Sumber : Google |
Ketika
kita melangkah pergi meninggalkan Tuhan,
Sedikit
pun Tuhan tidak pernah berasa sedih mahupun rawan,
Tetapi,
Tuhan tidak pernah lupa untuk menyampaikan pesan,
Seandainya
di suatu ketika nanti kita ditimpa kesedaran,
Janganlah
pernah sesekali berasa malu ataupun segan,
Untuk
menadah tangan dan memohon keampunan.
Berapa
banyak pun dosa yang telah kita buat,
Tuhan
tidak pernah culas untuk menerima taubat,
Dan
Tuhan terus berpesan entah yang ke berapa kali,
Janganlah
ditempuh maksiat itu lagi dan lagi.
Tuhan
pun berpesan lagi,
Janganlah
dicari Tuhan lain sebagai pengganti,
Kelak
kita tidak mampu menahan siksa Tuhan yang amat pedih sekali,
Meskipun
kita keseorangan di dalam dunia ini,
Akibat
disisih atau dipinggir oleh lain lain manusiawi,
Tuhan
pasti datang untuk menemani.
Walaupun
kita sering mengingkari perintah Tuhan,
Namun
kasih Tuhan terhadap kita tidak pernah berkurangan,
Buktinya
kita masih bernafas dan masih lagi bisa menikmati kehidupan.
Tuhan
selalu bertanya : mengapa kita sering melupakan diri-Nya.
Apakah kita tidak sedar akan keesaan-Nya,
Ingatlah,
walau di mana sahaja kita berada,
Tuhan
sentiasa menyayangi dan mengingati kita semua.
Dan Tuhan
terus lagi menyampaikan pesanan,
JIkalau
suatu ketika nanti kita berada dalam keresahan dan kecelakaan,
Janganlah
sesekali Tuhan itu kita lupakan,
Segeralah
datang kepada-Nya untuk memohon pertolongan,
Kelak
bantuan itu akan Tuhan kirimkan.
In syaa Allah.
BalasPadamSentiasa ingat Allah SWT. Aman hidup dunia akhirat. InsyaAllah. Aamin. :)
BalasPadam