Jumaat, 20 Julai 2018

PERKARA YANG PERLU DIJAGA SEMASA BERCAKAP


Image result for bercakap
Sumber


Apabila kita berbual atau bercakap dengan sesiapa sahaja, kita perlulah saling berkomunikasi secara dua hala. Terdapat perkara-perkara tertentu yang perlu dijaga untuk memastikan orang yang sedang bercakap atau berbual dengan kita berasa selesa. Ini bagi memastikan hubungan kita dengannya akan terus menjadi baik. Terdapat empat perkara yang perlu dijaga dalam perbualan iaitu kualiti, kuantiti, relevan dan perlakuan. 
   
Kualiti
Ketika kita berbual dengan sesiapa sahaja, kita perlulah menyampaikan maklumat yang betul kepada orang tersebut. Kita tidak boleh sama sekali bercakap bohong atau menyampaikan perkara yang tidak pasti kepada orang itu. Seandainya kita bercakap bohong, kita sebenarnya tidak menghormati orang tersebut dalam perbualan.
   
          Kuantiti
Apabila kita berbual atau bercakap, pastikan kita bercakap dengan seadanya sahaja. Tidak perlulah kita menyampaikan sesuatu perkara secara berlebihan seperti menunjukkan kehebatan diri sendiri ketika berbual. Sekiranya kita bercakap sesuatu perkara secara berlebihan, pasti orang yang sedang bercakap dengan kita tidak berasa selesa dan tidak mahu bercakap dengan kita lagi. 

Relevan  
Pastikan kita bercakap perkara yang relevan dengan topik perbualan. Jangan sesekali bercakap perkara yang berada di luar konteks perbualan. Apabila orang bercakap tentang kereta, maka kita pun perlulah bercakap tentang kereta juga. Janganlah orang bercakap tentang kereta, kita bercakap tentan makanan pula. Oleh sebab itulah kita perlu memilih topik yang sesuai dan dapat dibualkan oleh kedua-dua belah pihak. 
 
          Perlakuan
Semasa berbual, elakkanlah daripada bercakap perkara-perkara yang kabur atau mampunyai double meaning. Kita perlu meringkaskan percakapan kita untuk memberi peluang kepada orang yang sedang berbual dengan kita bercakap pula. Kita juga perlulah menyusun maklumat atau perkara yang hendak kita sampaikan supaya orang yang sedang berbual dengan kita dapat memahami apa yang hendak kita sampaikan.  
  
Setiap perkara di dunia ini mempunyai peraturan-peraturan tertentu. Dalam kita berbual semasa rakan pun, terdapat peraturan-peraturan tertentu yang perlu kita jaga. Kualiti, kuantiti, relevan dan perlakuan adalah perkara-perkara penting yang perlu kita jaga supaya orang yang bercakap atau berbual dengan kita berasa selesa. 

 Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.