Sumber : Google |
Antara kegemaran saya adalah membaca.
Membaca bukan sahaja boleh menambah pengetahuan malah menambah idea untuk
menulis (blog) juga. Selain membaca buku dan kolum-kolum di akhbar arus
perdana, membaca blog juga adalah antara kegemaran saya. Blog Malaysia Today
yang dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin adalah antara blog yang saya suka
baca.
Raja Petra Kamaruddin atau RPK adalah
antara blogger yang cukup kontroversi suatu ketika dahulu. Tulisan-tulisan atau
pendedahan pendedahan yang dibuat oleh beliau dalam blog mengenai politik
Malaysia cukup disukai malah digeruni selalu. Ada yang suka dan ada yang benci
beliau sejak dari dahulu. Bergantung kepada pihak mana dalam politik yang
beliau sokong dan setuju.
Beliau memang seorang blogger yang
tulen. Beliau tidak menulis semata mata untuk jadi terkenal. Beliau tidak
menulis perkara perkara yang boleh dibakulsampahkan. Beliau menulis untuk
berhujah, memberi pandangan, dan menjawab persoalan. Sama ada orang suka atau
benci apa yang beliau tuliskan, sedikit pun beliau tidak pernah kisahkan.
Jika benarlah beliau seorang blogger
yang mengejar populariti, pastilah sampai sekarang beliau menulis perkara yang
ampu dan puji. Tetapi kini beliau menulis untuk menghentam mana mana pihak yang
tidak betul sama ada di belah kanan atau di belah kiri. Untuk apa beliau
menulis perkara yang boleh membuatkan diri beliau dicaci dan dibenci? Adalah
lebih baik beliau menggunakan blog Malaysia Today itu untuk bercakap perihal
diri sendiri.
Bagi manusia yang tidak suka politik
(atau cuba menjarakkan diri daripada politik), blog beliau beliau bukanlah satu
pilihan untuk dibaca. Begitu juga dengan manusia yang suka membaca blog blog
yang menyediakan bahan bacaan yang ringan (bertaraf sampah) atau mempunyai
pemikiran yang tidak kritis sentiasa. Blog RPK itu memang tidak akan sesekali
pernah dibuka.
Blog RPK sekarang tidaklah serancak
dahulu. Dahulu, semasa di era Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana
Menteri, blog beliau itu memang ramai orang cari. Ini kerana blog beliau banyak
menyediakan bahan berita yang berani dan kontroversi.
Apa yang istimewanya blog beliau itu
adalah penulisannya yang sedap dan hujahnya yang mantap. Kadang kadang tidak
ramai oleh boleh berfikir hujah sebegitu tetapi beliau sudah fikir dahulu.
Susah orang mahu cantas hujahnya jika tidak punya banyak ilmu.
Saya tidak kata segala hujahnya saya
setuju semua. Ada juga hujahnya yang dangkal di mata saya. Tetapi mana mana
hujahnya yang boleh diterima, maka ia adalah suatu yang saya suka baca dan
membuat rujukan juga.
Walaupun cara hidupnya banyak yang
tidak kena, tetapi dia tetap berani mempertahankan Islam, Melayu, dan Malaysia.
Hujahnya lebih bernas dan lebih berani daripada ulamak dan cendekiawan semua. Beliau
bukanlah ulamak atau cendekiawan tetapi beliau adalah blogger yang berani untuk
mempertahankan apa yang beliau percaya.
Bagi pembaca yang berfikiran kritis,
mahu tahu tentang perkembangan dunia politik, blog beliau adalah antara blog
yang perlu pembaca baca dan cari. Janganlah terima semua apa yang beliau kata.
Mana yang baik itu pembaca boleh terima untuk dijadikan rujukan dalam memahami
dan menghadapi segala masalah yang melanda negara.
Ya, dia memang Raja Blogger Malaysia.
Mengapa dia boleh jadi ‘raja’? Kerana dia berani, kreatif, kritis, dan
mempunyai penulisan yang hebat sentiasa. Tidak ramai blogger boleh jadi
sepertinya. Hanya manusia yang kritis dan cinta ilmu sahaja yang suka membaca
blog miliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.