(I)
Pada hujung minggu itu, Ramli
dan Nadia pulang ke kampung Nadia yang terletak di Melaka. Sudah lama Ramli
tidak merasai suasana kampung seperti itu. Memandangkan dia tidak mempunyai
kempung kerana kedua orang tuanya berasal dari Kuala Lumpur jadi dia tidak
pernah pulang ke kampung cuma ada beberapa kali dia ke kampung rakan rakannya
ketika dia menuntut di universiti dulu.
“Mak awak macam mana? Dia
garang tak?” Soal Ramli memecahkan kesepian yang melanda sejak sekian lama.
“Taklah. Mak saya baik. Arwah ayah saya yang garang.” Ujar Nadia sambil
tersenyum.
“Betul ke? Jangan sampai rumah awak nanti mak awak garang macam
singa.” Ujar Ramli.
“Betullah. Kenapa awak takut sangat? Kata nak jadi suami
saya jadi kenalah berani.” Ujar Nadia pula.
“Saya tak takutlah cuma tak
berani saja.” Kata Ramli. Nadia tertawa mendengar kata kata Ramli.
“Nadia,
macam mana kalau mak awak tak suka saya? Macam mana kalau mak awak tak boleh terima
saya sebagai suami awak?” Soal Ramli.
“Awak ni suka sangat fikir negatif. Jumpa
pun belum lagi dah fikir yang bukan bukan.” Ujar Nadia. Beberapa minit
kemudian, mereka telah sampai ke rumah ibu Nadia.
“Assalamualaikum.” Ucap Nadia
nyaring.
“Waalaikumussalam.” Jawab ibu Nadia yang muncul di muka pintu rumah
tersebut.
“Dah sampai pun. Masuklah Nadia. Masuklah nak.” Pelawa Hajah Normah
kepada Nadia dan Ramli. Kemudian Ramli dan Nadia bersalaman dengan Hajah
Normah. Wanita yang berusia dalam lingkungan 70an itu masih kelihatan sihat dan
bertenaga.
“Along dengan Angah tak balik
mak?” Soal Nadia kepada Hajah Normah.
“Tak. Diaorang tu memang jarang balik.
Hari raya baru nampak batang hidung. Kamu saja yang selalu menjenguk mak kat
kampung ni.” Jawab Hajah Normah. Ada riak sedih dalam nada suaranya.
“Ini mak
Nadia nak memperkenalkan kawan Nadia. Nama dia Ramli.” Ujar Nadia
memperkenalkan Ramli pada ibunya.
“Oh, ini ke kawan yang kamu
cakap nak datang hari tu. Pergilah bancuh air Nadia. Tentu kawan kamu ni
dahaga.” Kata Hajah Normah.
“Baiklah.” Balas Nadia sambil bergerak ke dapur.
“Lama kamu dah kawan dengan Nadia?” Soal Hajah Normah sambil memandang ke arah
Ramli.
“Err… lama juga makcik. Dah hampir tiga tahun. Saya juga kerja satu
tempat dengan Nadia.” Jawab Ramli yang agak gugup pada waktu itu.
“Baguslah kalau macam tu.
Makcik harap kamu jagalah Nadia tu baik baik. Dia seorang saja anak perempuan
makcik.” Kata Hajah Normah.
“Sebab itulah saya datang hari ni makcik. Saya
ingat dalam bulan depan saya nak hantar rombongan meminang.” Ujar Ramli. Rasa
berdebarnya sebentar tadi sudah beransur hilang.
“Oh begitu. Nadia tu budak
baik. Dia patuh pada orang tua dan suruhan agama.” Kata Hajah Nadia. Tiba tiba Nadia muncul dari
dapur dengan membawa sejag air oren dan tiga buah gelas.
“Minumlah nak. Maaflah
ini saja yang ada.” Kata Hajah Normah.
