji bakat yang akan disiarkan di stesen televisyen Anda TV itu di luar bilik
uji bakat. Dia mengatakan juri sepatutnya tidak patut mengeluarkan komentar
komentar seperti itu. Juri sepatutnya tidak boleh mengukur paras rupa sebagai
satu sandaran untuk terpilih sebagai peserta dalam rancangan itu.
SESI uji bakat
yang diadakan di zon utara itu sudah pun tamat setelah dua hari berlangsung
dengan jayanya. Para juri telah memilih 17
orang untuk disenarai pendekkan. Itu bukanlah keputusan muktamad. 17 orang ini
akan disaring dan dinilai terlebih dahulu. Hanya mereka yang benar benar layak
sahaja akan dipilih sebagai peserta yang akan bertanding dalam rancangan
realiti Menjejak MC itu.
Kini sesi uji
bakat itu akan berlangsung di sebuah hotel yang terletak di Kuala Lumpur untuk mewakili zon tengah pula.
Sekali lagi tenaga Azmil, Mior dan Suraya dituntut untuk memilih bakal bakal
pengacara pada masa akan datang bagi memeriahkan lagi industri hiburan di
negara ini.
“Panggil peserta
seterusnya.” Arah Azmil kepada seorang urus setia yang bertugas dalam hal ehwal
pengurusan pendaftaran peserta.
Urus setia itu terus
menuju ke tempat yang dikhaskan untuk semua peserta menunggu. Dia memanggil
nama seseorang dan kelihatan seorang remaja perempuan dalam lingkungan awal
20an masuk ke dalam bilik uji bakat itu.
“Okey, perkenalkan
diri awak.” Ujar Azmil.
“Nama saya Salina . Saya berasal dari
Kampung Baru, Kuala Lumpur .”
Kata gadis perempuan itu.
“Okey, awak nak
buat persembahan apa?” soal Azmil.
“Saya nak jadi
wartawan penyiaran.” Jawab Salina.
“Teruskan. Saya
nak yang terbaik dari awak.” Kata Azmil kepada gadis itu.
Maka Salina pun
mula membuat persembahan sebagai seorang wartawan penyiaran yang kononnya
bertanya kepada seorang artis berkenaan gossip yang melanda artis tersebut. Namun
begitu, akibat terlalu gemuruh, maka gadis itu gagal untuk membuat
persembahannya dengan baik. Ternyata dia gagal dalam sesi uji bakat itu.
“Seperti yang
saya katakan tadi yang saya menuntut sesuatu yang terbaik dari awak dan
ternyata awak buat sampah kat sini. Kedatangan awak dalam sesi uji bakat ini
hanya membuang masa. Bukan sahaja masa awak yang terbuang malahan juga masa
saya. maaf, awak telah gagal.” Itulah komentar yang pedas lagi berbisa
dilontarkan oleh Azmil kepada Salina .
“Saya setuju
dengan pendapat Azmil tu. Awak langsung tiada bakat sebagai seorang pengacara.
Lebih baik awak balik, awak tolong mak awak kat rumah lebih bagus. Pengacara
macam awak ni lebih layak mengacara kat pesta ria.” Ujar Suraya pula.
“Saya nasihatkan
awak supaya cermin dahulu diri awak sebelum awak datang ke mari. Awak langsung
tak ada bakat sebagai pengacara atau wartawan hiburan namun mahu mencuba untuk
masuk ke dalam rancangan ini.” Kata Mior.Tanpa
melengahkan masa, Salina
terus berlari keluar dari bilik sesi uji bakat itu. Tidak tertanggung rasanya
apabila mendengar komentar komentar yang diberikan oleh ketiga tiga orang juri
itu tadi. Terasa bagai berada dalam neraka apabila mendengar kata kata juri
yang pedas, tajam dan berbisa itu. Pada hematnya, juri sepatutnya memberikan
komen dan bukannya menghina.
Dia menyifatkan
komentar komentar yang diberikan oleh ketiga tiga orang juri itu sebagai
menghina. Dia tidak menyangka Azmil – pengacara yang amat diminatinya boleh
berkata begitu kepada dirinya. Setahunya Azmil seorang pengacara yang baik.
