Sumber : Google |
Aku yang bergelar
seorang seniman,
Hanya mampu berlakon di
pentas teater yang kurang tontonan,
Engkau yang bergelar
seorang rakyat,
Sedang dibelit kedaifan
yang amat ketat,
Hanya mampu tinggal di
rumah pangsa kecil-kecilan,
Hina dan hutang
sentiasa ajak berkawan.
Aku yang bergelar
seorang seniman,
Hanya mampu menulis
beberapa naskhah skrip perfileman,
Engkau yang bergelar
seorang rakyat,
Sedang berjalan di
lorong kemiskinan yang amat dahsyat,
Pedih kelaparan sering
sahaja mencekik diri,
Nasi dan sawi menjadi
santapan sehari sekali.
Aku yang bergelar
seorang seniman,
Hanya mampu membaca
beberapa buah puisi,
Engkau yang bergelar
seorang rakyat,
Sedang bertarung
mencari sesuap nasi,
Di dalam saku hanya ada
rama-rama,
Lalu terdampar tidur di
kaki lima.
Aku yang bergelar
seorang seniman,
Hanya mampu menghibur
dan memberi peringatan,
Seandainya aku
mempunyai kesaktian,
Akan ku tukarkan seniku
menjadi makanan,
Lalu ku timbunkannya
setinggi Gunung Tahan,
Dan ku suapkan ke
mulutmu secara perlahan-lahan,
Supaya engkau tidak
perlu lagi menanggung kelaparan,
Atau mengemis di
kedai-kedai makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.