Sumber : Google |
Bagi kebanyakkan mahasiswa lepasan universiti, pastilah mereka mahu mencari kerja sama ada di sektor awam atau sektor swasta.
Apabila mahu mencari kerja, kadang kala bakal majikan akan meminta supaya resume diemailkan terlebih dahulu kepada mereka.
Apabila mahu menghantar resume melalui email itu, ada beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi iaitu :
1. Jangan email resume dengan cara yang tidak sesuai.
Apabila menghantar resume melalui email, gunalah panggilan encik/tuan atau cik/puan. Penyampaian salam seperti Assalammualaikum atau selamat sejahtera hendaklah dimulakan terlebih dahulu. Gunakan ayat yang formal sewaktu menghantar email resume anda.
2. Jangan lupa letak jangkaan gaji (expected salary) dalam resume anda.
Kadang kadang ada majikan tidak suka anda meletakkan ayat can be negotiate pada kolum expected salary itu. Letaklah berapa gaji yang anda mahu mengikut pengalaman dan tahap pendidikan anda.
3. Jangan guna email yang mempunyai nama yang bukan bukan
Anda sepatutnya mempunyai satu akaun email yang boleh digunakan untuk tujuan tujuan rasmi. Jangan menggunakan nama email yang entah apa apa. Buat satu akaun email yang mempunyai nama anda sendiri untuk memohon kerja. Dan nama tersebut mestilah nama yang baik bukan nama kartun, kucing, rempit, dan sebagainya yang melambangkan professionalisme anda sebagai seorang pekerja.
4. Jangan letak rujukan yang bukan bukan
Pada bahagian reference (rujukan) dalam resume anda, pastikan anda meletakkan nama majikan anda sekarang atau sebelum sebelum ini. Elakkan daripada meletakkan nama ahli keluarga seperti abang dan kakak misalnya. Dikhuatiri resume anda itu akan ditolak.
Itulah empat pantang larang yang perlu anda patuhi semasa menghantar resume kerja. Harap anda tidak melakukan kesemua pantang larang ini. Saya doakan semoga anda berjaya mendapat kerja di luar sana.
Itulah empat pantang larang yang perlu anda patuhi semasa menghantar resume kerja. Harap anda tidak melakukan kesemua pantang larang ini. Saya doakan semoga anda berjaya mendapat kerja di luar sana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.