Namun, apabila berhadapan dengan pengacara popular itu, ternyata indah khabar
dari rupa. Kata kata Azmil langsung tidak mencerminkan dirinya sewaktu
mengacara rancangan di televisyen yang
kelihatan baik dan berbudi bahasa.
“Kenapa Salina?
Kenapa menangis ni? Salina
berjaya tak dalam uji bakat itu?” Soal Hamzah bertalu talu.
Dia yakin pasti
ada sesuatu telah berlaku kepada Salina
sehingga membuat gadis itu menangis tanpa henti. Salina lantas menceritakan apa yang telah
berlaku semasa sesi uji bakat itu tadi. Mendengar cerita Salina itu, darah Hamzah lantas meruap ruap
panas. Merah padam mukanya menahan marah. Dia tidak menyangka, pengacara yang
dianggap baik seperti Azmil itu begitu angkuh untuk mengeluarkan kata kata sebegitu.
Dia begitu marah
dengan Azmil. Tanpa membuang masa lagi, dia lantas menghidupkan enjin keretanya
dan lantas menuju ke hotel tempat uji bakat itu diadakan tanpa sempat dihalang
oleh Salina .
Dia mahu bertemu empat mata dengan Azmil. Niatnya bukan mahu memarahi lelaki
itu tetapi mahu mencari jawapan mengapa Azmil tega bercakap seperti itu kepada
anak saudaranya.
Sampai sahaja
dia di hotel itu, dia lantas menyerbu masuk ke bilik uji bakat tanpa sempat
dihalang oleh pengawal dan urus setia yang bertugas pada waktu. Berlaku
kekecohan di bilik uji bakat itu. Azmil yang sedang melihat peserta uji bakat
membuat persembahan begitu terkejut dengan kehadiran Hamzah yang tiba secara
mendadak itu.
“Apa yang kecoh
kecoh ni?” Soal Azmil kepada salah seorang urus setia lelaki yang cuba
menahan Hamzah dari terus masuk ke bilik uji bakat itu.
“Lelaki ini nak
masuk Encik Azmil tapi saya tak bagi.” Jawab urus setia lelaki itu.
“Ya, ada apa?”
Soal Azmil dengan nada angkuh. Dia membentuk bentuk mukanya menandakan dia
tidak suka dengan kehadiran lelaki gempal yang berada di hadapannya kini.
“Apa yang awak
cakap dengan anak saudara saya sampai dia menangis balik rumah?” Soal Hamzah
dengan nada suaranya yang keras namun perlahan. Dia tidak mahu kejadian buruk
berlaku di situ.
“Cakap apa? Saya
cakap apa yang patut sajalah. Kalau anak suadara awak tak bagus, saya akan
cakap tak bagus. Kalau anak saudara awak bagus, saya akan cakap bagus. Itu
sahaja. Yang awak nak serang saya tak tentu pasal ni kenapa?”
“Awak jangan
kurang ajar….”
“Habis yang awak
datang ke sini… main terjah saja tak kurang ajar?”
“Awak sepatutnya
cakap elok elok dengan anak saudara saya, bukan hina dia. Awak kena bagi
peluang. Ini semua budak budak. Mereka baru mencuba awak dah bagi kritikan
pedas pada mereka.”
“Kalau anak
saudara awak tak suka dengar kritikan pedas saya, janganlah datang uji bakat
ini. Jangan mimpi pun nak jadi pengacara kalau kena tegur sikit dah menangis
tak tentu pasal.”
“Awak ni memang
sombong. Saya tak sangka macam ni perangai awak. Dulu saya minat awak sebab
saya ingat awak baik…”
“Saya tak suruh
pun awak minat saya.”
“Sombong betul
awak ni. Ingat, kalau tak ada kami awak takkan berada kat sini.”
“Sudah! Sudah!
Saya datang sini nak buat uji bakat bukannya nak dengar ceramah awak. Pengawal!
Halau lelaki ini keluar sekarang.” Azmil mula memanggil pengawal.