“Ini pun dah cukup makcik.” Ujar Ramli
merendah diri. “Nanti kamu makanlah kat sini. Makcik ada masak lauk asam pedas
ikan parang.” Kata Hajah Normah.
“Baiklah.” Kata Ramli.
(II)
Ramli makan dengan penuh
berselera sekali. Sunggguh sedap kuah asam pedas ikan parang yang dimasak oleh
Hajah Normah. “Tambah lagi nak. Makcik masak banyak ni. Pelawa Hajah Normah.
“Baik
makcik. Sedap betul kuah asam pedas ni.” Kata Ramli.
“Nadia pun pandai masak
asam pedas. Makcik pernah ajar dia dulu. Nanti kalau teringin nak makan suruh
dia masakkan.” Ujar Hajah Normah.
“Oh yakah? Tak sangka pula
Nadia pandai memasak.” Kata Ramli sambil tersenyum nakal pada Nadia.
“Awak
ingat saya tak pandai masak ke? Saya pandai masak tau.” Ujar Nadia.
“Saya pun
pandai masak juga.” Kata Ramli.
“Awak pandai masak apa?” Soal Nadia.
“Saya
pandai masak air dan masak nasi.” Seloroh Ramli. Nadia tertawa mendengar lawak
yang dibuat oleh Ramli.
“Ibu dan bapa kamu kerja di
mana Ramli?” Soal Hajah Normah.
“Ibu dan bapa saya dah lama berpisah. Bapa saya
seorang peguam tapi saya tak tahu ibu saya kerja di mana sebab dah lama saya
tak jumpa dia. Sejak kecil lagi saya tinggal dengan bapa saya.” Jawab Ramli
berterus terang. Dia tidak mahu menipu perihal keluarganya.
“Oh begitu. Makcik
minta maaf nak. Makcik tak tahu orang tua kamu dah lama berpisah.” Pinta Hajah
Normah.
“Tak apa makcik. Itu kisah
lama. Saya dah lupakan.” Ujar Ramli. Hajah Normah berasa kasihan dengan nasib
yang menimpa diri Ramli. Sejak kecil sudah hilang kasih sayang seorang ibu.
“Tambah nak nasi tu. Nadia, bagi nasi tu pada Ramli.” Kata Hajah Normah. Nadia
menghulurkan mangkuk nasi kepada Ramli dan dia menikmati hidangan itu dengan
penuh berselera.
Adam masih lagi menangis
tanpa henti sejak bayi itu bangun dari tidur. Sudah puas Sahiril memujuknya
dengan pelbagai cara. Dia cuba membancuh susu dan memberi kepada Adam namun
tangisan Adam masih lagi kedengaran. Dia cuba bermain main dengan Adam namun
bayi itu masih menangis seolah olah ada yang kurang pada bayi itu. Sahiril
benar benar telah berputus asa lalu dia menelefon Datuk Hasanah untuk membantu
dirinya menjaga Adam.
Pengalaman Datuk Hasanah
sebagai seorang ibu mampu mententeramkan Adam yang seperti dirasuk itu namun
itu semua hanyalah khayalan Sahiril sahaja. Datuk Hasanah juga tidak mampu
untuk menghentikan tangisan Adam.
“Budak ni memang menyusahkan sama macam
ibunya.” Ujar Datuk Hasanah sambil mendukung Adam yang masih menangis itu.
“Saya pun tak tahulah kenapa budak ni jadi macam tu. Sebelum ni tak pernah pula
dia buat perangai.” Kata Sahiril.
“Mana Mahmudah pergi?
Perempuan tu memang pemalas macam adik dia juga. Suka sangat makan gaji buta.”
Ujar Datuk Hasanah yang sudah mula naik angin.
“Sebenarnya saya dah halau dia
keluar dari rumah ni.” Kata Sahiril berterus terang.
“Apa? Kenapa kamu halau
dia?” Soal Datuk Hasanah bingung.
“Dah dia tu kurang ajar sangat. Saya halaulah
dia keluar dari rumah ini.” Jawab Sahiril.
