Entah
mengapa Islam dan Melayu itu kelihatan amat sinonim. Islam dan Melayu itu
seolah-olah sukar untuk dipisahkan. Mungkin kerana semua orang Melayu menganut
agama Islam, maka Islam dan Melayu itu kelihatan sangat akrab.
Cuba
ada di antara kawan kita yang berbangsa Melayu menganut agama selain daripada
agama Islam. Pastilah kita akan memandang aneh kepadanya. Hal ini kerana,
sangat ganjil atau tidak pernah lagi ditemui secara terbuka orang Melayu yang
menganut agama selain Islam. Oleh sebab itulah kita melihat jika ada orang
Melayu yang menukar agama, mereka menukar agama secara bersembunyi.
Namun
begitu, sekarang ini sudah ramai orang Melayu yang berani menukar agama secara
terang-terangan. Walaupun jumlahnya tidak ramai (setakat yang diketahui),
tetapi kewujudan mereka tetap ada. Orang Melayu yang jadi atheist pun ada juga.
Dan sudah pasti mereka mendapat perhatian orang Melayu yang lain.
Memang
ada usaha untuk mengubah akidah orang Melayu sejak dahulu. Dahulu usaha ini
kelihatan tidak berjaya. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini usaha itu
kelihatan berjaya.
Selain
mengubah akidah orang Melayu melalui cara menukar agama, mengubah orang Melayu
supaya tidak mengikut ajaran Islam yang betul pun ada juga. Sebab itu
fahaman-fahaman songsang seperti liberalisme, sekularisme dan pluralisme
semakin berleluasa.
Orang
Melayu memang tidak ramai yang menukar agama. Namun, orang Melayu ramai yang
jadi liberal, sekular dan plural. Usaha pihak tertentu untuk menukar agama
orang Melayu secara majoritinya memanglah tidak berjaya. Namun usaha mereka
untuk menjauhkan orang Melayu daripada ajaran Islam yang sebenar telah berjaya.
Entah
mengapa segelintir orang Melayu boleh jadi liberal, sekular dan plural. Mungkin
kerana mereka melihat dengan menjadi liberal, sekular dan plural itu sebagai
lambang kemajuan, maka mereka menganut fahaman itu.
Kita
patut bersyukur kerana tidak semua orang Melayu yang boleh terima fahaman
songsang itu. Mereka masih teguh dengan ajaran Islam yang sebenar. Mereka
tidaklah seorang yang terlalu taat pada agama tetapi menjadi liberal, sekular
dan plural itu memang jauh daripada hidup mereka. Akal dan fikiran mereka masih
lagi waras untuk berfikir mana yang betul dan mana yang salah.
Usaha
pihak-pihak tertentu untuk ‘meliberal’, ‘mensekular’, dan ‘mempluralkan’ orang
Melayu tidaklah seratus peratus berjaya. Mungkin kerana Islam itu telah terlalu
sebati dengan diri majoriti orang Melayu, maka mereka bukan sahaja tidak
menukar agama, malah tidak pun menerima segala fahaman-fahaman yang songsang
itu.
Walau
bagaimanapun, kita semua perlulah berhati-hati. Usaha untuk menjadikan orang
Melayu supaya menukar agama mereka atau mendakwah mereka supaya menerima segala
fahaman songsang itu masih lagi berjalan sehingga ke hari ini. Kita perlu
bersyukur kerana ada individu dan pertubuhan bukan kerana tertentu yang terus
berlawan dengan usaha-usaha ini sama ada di media sosial, media arus perdana,
mahupun di lapangan.
Moga
semua orang Melayu berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar sampai
bila-bila. Jangan biarkan Islam dan Melayu itu berpisah walaupun sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.