Beberapa orang pengawal
mula masuk ke dalam bilik uji bakat itu dan membawa Hamzah keluar. Belum sempat
Hamzah membalas kata kata Azmil itu dia telah diheret keluar oleh beberapa
orang pengawal itu. Hamzah benar benar tidak berpuas hati dengan layanan yang
diterimanya daripada seorang pengacara popular negara tersebut. Dia tidak
menyangka pengacara yang diminatinya begitu angkuh sekali. Perasaan minat yang
tumbuh di hatinya sudah mula menjadi benci.
“Menyusahkan
orang je. Kalau tak suka kena kritik jangan datang uji bakat.” Azmil mula
meluahkan rasa tidak puas hatinya.
SETELAH
berminggu minggu uji bakat untuk mencari peserta rancangan Menjejak MC itu
diadakan, akhirnya Azmil telah berjaya mengumpulkan dua puluh orang peserta
lelaki yang terdiri daripada sepuluh peserta lelaki dan sepuluh peserta
perempuan. Mereka yang terpilih ini telah disaring dan dinilai oleh Azmil
dengan bantuan Mior dan Suraya.
Hanya peserta
yang layak dan terbaik sahaja yang terpilih untuk memasuki rancangan itu. Azmil
telah menggunakan syarat yang amat ketat untuk memilih peserta peserta itu.
Semua itu dilakukan demi memastikan rancangan itu benar benar melahirkan
pengacara yang berkualiti dan bukannya pengacara yang hanya bergantung kepada
populariti atau dengan kata lain pengacara cap ayam mahupun pengacara mee
segera.
Apabila peserta
sudah terpilih untuk menyertai rancangan ini, maka mereka perlu mengharungi
pelbagai ujian dan tugasan untuk menilai sejauh mana kebolehan mereka dalam
mengacara. Jika mereka gagal dan ujian dan tugasan tersebut, mereka pasti akan
disingkirkan dari terus menyertai rancangan ini.
Pada hari
pertama rancangan itu berjalan, Azmil menugaskan mereka untuk melaksanakan satu
ujian iaitu ujian penampilan diri. Setiap peserta perlu mengenakan pakaian dan make
up yang disediakan untuk menjadikan penampilan diri mereka lebih cantik dan
kacak. Penampilan yang baik menurut Azmil adalah satu perkara yang penting
untuk seorang pengacara.
Jika penampilan
kita menarik dan cantik, sudah pasti orang akan tertarik untuk mendengar dan
menonton apa yang kita lakukan. Oleh itu, amat penting seseorang pengacara itu
memilih gaya
yang sesuai dengan diri mereka.
Setiap peserta telah mula ke bilik menukar pakaian
untuk ‘mencantik’ dan ‘mengemaskan’ diri masing masing. Mereka telah memilih pakaian yang sesuai
dengan diri mereka untuk diperagakan seterusnya dinilai oleh para juri. Kamil
yang merupakan salah seorang peserta dalam program itu mula berasa panik kerana
dia tidak pandai untuk memilih baju apa yang harus dipakainya.
Justeru itu, dia
meminta bantuan Azfar yang merupakan salah seorang peserta rancangan itu juga.
Azfar seorang yang baik dan peramah. Dia yakin Azfar pasti dapat membantu
dirinya.
“Azfar, aku
betul betul tak tahu nak pakai baju apa sekarang ini. Tolong bagi aku idea sikit
baju apa yang patut aku pakai.” Ujar Kamil kepada Azfar yang sedang sibuk
menyolek itu.
“La… kesian
betul kau ni. Jom ikut aku pergi bilik pakaian.” Kata Azfar.
Kamil lantas
mengikut Azfar ke bilik pakaian itu. Azfar memandang Kamil dari atas ke bawah.
Dia cuba
mencari pakaian yang sesuai dipakai oleh Kamil yang berbadan agak gempal dan
berkulit hitam manis itu. Dia juga memilih beberapa helai baju untuk dipadankan
dengan badan Kamil dan mengacu baju itu di badan Kamil.
“Aku rasa baju
ni sesuai dengan kau.” Kata Azfar sambil menyerahkan sehelai baju dan seluar
kepada Kamil.
“Baju ni? Kau
pasti ke?” Soal Kamil meminta kepastian.