“Mama rasa lebih baik kamu
suruh dia datang ke sini semula. Hanya dia saja yang mampu buat bayi ni diam.
Kalau tak sampai esok pagi budak ni akan menangis.” Kata Datuk Hasanah.
“Okey....”
Balas Sahiril lemah. Walaupun dia tidak suka Mahmudah tinggal di sini namun dia
amat memerlukan Mahmudah. Hanya Mahmudah yang tahu
bagaimana mahu menguruskan
budak kecil itu.
(IV)
Hati Sahiril berasa amat
janggal mahu meminta bantuan Mahmudah. Ketika dia sampai ke rumah wanita itu
dia melihat kereta Mahmudah ada di situ menandakan wanita itu ada di rumah.
Sahiril berasa teragak agak mahu memberi salam namun demi Adam yang tidak
berhenti henti menangis itu ditebalkan mukanya. Dia memberi salam dengan agak
nyaring.
“Assalamualaikum.” Ucap
Sahiril beberapa kali. Tiba tiba muncul Irfan di muka pintu rumah.
“Papa
datang. Adam mana papa? Irfan nak main dengan Adam.” Ujar Irfan sambil
memandang ke arah lelaki itu.
“Err… Irfan, Makcik Mahmudah ada?” Soal Sahiril
dengan lembut walaupun dia bingung dengan panggilan Irfan terhadap dirinya.
“Ada! Dia tengah masak kat dapur. Papa nak Irfan panggil dia?” Soal Irfan.
“Ya. Tolong panggil Makcik
Mahmudah kejap. Pakcik nak jumpa dia.” Pinta Sahiril. Dia melihat Irfan berlari
ke dalam rumah. Beberapa minit kemudian Mahmudah keluar bersama Irfan dan
menuju ke arah dirinya.
“Kau nak apa datang rumah aku ni?” Soal Mahmudah kasar.
“Mahmudah, aku nak minta tolong boleh? Kau saja yang boleh tolong aku sekarang
ni.” Soal Sahiril lembut. Itulah kali pertama dia
bercakap dengan suara yang lembut dengan Mahmudah.
“Minta tolong? Orang kaya
macam kau nak minta tolong dengan aku? Kenapa kau tak guna duit kau yang
berlambak tu dan minta tolong dengan orang lain?” Sindir Mahmudah tajam. Kata
kata Mahmudah itu berjaya menghiris hati Sahiril namun dia cuba bersabar. Mahmudah sahaja yang mampu
membantu dirinya waktu itu.
“Aku nak minta maaf sebab aku
selalu berkasar dengan kau. Aku juga nak minta maaf sebab halau kau dari rumah
aku tapi sekarang aku betul betul perlukan bantuan kau.” Mohon Sahiril.
“Apa
dia?” Soal Mahmudah lagi. Nada suaranya masih kasar seperti tadi. Manusia yang
angkuh seperti Sahiril memang tidak boleh dibuat baik.
“Kau tolong jaga Adam
semula. Betul cakap kau aku tak boleh jaga Adam. Dia asyik menangis saja dari
tadi. Dia hanya diam bila dia tidur saja.” Jawab Sahiril.
Dia memaniskan mukanya untuk
memujuk Mahmudah. Dia tahu wanita yang keras hati seperti Mahmudah sukar untuk
dijinakkan. Mahmudah bukan seperti Melisa yang makan dengan pujukan.
“Patutlah
kau sanggup datang ke rumah aku. Rupa rupanya kau tak mampu nak jaga Adam. Aku
boleh tolong kau tapi dengan beberapa syarat.” Ujar Mahmudah. “Apa dia?” Soal
Sahiril bingung.
