Sumber : Google |
Sepi
yang lena telah keluar dari kamar kalbu,
Runsing
yang pegun telah berdiri tanpa kaku,
Petaka
yang senyap sudah tidak lagi membisu,
Setelah
sekian lama bermusuh dengan diri,
Meramas
cahaya benderang sang mentari,
Melapah
ketenangan yang menunggang sanubari.
Seni
yang terbang dengan sayap keharmonian,
Tanpa
diduga lantas menghantar pertolongan,
Supaya
diri sentiasa dipagari oleh kawalan,
Agar
tidak terus disebat dengan seutas cemeti rawan,
Yang
mampu mengoyakkan kulit perasaan,
Atau
mencantas bunga waras di taman fikiran.
Seni
yang indah akan menemani sentiasa,
Menghembuskan
rasa damai ke dalam jiwa,
Dan
melukis alpa di kertas sementara.
Seni
yang hadir sambil memandu keseronokkan,
Tidak
lupa untuk membawa sekali sepotong keberanian,
Supaya
diri boleh menggigit erat pendakap kekuatan,
Bagi
menghadapi singgahsana kenyataan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.