“Seratus peratus
aku pasti.” Azfar memberi jaminan.
“Terima kasih
Azfar. Kalau tak ada kau, aku tak tahu nak buat apa sekarang ni.” Kata Kamil.
“Sama sama. Kita
kan masuk
satu bidang yang sama. Jadi tak salah untuk kita tolong menolong.” Ujar Azfar.
Kamil yang sudah
menerima ‘nasihat’ dari Azfar itu lantas ke bilik persalinan untuk menukar
pakaian. Apabila masa yang diberikan telah tamat, kesemua peserta menuju ke
bilik penilaian di mana Azmil, Mior, Suraya dan Meen – seorang pereka fesyen
telah menunggu mereka semua di sana .
Semua peserta dinilai dan diberi komen oleh para juri. Ada yang dipuji dan tidak kurang juga ‘dihentam’
dengan teruk oleh pihak juri termasuklah Kamil yang sebenarnya kurang ilmu
dalam bidang fesyen itu.
“Inilah fesyen
paling teruk antara yang terteruk yang ada pada hari ini. Macam mana awak pilih
pakaian awak? Kenapa penampilan awak teruk sangat ni?” Soal Azmil yang
semestinya melontarkan soalan yang pedas.
“Sejujurnya saya
tak berapa tahu pasal fesyen fesyen ni. Jadi saya minta bantuan Azfar untuk
tolong saya untuk pilih pakaian yang sesuai untuk saya.” Jawab Kamil.
“Ooo, jadi Azfarlah yang pilih baju untuk awak? Dia sendiri pun kena kritik dengan teruk sebab pakaian yang dia pilih tak sesuai dengan diri dia, awak boleh minta nasihat dia? Awak tahukan seorang pengacara kena tahu tentang fesyen terbaru dan terkini. Dalam pertandingan macam ni, awak tak boleh percaya orang seratus peratus. Mana tahu Azfar saja nak menganiaya awak sebab nak awak kalah?” Ujar Azmil.
“Ooo, jadi Azfarlah yang pilih baju untuk awak? Dia sendiri pun kena kritik dengan teruk sebab pakaian yang dia pilih tak sesuai dengan diri dia, awak boleh minta nasihat dia? Awak tahukan seorang pengacara kena tahu tentang fesyen terbaru dan terkini. Dalam pertandingan macam ni, awak tak boleh percaya orang seratus peratus. Mana tahu Azfar saja nak menganiaya awak sebab nak awak kalah?” Ujar Azmil.
Azfar yang
mendengar kata kata Azmil itu mula disimbah rasa marah. Niatnya ikhlas untuk
membantu Kamil. Langsung tidak terlintas di sanubarinya untuk menganiaya Kamil.
Tuduhan yang dilemparkan oleh Azmil itu terlalu melampau. Dia tidak menyangka
bahawa orang yang kelihatan baik dalam mengacara sesebuah rancangan itu, boleh
bercakap seperti itu kepada dirinya. Azmil ini umpama pepat di luar tetapi
rencong di dalam.
Apabila kesemua
peserta telah dinilai oleh ketiga tiga juri, Azmil mengumumkan peserta terbaik
dalam ujian penampilan diri itu. Dia juga mengumumkan peserta terburuk dan
sudah pasti menjadi milik Kamil. Kamil berasa sedih dengan keputusan itu. Jatuh
air mukanya ke lantai apabila mendengar pengumuman itu. Tercalar maruahnya
apabila mendengar komentar yang pedas dilontarkan oleh Azmil – idolanya dalam
dunia pengacaraan.
“Tak apa Far.
Aku faham. Aku tahu niat kau ikhlas nak tolong aku tapi apa boleh buat kalau
itu keputusan juri.” Ujar Kamil sambil tersenyum namun pahit.
Dia sedih kerana
dihentam teruk oleh Azmil. Putus semangatnya untuk terus berjuang dalam
rancangan Menjejak MC itu. Ini baru ujian penampilan diri. Itu pun sudah
dihentam teruk oleh Azmil. Bagaimana dia mahu menghadapi ujian ujian yang lain.