“Pertama, kau mesti batalkan
perjanjian kau dengan Mahani. Kedua, kau mesti terima Mahani, Irfan dan Adam
sebagai anggota keluarga kau. Ketiga, kau mesti jaga Mahani, Irfan dan Adam
dengan baik sama seperti kau jaga diri kau sendiri. Kau setuju?” Soal Mahmudah
setelah mengemukan syarat syaratnya. Sahiril agak keberatan untuk menunaikan
syarat syarat tersebut.
“Sebagai gantinya, kau tak payah bayar gaji aku setiap
bulan dan aku akan tolong kau jaga Adam sampai Mahani sedar. Setuju?” Soal
Mahmudah lagi. Sahiril kelihatan sedang
berfikir untuk menunaikan syarat syarat itu dan akhirnya dia bersetuju.
“Baiklah. Aku
setuju.” Ujar Sahiril lemah. Dia benar benar terdesak pada waktu ini jadi mahu
atau tidak dia perlu bersetuju dengan syarat yang dikenakan oleh Mahmudah.
“Kalau kau langgar syarat ni Sahiril aku bersumpah, semua orang yang kau sayang
akan aku hantar ke liang lahad.” Mahmudah mengugut Sahiril.
Sahiril menjadi gerun dengan
ugutan Mahmudah. Mahmudah seorang wanita yang berani dan berhati batu. Sahiril
tidak boleh memandang rendah pada Mahmudah. Wanita itu pasti akan mengotakan
kata katanya jika dia melanggar syarat syarat tersebut.
“Kau jangan risau pasal
tu. Aku akan tunaikan semua syarat syarat tu.” Ujar Sahiril akhirnya.
(V)
Setelah memberi Adam susu,
Mahmudah menepuk nepuk bayi kecil itu hingga Adam tertidur. Adam kelihatan
sangat comel. Benar kata Mahani, Adam kelihatan seperti Sahiril. Wajah Adam
amat mirip dengan lelaki itu. Sukar untuk menafikan bahawa Adam ialah anak kandung
Sahiril. Mahmudah teringat akan sebuah hadis Rasulullah s.a.w. Anak itu umpama
sehelai kain putih. Ibu bapanyalah yang akan mencorak anak itu sama ada menjadi
Yahudi, Majusi atau Nasrani.
Setelah Adam tidur, Mahani
memandang ke arah Irfan yang sedang tidur di atas katil. Dia berasa amat
kasihan dengan nasib Irfan. Sejak kecil lagi anak itu telah berpisah dengan
bapa kandungannya. Sekarang dia harus berjauhan dengan ibunya pula. Mahmudah
mencium dahi Irfan. Dia selalu berdoa kepada Allah agar nasib yang menimpa diri
budak kecil itu akan berubah dengan segera.
Setelah itu, Mahmudah keluar
ke dapur untuk membancuh susu buat Adam. Dia khuatir Adam akan terjaga pada
waktu malam dan mahukan susu. Ketika Mahmudah mahu membuka pintu dia melihat
Sahiril sedang berdiri di muka pintu itu.
“Kenapa kau macam pencuri ni?” Soal
Mahmudah curiga.
“Kau intai siapa dalam bilik tu? Aku?” Soal Mahmudah lagi.
“Adam dah tidur?” Soal
Sahiril.
“Kenapa kau nak tahu pasal Adam?” Soal Mahmudah.
“Saja. Lagipun Adam
anak aku. Bukan kau suruh aku jaga Mahani, Irfan dan Adam macam anak aku
sendiri.” Jawab Sahiril.
“Dia dah tidur. Mungkin penat setelah menangis
seharian.” Ujar Mahmudah bagi menjawab soalan Sahiril tadi. Mereka berdua
berjalan
menuju ke dapur.
“Aku tengok kau senang saja
jaga Adam. Tadi bukan main susah Adam nak diam bila dengan aku. Mama aku pun
tak boleh nak pujuk Adam.” Kata Sahiril.
“Kau tahu kenapa aku boleh pujuk
Adam?” Soal Mahmudah.
“Tak. Kenapa?” Soal Sahiril pula.
