Ahad, 20 Jun 2021

TENGGEK BURUNG

 

Sumber : Google 


Penerangan :

Pokok Tenggek Burung ialah sejenis tumbuhan dari keluarga Rutaceae iaitu tumbuhan renek yang tumbuh secara liar di Malaysia. Tumbuhan ini dinamakan Tenggek Burung kerana dipercayai burung bersaiz kecil sering hinggap di atas pokok ini untuk menyedut nektar dari bunganya dan membuat sarang untuk bertelur.


Khasiat :

1.     Mengecutkan rahim bagi wanita yang baru bersalin

2.     Menurunkan tekanan darah tinggi

3.     Menghilangkan lenguh-lenguh badan

4.     Melancarkan aliran darah

5.     Meningkatkan keupayaan organ seks lelaki


Kaedah :

Ulam ini sedap dimakan bersama nasi panas dan sambal belacan. Boleh juga dimakan bersama budu atau sambal tempoyak. Rasa ulam ini sedikit pahit dan kelat tetapi rangup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.