Dia yakin dia pasti tidak dapat membuat tugasan tugasan seterusnya dengan baik.
Dia yakin dia adalah peserta yang pertama sekali yang akan disingkirkan.
SUDAH hampir tiga minggu rancangan Menjejak MC itu telah berlangsung. Setiap peserta akan melalui ujian dan tugasan yang telah berikan oleh pihak penerbit. Mana mana peserta yang gagal melaksanakan tugasan dan menjalani ujian dengan baik pasti akan disingkirkan dengan serta merta. Hanya mereka yang benar benar layak dan berkualiti sahaja akan terpilih untuk menuju ke peringkat akhir.
Seperti biasa,
Azmil yang bertindak sebagai ketua juri telah menjalankan tanggungjawabnya
dengan baik sekali. Berdasarkan ilmu dan pengalamannya, dia hanya memilih
peserta yang terbaik sahaja untuk dijadikan sang juara pencarian pengacara
dalam rancangan Menjejak MC itu. Mana mana peserta yang dirasakan tidak layak,
mereka akan disingkirkan dengan serta merta.
Pada pagi itu,
Azmil bersarapan pagi di rumahnya sebelum ke studio Menjejak MC bagi menilai
tugasan dan ujian yang telah diberikan kepada peserta peserta rancangan itu.
Pembantu rumahnya telah meletakkan surat khabar
di atas meja makan itu sejak surat
khabar yang dilanggannya itu sampai pagi tadi. Dia lantas membaca satu demi
satu berita yang disiarkan pada surat
khabar itu.
Apabila sampai
di ruangan hiburan, mencerlang matanya menatap berita yang bertajuk Pengacara
Tua Yang Sombong. Berita itu ditulis oleh seorang wartawan hiburan akhbar itu
yang agak berpengaruh. Berita itu adalah
berkenaan dirinya yang dikritik teruk oleh wartawan hiburan itu.
"Saya sendiri
berasa terkejut dengan kelakuan Azmil yang merupakan MC Malaysia – seorang
pengacara yang terkenal sejak dia menjadi ketua juri dalam rancangan Menjejak
MC itu. Saya tidak menyangka yang dia boleh berubah dari seorang pengacara yang
baik kepada seorang pengacara yang sombong. Komentar komentar yang dia berikan
kepada peserta peserta uji bakat Menjejak MC itu amat tidak patut sekali.
Dia sanggup
menghina paras rupa orang lain semata mata mahu mencari seorang pengacara yang
setaraf dengan dirinya. Kata katanya itu seperti dia itu terlalu tampan dan
kacak. Dia juga tega menghina peserta peserta uji bakat yang gagal membuat
persembahan seolah olah dia itu terlalu bagus. Adakah Azmil lupa siapa dirinya
dahulu sewaktu mula mula menjadi pengacara?
Adakah sewaktu
mula mula menjadi pengacara dahulu dia tidak melakukan kesalahan? Inilah dia
pengacara yang sudah sombong dan lupa daratan. Baru mendapat gelaran Pengacara
Nombor Satu Malaysia
sudah sombong dan berlagak. Cakap pun sudah tidak bertapis tapis lagi. Akibat
kata katanya kepada seoarang peserta uji bakat itu, dia diserang oleh seorang
lelaki yang merupakan bapa saudara kepada peserta uji bakat itu.
Sudahlah tidak
mahu meminta maaf, malahan semakin tunjuk lagak pula. Inilah dia peserta yang
tidak sedar diri. Azmil bukan muda lagi. Usianya sudah lebih separuh abad. Bak
kata orang rumah kata pergi kubur kata mari. Tapi perangai masih terkinja kinja
lagi di atas pentas sewaktu mengacara tanpa sedar diri. Inilah agaknya perangai
apabila sudah menjadi Pengacara Nombor
Satu Malaysia .
Saya bersetuju
dengan kata kata lelaki yang menyerang Azmil semasa sesi uji bakat itu. Memang
sepatutnya manusia yang sombong, bongkak dan angkuh ini perlu dineri pelajaran.