“Sebab aku pujuk dia
dengan kasih sayang.” Jawab Mahmudah.
“Kasih sayang? Boleh tak kau cakap terus
terang saja. Jangan nak berfalsafah kat sini. Aku tak faham.” Ujar Sahiril.
“Aku tak berfalsafah. Aku
pujuk Adam dengan penuh kasih sayang tapi kau pujuk dia sebab terpaksa. Sebab
tu dia tak berhenti menangis.” Ujar Mahmudah.
“Maksud kau kita kena jaga anak
kecil itu dengan kasih sayang? Macam tu?” Soal Sahiril lagi.
“Ya. Walaupun kita
tak boleh beri kasih sayang macam ibunya tapi kita cuba beri kasih sayang kita
padanya.” Jawab Mahmudah.
“Maksud kau kasih sayang tu
amat penting?” Soal Sahiril lagi.
“Ya. Kasih sayang tu amat penting. Kau tahu
kenapa kau lahir atas dunia ni?” Soal Mahmudah.
“Tak.” Jawab Sahiril.
“Kau tahu
kenapa kau boleh hidup sampai sekarang?” Soal Mahmudah lagi.
“Tak.” Jawab
Sahiril pula.
“Kau lahir atas dunia ni sebab kasih sayang Allah pada kau. Allah
nak kau hidup sebagai manusia di atas muka bumiNya. Allah nak kau rasa nikmat
dunia yang Allah cipta ini.” Ujar Mahmudah.
“Okey habis tu kenapa aku
boleh hidup sampai sekarang?” Soal Sahiril pula.
“Kau boleh hidup sampai
sekarang adalah atas kasih sayang ibu bapa kau. Oleh kerana mereka menyayangi
kau maka mereka menjaga kau dengan sebaik mungkin. Sebab tu kau boleh hidup
sampai sekarang.” Jawab Mahmudah sambil membancuh susu Adam.
“Apa yang kau cuba sampai pada aku
sebenarnya?” Soal Sahiril ingin tahu.
“Aku nak beritahu kau bahawa
kasih sayang itu sangat penting. Sayangilah seseorang itu dengan melihat dari
hatinya. Jangan kau sayang seseorang kerana paras rupa, pangkat dan harta yang
orang itu miliki.” Jawab Mahmudah. Sahiril bungkam seketika. Kelu lidahnya sebaik sahaja mendengar kata kata Mahmudah tadi
“Aku nak masuk tidur. Hari dah malam ni. Esok
aku kerja. Assalamualaikum.” Ucap Mahmudah dan berlalu dari situ sambil membawa
susu untuk Adam. Sahiril termanggu manggu di situ. Dia memikirkan semula kata
kata Mahmudah tadi.
(VI)
Datin Zuraidah melihat Melisa
sedang duduk di atas kerusi taman yang terletak di luar rumah. Sejak belakangan
ini Melisa selalu sangat termenung dan menyendiri. Melisa juga dilihat suka
mengasingkan diri di dalam bilik. Gadis itu sudah tidak ceria seperti selalu.
Datin Zuraidah menghampiri anak gadisnya itu.
“Kenapa sejak akhir akhir ni mama
tengok kamu selalu sangat termenung? Kamu bergaduh dengan Sahiril ke?” Soal
Datin Zuraidah pada anak gadisnya itu.
“Taklah. Lisa okey dengan
dia. Mama ni selalu sangat fikir yang bukan bukan.” Jawab Melisa.
“Lisa, mama
tahu hubungan kamu ada masalah dengan Sahiril tapi kamu janganlah bersedih
sangat.” Ujar Datin Zuraidah.
“Macam mana mama tahu?” Soal Melisa bingung.
“Datuk Hasanah dah cerita semuanya pada mama.” Jawab Datin Zuraidah.
“Bila Datuk Hasanah datang ke
mari? Apa yang dia cerita pada mama?” Soal Melisa lagi.
