Sumber : Google |
Di sebuah bilik yang kecil,
Terletak di rumah yang kerdil,
Hidup pencari ilham yang terpencil.
Hidup secara berhimpit himpit,
Mungkin dengan kutu mungkin dengan mat rempit,
Setiap kawan adalah pengalaman,
Pengalaman adalah guru kehidupan.
Mencipta puisi setiap hari,
Menulis rencana di waktu pagi,
Ke mana sahaja berjalan kaki,
Ke perpustakaan tidak pernah tinggal lagi.
Akhbar dan majalah tempat mencari rezeki.
Hidup secara sederhana,
Makan hanya apa yang ada,
Duit seketika ada dan seketika tiada,
Namun tetap bahagia.
Bangun sebelum tegak mentari,
Naik bas atau naik kereta api,
Bercampur dengan masyarakat madani,
Semuanya gara gara cinta seni.
Baju T kolar bulat,
Bersarung kemeja kotak kotak warna coklat,
Seluar jeans warna biru yang lusuh,
Dan kasut kanvas buruk tidak berbasuh.
Pakai beret warna hitam,
Bawa beg sandang yang sudah kopam!
Dituduh sebagai orang susah,
Kerana bertugas sebagai pengenal jerih dan payah,
Membawa suara suara masyarakat,
Kepada golongan bergelar Yang Berhormat.
Mungkin hidup dengan miskin,
Tetapi tetap hidup dengan yakin,
Allah yang beri rezeki,
Perlu usaha untuk cari sesuap nasi.
Itu hanyalah sebuah mimpi,
Yang sentiasa dibunuh oleh realiti.
Mungkin dengan kutu mungkin dengan mat rempit,
Setiap kawan adalah pengalaman,
Pengalaman adalah guru kehidupan.
Mencipta puisi setiap hari,
Menulis rencana di waktu pagi,
Ke mana sahaja berjalan kaki,
Ke perpustakaan tidak pernah tinggal lagi.
Akhbar dan majalah tempat mencari rezeki.
Hidup secara sederhana,
Makan hanya apa yang ada,
Duit seketika ada dan seketika tiada,
Namun tetap bahagia.
Bangun sebelum tegak mentari,
Naik bas atau naik kereta api,
Bercampur dengan masyarakat madani,
Semuanya gara gara cinta seni.
Baju T kolar bulat,
Bersarung kemeja kotak kotak warna coklat,
Seluar jeans warna biru yang lusuh,
Dan kasut kanvas buruk tidak berbasuh.
Pakai beret warna hitam,
Bawa beg sandang yang sudah kopam!
Dituduh sebagai orang susah,
Kerana bertugas sebagai pengenal jerih dan payah,
Membawa suara suara masyarakat,
Kepada golongan bergelar Yang Berhormat.
Mungkin hidup dengan miskin,
Tetapi tetap hidup dengan yakin,
Allah yang beri rezeki,
Perlu usaha untuk cari sesuap nasi.
Itu hanyalah sebuah mimpi,
Yang sentiasa dibunuh oleh realiti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.