Dirinya baru sahaja balik daripada menunaikan haji di tanah suci. Namun
perangainya langsung tidak melambangkan yang dia pernah pergi haji. Masih lagi
terkinja kinja di atas pentas tanpa segan silu seperti orang tua nyanyuk.
Masih lagi
memakai seluar ketat dan sendat seperti orang muda padahal usianya sudah layak dipanggil datuk yang bercucu. Kemudian,
ada hati mahu mengkritik fesyen orang lain. Nampak sangat tidak sedar diri.
Saya menulis ini bukan mahu menghina Azmil namun nasihat saya berubahlah wahai
Azmil. Awak tu sudah tua. Tidak lama lagi akan dijemput Ilahi.
Jangan nak
berlagak sangat sebab Tuhan tak suka manusia yang sombong dan berlagak seperti
itu. Sedarlah wahai Azmil, pakailah pakaian yang sesuai dengan usia awak. Usia
awak sudah tua dan janganlah berpakaian seperti orang muda. Memakai seluar yang
sendat dan ketat. Sungguh buruk rupa Azmil. Seperti nangka busuk pun boleh
dikatakan juga. Ingat ingatlah Azmil, tapis tapislah perkataan itu ketika
mengkritik.
Jangan nak
sombong sangat. Awak jangan ingat awak sudah popular awak mahu berlagak. Jangan
ingat semua orang suka dengan cara awak itu. Orang tua tidak sedar diri. Dahulu
saya suka juga melihat Azmil mengacara, tapi sekarang menonton dia di
televisyen juga saya sudah menyampah! Saya rasa pihak pengurusan Anda TV perlu
menilai semula pemilihan Azmil ini sebagai ketua juri rancangan iru.
Kalau dahulu
ramai orang begitu teruja untuk menonton rancangan itu tetapi sekarang orang
sudah mula menyampah apabila Azmil berkelakuan seperti itu. Lebih lebih lagi
ada Suraya di situ. Dia mengatakan rupa peserta yang hadir semasa uji bakat itu
sebagai tidak tampan, adakah rupa dia itu terlalu cantik? Rupanya pun seperti
rumah tidak siap, ada hati mahu mengutuk wajah orang lain.
Bukankah wajah
itu ciptaan Allah? Kenapa mesti kita hina? Kita menghina ciptaan Allah bermakna
kita menghina Allah. Pandai pandailah jawab dalam kubur nanti wahai Cik Suraya.
Cara perempuan ini bercakap seperti dia itu terlalu bagus dalam mengacara
sedangkan popularitinya pun hanya suam suam kuku juga. Jadi tidak perlulah mahu
berlagak sangat wahai Cik Suraya.
Nasihat saya kepada Azmil, Mior dan Suraya,
berhati hatilah dalam mengeluarkan komentar komentar dalam rancangan itu.
Semakin anda mengeluarkan komentar yang karut marut, semakin ramai manusia yang
membenci kamu bertiga di luar sana .’
Azmil berasa
marah dengan tulisan wartawan hiburan itu. Dia mahu menyaman wartawan itu
secepat mungkin. Dia lantas menelefon peguamnya untuk menyaman wartawan hiburan
tersebut dan membawa kes itu ke mahkamah.
AZMIL berasa
agak sedih kerana mahkamah menolak pendakwaannya untuk menyaman wartawan
hiburan yang telah mengkritik dirinya. Bukan itu sahaja, dirinya sudah tidak
dijemput lagi untuk mengacara mana mana rancangan atau mana mana majlis yang
dianjurkan oleh pihak swasta mahupun kerajaan. Beberapa orang pengacara
pengacara baru yang lahir daripada program Menjejak MC itu mula mendapat tempat
di stesen stesen televisyen.
Kalau dahulu
hanya wajahnya sahaja yang kerap kaluar di kaca televisyen tapi kini tidak
lagi. Orang sudah tidak lagi untuk memberi kepercayaan kepada dirinya untuk
mengacara apa jenis rancangan sekalipun. Pendapatannya kini hanya bergantung
sebagai seorang juruhebah radio sahaja. Dia sudah kurang mengacara lagi sejak
rancangan Menjejak MC itu tamat. Itulah balasan Allah kepada seorang pengacara
tua yang angkuh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.