“Kelmarin. Dia datang sebab
nak melawat mama. Dia cerita pada mama yang Sahiril dah kahwin dengan Mahani.” Jawab
Datin Zuraidah.
“Itu Lisa tahu. Bukan ke heboh satu Malaysia pasal perkahwinan
mereka. Apa lagi yang Datuk Hasanah cerita?” Desak Melisa.
“Dia kata Sahiril tak bahagia
dengan perkahwinan tu. Dia cakap lagi perempuan tu dah perangkap Sahiril masa
kat hotel hari tu dan Datuk Hasanah kata Sahiril nak ceraikan perempuan tu dan
dia nak kahwin dengan Lisa.” Jawab Datin Zuraidah.
“Mama, itu semua Lisa dah
tahu. Mama ni suka sangat buat Lisa suspen tau.” Ujar Melisa.
“Kamu dah tahu?
Habis kenapa Lisa tak beritahu pada mama?” Soal Datin Zuraidah pula.
“Lisa malas nak cakap pasal
benda tu lagi. Lisa dapat rasakan yang Lisa takkan kahwin dengan Sahiril.” Kata
Melisa.
“Lisa, kenapa cakap macam tu? Mama yakin Lisa pasti akan kahwin dengan
Sahiril.” Ujar Datin Zuraidah.
“Entahlah mama. Sejak akhir akhir ni Lisa selalu
mimpi yang Sahiril mahu tinggalkan Lisa.” Kata Melisa.
“Lisa jangan percaya
dengan mimpi tu. Mimpi tu hanya mainan tidur.” Ujar Datin Zuraidah. Melisa
sekadar mengeluh.
Dia tahu mimpi itu hanya
mainan tidur namun dia dapat merasakan bahawa mimpinya itu boleh menjadi
kenyataan. Suara hatinya kuat mengatakan bahawa impiannya untuk hidup bersama
Sahiril hanya akan tinggal harapan. Seolah ada satu kuasa yang akan menghalang
cita cita mereka itu. Kuasa apa? Dia sendiri tidak ada jawapan untuk itu.
(VII)
Melisa sedang menonton
televisyen di rumahnya. Dia membuka saluran Astro Ria yang memaparkan sinetron
Benci Jadi Cinta lakonan Nia Ramadhani, Jonathan Frizzy dan Rezky Aditya. Pada
hari ini dia tidak bekerja seperti biasa. Dia mahu berehat sahaja di rumah.
Ibunya Datin Zuraidah baru sahaja keluar untuk memantau perjalanan butiknya manakala
papanya iaitu Datuk Murad pagi pagi lagi sudah ke pejabat untuk menguruskan
perniagaannya.
Ketika matanya sedang leka
menatap peti televisyen, telefon bimbit jenama Blackberry miliknya berbunyi.
Dia melihat nama Sahiril tertera di skrin.
“Hello!” Sambut Melisa.
“Hello
sayang. You tengah buat apa tu?” Soal Sahiril lembut.
“I tengah
tengok televisyen kat rumah. Kenapa you telefon?” Soal Melisa lemah. Entah
mengapa dia seperti sudah hilang minat untuk mendengar suara Sahiril. Sebelum ini, jika Sahiril
menelefon sudah pasti dia menjadi seronok dan gembira namun perasaan itu sudah
hilang entah ke mana.
“Kenapa you macam bosan saja bila I
telefon? You tak suka I telefon ke?” Soal Sahiril di hujung
talian.
“Taklah. I sebenarnya penat sangat ni. Semalam I baru
balik dari Milan.” Jawab Melisa.
“Oh, kasihan sayang I ni. I
bukan apa I ingat nak ajak you lunch. You nak tak?”
Soal Sahiril. Nada suaranya masih lembut.
“Lunch? Boleh juga.
Lagipun dah lama juga kita tak lunch sama sama.” Jawab Melisa.
