Sumber : Google 1. Bersedia awal-
Kenali organisasi yang bakal menjadi tempat latihan industri. Dapatkan maklumat syarikat dengan melawat laman sesawang atau FB Page mereka. Ambil tahu misi, visi dan objektif syarikat.
Pastikan pelajar tahu skop atau module latihan yang bakal diberi. Alam pekerjaan bukan masa untuk mengambil nota seperti dibilik kuliah. Sebaliknya semua latihan perlu dibuat sendiri.
Di sini pengetahuan akademik pelajar akan diuji. Skil mendengar dan melihat perlu dipertajamkan kerana mereka tidak akan menunggu pelajar untuk menghadam, sebaliknya pelajar perlu berkejar mendapatkan informasi. Tiada lagi pensyarah atau rakan kelas yang boleh membantu. Semuanya terletak dibahu pelajar untuk dipikul sendiri.
facebook.com
-
-
2. Hari pertama
-
Datang 15 minit awal. Kenalpasti lokasi organisasi. Kelewatan pelajar pada hari pertama mungkin merisikokan tempat Latihan Industri dibatalkan. Majikan tidak suka berurusan dengan pelajar yang mempunyai masalah displin.
Pamerkan personaliti anda dengan penampilan rapi. Pelajar boleh menghubungi majikan untuk mendapatkan nasihat pemakaian yang bersesuaian. Ambil sarapan pagi supaya prestasi pelajar tidak tercalar hanya kerana perut masuk angin.
Bila sudah sampai awal, terus masuk memperkenalkan diri. Tunjukkan kad pelajar. Jika pintu pejabat belum dibuka, elakkan berlegar di hadapan pintu utama. Cari tempat sesuai sementara pejabat dibuka.
facebook.com -
-
Image via www.theguardian.com
-
-
-
3. Bawa dokumen berkaitan
-
Jangan membuat pelbagai andaian. Bawa sahaja segala dokumen semasa pelajar membuat permohonan. Terutama surat tawaran dan perakuan dari Institut Pengajian Tinggi.
Kebiasaannya pelajar akan diminta mengisi beberapa dokumen syarikat. Oleh itu jangan lupa bawa pen. Walaupun syarikat mempunyai pelbagai peralatan penulisan, pelajar harus mempamerkan sikap bersedia dan mempunyai peralatan penulisan sendiri.
facebook.com
-
-
4. Maklumkan kepada majikan
-
Maklumkan kepada majikan jika IPT pelajar mempunyai prosedur tertentu sepanjang Latihan Industri dijalankan. Terutamanya jika prosedur tersebut melibatkan organisasi.
Antaranya jika laporan harian yang dibuat perlukan cop dan tandatangan penyelia, perkara yang boleh dilakukan majikan jika pelajar ditimpa kemalangan, lawatan pensyarah ke tempat latihan, keperluan membuat laporan dan pelbagai lagi.
Ini perlu kerana setiap organisasi mempunyai prosedur mereka tersendiri. Mungkin ada perkara yang pelajar perlu buat tetapi bertentangan dengan polisi organisasi. Bila titik ini bertembung, majikan akan cuba mencari jalan penyelesaian bagi membantu pelajar.
Jika perkara penting itu dimaklumkan pada saat akhir, ia akan menyukarkan pihak organisasi. Dan mungkin juga akan membantutkan pembelajaran pelajar.
facebook.com -
-
Image via www.teenlife.com
-
-
-
5. Maklumkan apa yang hendak dipelajari
-
Ada IPT yang menyediakan skop dan modul yang perlu dipelajari. Jika ada, maklumkan kepada pihak organisasi. Ada juga organisasi yang menyediakan skop pembelajaran bersesuaian dengan aktiviti organisasi sepanjang tempoh latihan.
