Sumber |
Hemah
dan Hemat
Maksud
Hemah : Budi pekerti yang mulia
Contoh
Ayat : Mimi adalah seorang pelajar yang mempunyai hemah yang tinggi.
Maksud
Hemat : Tidak boros atau membazir dalam membelanjakan
wang atau menggunakan sesuatu, cermat, jimat, pemerhatian, pengamatan, teliti,
hati-hati, dan berjaga-jaga.
Contoh
Ayat : Pada hemat
saya, mesyuarat ini perlu ditangguhkan terlebih dahulu kerana malam sudah
larut.
Maksud
Tafsir : Keterangan yang menjelaskan, pengertian,
pemahaman, pendapat dan ulasan.
Contoh
Ayat : Ucapan ahli politik itu disalah tafsir oleh pihak media.
Maksud
Taksir : Nilaian, anggaran atau kiraan.
Contoh
Ayat : Ali tersalah taksir jumlah wang simpanan yang
wajib dikeluarkan zakatnya.
Satu
dan Suatu
Maksud
Satu
: Bilangan yang bererti tunggal dan digunakan untuk menunjukkan bilangan.
Contoh
ayat
: Satu daripada keruntuhan masyarakat
ialah kelemahan peribadi pemimpin.
Maksud
Suatu : Menyatakan benda, tempat, masa dan hal yang tidak
tentu atau tidak dapat dipastikan.
Contoh
Ayat
: Pada suatu hari, Siti dan
rakan-rakannya pergi ke sebuah rumah usang di atas bukit itu.
Maksud
Tahu
: Maklum akan keadaan yang sebenarnya, kenal, cekap dan pandai melakukan
sesuatu, bijak, mengambil peduli, sedar akan perkara sebenar, insaf, pernah
melakukan sesuatu, dan sudah biasa.
Contoh
Ayat
: Bapak tidak tahu bahawa kakak sudah
pun berkahwin dengan Burhan di luar negara.
Maksud
Faham : Tahu dan mengerti benar akan sesuatu, kepercayaan
atau pegangan individu atau masyarakat tentang sesuatu.
Contoh
Ayat : “Apa yang kamu faham tentang topik yang saya ajar
tadi?” Soal Cikgu Mahmud kepada Laili.
Artikel ini telah disunting dan disiarkan di portal Free Malaysia Today
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.