“Kalau macam tu
dalam pukul satu nanti I datang ambil you kat rumah. You
pakai cantik cantik tau.” Ujar Sahiril.
“Okey. Demi you I akan
pakai cantik cantik.” Kata Melisa sambil tersenyum.
“Okey. I
love you. Bye.” Ucap Sahiril.
“Bye. I love you too.” Balas Melisa
pula dan mematikan telefon bimbitnya.
(VIII)
Seperti yang dijanjikan
Sahiril menjemput Melisa di rumahnya. “Kita nak lunch kat mana ni?” Soal
Melisa setelah masuk ke dalam perut kereta milik Sahiril. “I nak bawa you
lunch kat Restoran Rebung. Ramai orang kata
makanan kat situ sedap.”
Jawab Sahiril.
“Restoran milik Chef Ismail dan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor
tu?” Soal Melisa teruja.
“Ya.” Pendek sahaja jawapan
Sahiril namun cukup memuaskan hati Melisa.
“I dengar restoran tu
terkenal. I pun dah lama tak makan masakan kampung.” Ujar Melisa.
“Sebab
tu I nak bawa you lunch kat sini. I pun dah lama
tak makan masakan kampung.” Kata Sahiril. Sahiril memandu keretanya ke Bangsar.
Setelah sampai di Lorong Maarof dia membelokkan keretanya.
Kelihatan sebuah gegantung (banner) yang
tertulis ‘Restoran Rebung’ di atasnya. Melisa dan Sahiril menikmati makan
tengah hari mereka dengan penuh berselera sekali. Masakan dari air tangan Chef
Ismail yang dimasak dengan penuh kasih sayang ini amat membuka selera Melisa
dan Sahiril. Seusai makan, mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kereta.
Lagak mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.
terkejut apabila mendengar
berita ini nanti.
(IX)
Farid benar benar kelaparan.
Setelah menemuramah pelakon pelakon sebuah drama yang akan ditayangkan di
sebuah saluran televisyen, Farid memberhentikan keretanya di hadapan Restoran
Rebung. Sudah lama dia tidak makan di restoran tersebut. Ketika dia mahu masuk
ke dalam restoran tersebut, dia terlihat Sahiril dan Melisa sedang menikmati
makan tengah hari dengan begitu mesra sekali.
Serta merta idea jahat muncul
di kotak fikirannya. Dia mahu merakamkan detik detik kemesraan mereka berdua. Sudah
pasti berita tentang percintaan Melisa dan Sahiril akan menjadi bualan ramai
kerana Melisa merupakan seorang model yang cukup terkenal di Malaysia pada
waktu ini. Sahiril pula merupakan anak kepada wanita paling kaya di Malaysia
dan Ketua Pegawai Eksekutif RaHa Hotel.
Farid makan dengan cepat. Dia
tidak mahu terlepas walaupun satu gambar saat saat kemesraan Melisa dan
Sahiril. Seusai makan, dia mengikut Sahiril dan Melisa yang sedang keluar dari
restoran itu. Dia menangkap beberapa keping gambar untuk dimuatkan kedalam
blognya. Dia mahu satu Malaysia melihat kecurangan yang dilakukan oleh lelaki
itu terhadap isterinya yang sedang koma. Sebuah senyuman penuh kejahatan
terukir di bibir Farid.
(X)
Mahmudah membeli surat khabar
di sebuah kedai mamak yang berhampiran dengan pejabatnya. Sesudah itu, dia
melangkah masuk ke ruangan pejabat yang terletak di Wisma Goldhill, Jalan Raja
Chulan. Dia melihat Noni yang duduk di sebelah mejanya sudah pun sampai. Perempuan
itu sedang menatap komputer di mejanya.
“Kau tengah tengok apa tu? Khusyuk
sangat aku tengok sampai aku datang ni pun tak sedar.” Soal Mahmudah.
