Kita bertemu di tanah yang sama,
Kerana diheret oleh sejarah yang lama,
Hidup bersama dengan sentosa yang dicuba,
Walau keadilan tidak tumbuh melata.
Pada waktu dahulu,
Kita menghormati tanpa kenal erti jemu,
Kita yang baru mengecapi kebebasan,
Cuba hidup dengan penuh keamanan,
Cuba mengelak sebarang persengketaan,
Cuba untuk mematuhi perjanjian.
Tetapi kini,
Kita tercampak di gaung pergaduhan,
Kerana ada di antara kita,
Telah terlupa pada perjanjian,
Akibat taksub pada politik kepartian.
Entah sampai bila,
Kita akan terus begini,
Perjanjian lama perlulah dipatuhi,
Supaya keamanan boleh kembali.
Sebab ramai yang tidak mengenali sejarah peradaban bumi kita.
BalasPadam