Jika IPT atau organisasi tidak menyediakan sebarang skop, gunakan peluang ini dengan menunjukkan kebolehan dan inisiatif pelajar mengemukakan cadangan. Skop dan modul ini penting untuk organisasi membuat penyesuaian tertentu bagi memastikan objektif Latihan Industri tercapai.
facebook.com
-
-
6. Ketahui nilai ukuran prestasi
-
Setiap organisasi mempunyai “Key Perfomance Index” atau ukuran tertentu bagi mengenalpasti prestasi kerja staf organisasi mereka.
Ambil tahu perkara yang dinilaikan dan jadikan ia sebagai satu KPI untuk diri sendiri sepanjang menjalani latihan industri ditempat mereka.
Antara perkara yang menjadi ukuran penilaian prestasi adalah seperti ketrampilan personaliti diri, penonjolan profesionalisma dalam memupuk mutu kerja, kecekapan menghasilkan kualiti kerja, penglibatan dalam kerja berpasukan, potensi diri dan pelbagai lagi.
Inilah masanya pelajar mencuba sedaya upaya mendalami bagaimana mencapai ukuran tertinggi. Realiti alam pekerjaan, prestasi bukan hanya dinilai dari pencapaian akademik atau pengalaman. Tetapi dari pelbagai sudut seperti yang disebutkan di atas.
.
facebook.com -
-
Image via smallbusinessatlas.wordpress.com
-
-
-
7. Bermedia sosial
-
Ini mungkin tidak akan dinyatakan secara khusus sepanjang Latihan Industri dijalankan. Ketagihan bermedia sosial mungkin tidak dapat dikawal sehingga seringkali penyelia mengeluh apabila pelajar dilihat bermedia sosial sepanjang waktu beroperasi.
Ini bukan sahaja menghalang tumpuan pembelajaran, malah mungkin menyebabkan kerja staf yang lain terganggu. Ingat, pelajar harus menjaga nama baik IPT.
facebook.com
-
-
8. Temujanji dengan pensyarah
-
Ada IPT yang mewajibkan pensyarah membuat lawatan ke tempat Latihan Industri dijalankan. Pensyarah biasanya akan menghubungi pelajar bagi membuat temujanji. Dapatkan kebenaran pihak organisasi sebelum membuat sebarang komitmen temujanji.
Ini penting kerana mungkin pada tarikh temujanji, organisasi mempunyai aktiviti yang tidak membenarkan orang luar hadir dipremis mereka. Ini akan menyukarkan pensyarah dan pelajar sendiri.
Dapatkan nasihat dari penyelia ditempat kerja kerana mereka adalah rujukan terbaik jika menghadapi masalah pertembungan seperti ini.
facebook.com -
-
Image via blogs.gwhatchet.com
-
-
-
9. Laporan latihan industri
-
Di dalam laporan pelajar, ada kalanya mereka dikehendaki membuat catatan mengenai organisasi dimana Latihan Industri dijalankan.
Pastikan fakta mengenai organisasi yang hendak ditulis dalam laporan adalah satu perkara yang betul. Jangan sekali-kali membuat penilaian peribadi terhadap organisasi tersebut. Pelajar selalunya tidak diberi akses terhadap informasi tertentu mengenai organisasi. Penilaian yang tidak tepat boleh menyebabkan organisasi mengambil tindakan terhadap pelajar.
Akhir sekali, sebelum melangkah keluar dari organisasi tersebut, dapatkan pandangan penyelia mengenai prestasi dan potensi pelajar sepanjang Latihan Industri dijalankan. .
Jangan malu untuk meminta mereka mengeluarkan testimonial mengenai anda. Ia adalah satu bonus yang boleh digunakan apabila pelajar memohon kerja satu hari nanti
SUMBER
-
Isnin, 20 Februari 2017
TIPS UNTUK MENDAPAT MARKAH YANG TINGGI SEMASA LATIHAN INDUSTRI
2 ulasan:
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.
Bagus tips-tips ni. LI ni kira macam praktikal la kan? bagi saya first impression tu penting. Janganlah baru hari pertama start LI tapi dah datang lewat, memang tak boleh la macam tu.
BalasPadamNice info...
BalasPadam