“Aku tengah tengok laman web zalora.com ni. Banyak pula barang yang cantik cantik kat sini. Aku ingat nak
pesan sebuah beg tangan.” Jawab Noni.
“Kau nak beli beg tangan lagi? Bukan kau
dah ada banyak ke?” Soal Mahmudah bingung.
“Alahai, apa salahnya aku nak tambah
koleksi. Aku kan suka beg tangan.” Jawab Noni sambil memandang ke arah
Mahmudah.
“Suka hati kaulah. Duit kau
bukan duit aku.” Ujar Mahmudah. Dia malas mahu mencampuri urusan Noni yang
gemar boros dalam berbelanja. Pada hematnya, lebih baik menggunakan barang yang
masih elok. Jika barang tersebut sudah rosak atau tidak boleh dipakai lagi
barulah dia akan membeli yang baru. Dia tidak suka membazir. Arwah ibunya
selalu berpesan agar dia tidak membazir lebih lebih lagi makanan.
Membazir adalah sifat syaitan
dan sebagai orang Islam kita ditegah sama sekali untuk melakukan pembaziran.
Dia mula membaca surat khabar yang dibelinya tadi. Dia melihat tajuk utama muka
depan surat khabar itu. Dia kelihatan agak terkejut dan mula membaca intipati
berita itu.
Melisa dan Sahimi Sahiril Masih
Bercinta
Oleh: Farid Farhanan
Model
terkemuka Malaysia, Melisa dilihat masih menjalinkan hubungan dengan Ketua
Pegawai Eksekutif RaHa Hotel iaitu Sahimi Sahiril bin Datuk Mansur. Model terkenal
itu dilihat bermesraan dengan anak Datuk Hasanah Aliman, wanita terkaya di
Malaysia itu di sebuah restoran yang terletak di ibu kota. Ketika dihubungi,
Melisa tidak menafikan hubungannya dengan Sahimi Sahiril masih berjalan seperti
biasa.
Ini
telah menimbulakan persoalan pada wartawan hiburan adakah Sahimi Sahiril telah
berpisah dengan isteri yang dikahwininya tempoh hari atau adakah Sahimi Sahiril
sudah berlaku curang dengan isterinya. Semuanya hanya diketahui oleh Sahiril
sendiri. Pihak kami akan berusaha untuk mendapatkan keterangan dari anak
usahawan berjaya itu. Jika benar hubungan mereka masih intim, pihak kami berdoa
agar hubungan yang suci itu boleh sampai ke jinjang pelamin.
Mahmudah agak terkejut
apabila membaca keseluruhan berita itu. Dia menjadi marah dengan tindakan
Sahiril. Sahiril dilihat sudah berlaku curang dengan Mahani. Mahmudah bercadang
mahu menyiasat perkara ini dan sekiranya betul, dia sendiri yang akan mengajar
lelaki itu kerana Sahiril telah mungkir janji yang telah dibuatnya.
“Mahmudah, kau dah tengok
blog Farid Farhanan ni?” Soal Noni.
“Kenapa pula? Aku bukannya suka sangat baca
bolg blog orang ni?” Soal Mahmudah.
“Gambar Melisa tengah keluar dengan Sahiril.
Bukan main mesra lagi mereka. Tapi aku peliklah, bukan ke Sahiril ni dah
kahwin. Kasihan isteri dia yang koma tu dapat suami yang tak jujur macam ni.” Ujar
Noni.
Mahmudah mula membuka laman
blog yang dibuka oleh Noni itu di komputer yang terletak di atas mejanya. Benar
kata Noni, gambar Sahiril sedang bermesraan di sebuah restoran dan di tempat
pakir kereta. Kemarahan Mahmudah sudah mencapai ke kemuncaknya. Nasib baik dia
tidak menghebohkan perkahwinan antara Mahani dan Sahiril. Jika tidak seluruh pejabatnya
akan tahu bahawa adik iparnya berlaku curang dengan seorang model terkenal di
Malaysia!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.