Sekarang
ini heboh seluruh negara berkenaan cukai SST yang dikuatkuasakan oleh kerajaan
kepada seluruh rakyat Malaysia.
Cukai
SST ialah cukai yang menggantikan cukai GST yang dikuatkuasakan sebelum ini.
Terdapat
pelbagai polemik yang timbul dengan penguatkuasaan cukai SST itu. Ramai yang
kata harga barang semakin meningkat sebaik sahaja cukai SST itu dikuatkuasakan
pada 1 September 2018.
Kami
tidak bercadang untuk berbahas tentang cukai SST itu. Cuma pada hari ini kami
ingin kemukakan fakta-fakta menarik tentang cukai. Fakta-fakta tersebut ialah :
1.
Di Amerika Syarikat, jika seseorang
membuat laporan tentang sesebuah syarikat yang mengelak daripada membayar
cukai, orang tersebut akan mendapat 30% daripada hasil cukai tersebut.
2.
Maharaja Rom Vaspian mengenakan
cukai pada air kencing pada abad pertama Masehi. Air kencing pada masa itu
dkumpulkan dan digunakan sebagai sumber ammonia untuk mencuci dan menyamak
pakaian.
3.
Amerika Syarikat mengamalkan sistem
cukai progresif iaitu semakin banyak orang mendapat duit, semakin banyak orang
tersebut membayar cukai pendapatan.
4.
Cukai terbahagi sama ada langsung
(direct) atau tidak langsung (indirect). Cukai langsung adalah cukai yang
dibayar terus kepada kerajaan seperti pendapatan, jualan, dan harta. Cukai
tidak langsung ialah cukai yang dihantar kepada orang lain atau kumpulan.
Sebagai contoh, kos bahan api termasuk cukai yang dibayar oleh pengguna. Dengan
kata lain, bukan syarikat minyak membayar cukai itu sebaliknya mereka menyerahkannya
kepada pengguna.
5.
Pada tahun 1691, England mengenakan cukai pada bilangan tingkap di setiap
rumah. Akibatnya, rumah mula dibina dengan tingkap yang sedikit atau orang akan
membuang tingkap yang sedia ada. Apabila orang mula mengalami masalah kesihatan
akibat kekurangan udara kerana ketiadaan tingkap, cukai itu akhirnya
dimansuhkan pada tahun 1851.
6.
Maharaja Rusia, Peter the Great,
mengenakan cukai janggut pada tahun 1705. Baginda berharap cukai itu akan
menggalakkan lelaki supaya mempunyai wajah yang bersih yang popular di Eropah
Barat ketika itu.
7.
Salah
satu faktor penyumbang kepada Revolusi Perancis ialah cukai garam yang
dipanggil gabelle. Cukai ini adalah salah satu cukai yang paling dibenci dan
tidak adil.
8.
England
mengenakan cukai ke atas televisyen. TV berwarna lebih mahal daripada TV hitam putih.
Walau bagaimanapun, jika orang buta mempunyai televisyen, dia hanya perlu
membayar separuh daripada cukai sahaja.
9.
Menurut Jimmy Carter, setiap presiden A.S.
telah mengeluarkan pulangan cukai mereka kecuali Donald Trump.
10. Albert Einstein pernah berkata : "Perkara paling
sukar di dunia ini untuk difahami ialah cukai pendapatan.”
Itulah
fakta-fakta menarik tentang cukai yang kami telah kongsikan kepada anda. Semoga
perkongsian ini memberi anda maklumat baru tentang cukai yang wujud di dunia
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.