Bukan
semua orang di dunia ini minat menulis dan bukan semua orang di dunia ini
mempunyai blog. Pada masa kini, amat sukar untuk mencari orang yang mempunyai
hobi menulis blog atau bergelar seorang blogger.
Dengan
kewujudan media sosial seperti Facebook dan Twitter, orang yang berminat untuk
menjadi seorang blogger semakin berkurangan. Orang yang masih lagi bergelar
seorang blogger ini semakin sukar dijumpai dalam masyarakat kita pada hari ini.
Orang
yang menjadi blogger ini sebenarnya mempunyai banyak keistimewaan. Justeru,
jika anda mempunyai teman lelaki atau teman wanita yang mempunyai hobi menulis
blog, segeralah berkahwin dengannya sekarang. Mengapa? Ini sebab-sebabnya :
Blogger biasanya seorang yang setia
Seorang
blogger mempunyai hobi suka menulis, menghadap komputer, dan membuat carian di
internet. Banyak masa mereka digunakan untuk mencari bahan atau idea untuk
menulis dan mengemaskini blog mereka. Mereka tidak banyak menghabiskan masa
mereka di luar rumah. Oleh itu, kebarangkalian untuk mereka berlaku curang itu
amat rendah.
Blogger biasanya sangat memahami
pasangan mereka
Oleh
kerana blogger ini banyak membuat carian di internet (membaca) bagi mendapatkan
idea untuk menulis (mengemaskini) blog mereka, jadi mereka sangat memahami
pasangan mereka. Hal ini kerana, mereka tahu apa yang suami/isteri mereka
perlu, ingin dan rasa memandangkan mereka telah banyak membaca apa yang
lelaki/wanita lain tulis di blog yang mereka temui.
Blogger biasanya seorang yang bijak
Memandangkan
blogger adalah seorang yang banyak membaca maka mereka mempunyai banyak
maklumat. Jika ada sebarang masalah, mereka akan segera mencari jawapannya di
internet. Begitu juga jika mereka tidak mengetahui tentang sesuatu perkara,
mereka pasti akan membuat carian di internet.
Blogger biasanya seorang yang
terbuka
Seorang
blogger sangat terbuka dengan pasangan mereka. Mereka bukanlah seorang yang
mudah merajuk atau mudah memendam rasa. Hal ini kerana, seorang blogger memang
telah dilatih untuk meluahkan apa yang terpendam atau terbuku di hati dan minda
mereka. Oleh itu, jika mereka tidak berpuas hati akan sesuatu perkara, mereka
akan terus meluahkannya sama ada secara berdepan atau melalui penulisan. Mereka
juga terbuka untuk menerima pandangan dan boleh menjadi tempat pasangan mereka
meluahkan masalah.
Blogger biasanya pandai menguruskan
rumahtangga
Seorang
blogger memang pandai menguruskan rumahtangga. Jika blogger itu seorang isteri,
maka mereka pasti pandai memasak makanan yang enak kerana mereka banyak membaca
blog-blog yang menulis tentang resepi yang enak. Memandangkan seorang blogger
banyak membuat carian di internet, maka banyak perkara yang berkaitan rumahtangga
mereka dapat jalankan dengan sempurna. Jika mereka tidak tahu akan sesuatu
perkara, mereka pasti akan merujuk internet.
Itulah
sebab-sebab mengapa anda perlu berkahwin dengan seorang blogger. Apa yang kami
tulis ini hanyalah pendapat kami sahaja. Kami pasti anda juga mempunyai
pendapat yang lain. Oleh itu, jika anda mempunyai teman lelaki atau teman
wanita yang merupakan seorang blogger, nikahi mereka dengan segera!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.