Isnin, 21 Jun 2021

AKAR SOM

 

Sumber : Google 



Penerangan :

Dikenali juga sebagai  Ginseng Cina  dan sering kali digunakan dalam perubatan tradisional. Pokok ini membiak melalui keratan batang ataupun biji benih. Kajian mendapati kandungan kimia pokok ini hampir sama dengan Ginseng Korea dan Ginseng Cina. Jadi, khasiatnya pun hampir sama dengan ginseng-ginseng tersebut.


Khasiat :

1.     Menambah selera makan

2.     Menambahkan kecergasan tubuh badan

3.     Melancarkan pengaliran susu ibu

4.     Merawat bisul

5.     Merawat masalah hati dan buah pinggang


Kaedah :

Daunnya boleh dibuat ulam mentah ataupun dimasak sebagai sayur. Bagi merawat masalah bisul, caranya ialah dengan menghancurkan daun kemudian dicampur dengan sedikit gula merah lalu ditampal di bahagian yang terkena bisul tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.